CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3154|Reply: 20

Eyka Farhana Tunggu Sampai Seru Nak Kahwin Dengan Akhyar Rashid

[Copy link]
Post time 3-10-2023 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Umum tahu Eyka Farhana bercinta dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.


Namun Eyka memberitahu dia enggan terlalu bercerita mengenai hubungan mereka kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seninya.


Foto: IG




“Kalau orang tanya memang saya akan jawab, tunggu sampai seru. Sekarang ini saya hanya berkawan seperti biasa sahaja, kalau ada jodoh adalah, kalau tiada tak mengapa.


“Sebab fokus saya ketika ini adalah kerjaya seni saya, seandainya saya sudah dapat semua apa yang saya inginkan, insya-Allah boleh fokus ke arah hubungan pula.




  



“Sekarang ini apa sahaja peluang dari segi lakonan yang ada dan terbaik untuk saya, saya akan ambil. Banyak lagi yang saya nak capai dalam hidup.


“Kalau jodoh saya ditakdirkan dengan dia, tolak macam mana pun dia tetap jodoh saya. Yang penting saya gembira dengan apa yang saya buat ketika ini.


“Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain, alhamdulillah dia sokong apa saya buat, begitu juga dengan saya,” kata Eyka kepada Gempak.




  



Eyka turut menegaskan dia enggan mencampur aduk urusan kerja dengan peribadinya kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua belah pihak.


“Saya kalau boleh tak mahu campur adukkan kisah cinta dengan kerjaya seni. Saya tak mahu bila bercakap tentang kisah cinta saya ia sedikit sebanyak akan menjejaskan pihak saya dan dia.


  



“Apa yang saya ingin beritahu di sini, kami berdua masih berkawan baik seperti biasa, saling sokong satu sama lain. Nak kata hubungan itu simpan secara peribadi pun tidak juga.


“Ada kalanya kami post video TikTok bersama, banyak juga posting berdua,” katanya. -CARI


Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dia xde BG mcm dt ke? kalau dia xde la terkejut sgt kn..dia mmg gini jer dr umo 17..tp dia lawo gak...ada iras kakak faz
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
safawi pun dh ada baby…boipren hang x masuk masuk meminang
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa paras mcm ni lebih layak kawen dgn yg ada2. Setakat pemain bola ni, takat tu je la.. dibuatnya kau nanti tempat lepas pancut jah. Nanti dah patah kaki tu, dah semput, kau nak makan apa pompuan oiiii. Lainla laki tu pandai menyimpan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa la dia ni,cuma frame kecik. Sila tinggalkan Akhyar tu,cari VVIP baru la blh maintain cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 03:54 PM | Show all posts
Kancilkering replied at 3-10-2023 02:12 PM
safawi pun dh ada baby…boipren hang x masuk masuk meminang

Muda sgt lagi. baru 24. menggelupur sgt kalau nak kahwin umur tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cari yg lain la dik..yg have2 awak tu lawa je
gitu aku sibuk psl dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Laahh seriusla baru 24? Aku rasa dia berlakon dh lama gila   Macam 30 pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
aldinaa replied at 4-10-2023 05:35 AM
Laahh seriusla baru 24? Aku rasa dia berlakon dh lama gila   Macam 30 pun ada

Eyka ni 28, yg 24 tu bfnya.. ehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:16 AM | Show all posts
takpayah la eyka oi. chuols jadi la macam intan najuwa tu cari yang kaya raya. takat pemain bola ni tak payah la. fast money je fast also money gone. mendonia dulu la. tp sheols pun macam mendonia juga kan pergi oversea.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Retis2 yg kawin ngn player bola chuolls dh abis fikir ke..klu pelakon extra berlakon jd kawan kpd kwn heroin ok la..tp eyka ni quite famous..projek pun byk..so x payah kalut..masih blh pilih2
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa jgk eyka ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:15 PM | Show all posts
harapkan player JDT je laa boleh nak perasan ala-ala WAGS gitu..kalau habis kontrak dengan JDT esokkk haaa baru la tauu..lamberttt lagi sukan bolasepak malaysia ni nak maju mcm luar negara yang mampu bayar player berjuta sorang..masa main dengan JDT tu kalau boleh superfocus la dulu, kumpul duit banyak2, sediakan payung sebelum hujan..yg ada pun banyaknya nak menempel je
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 01:43 PM | Show all posts
KikiHadid replied at 4-10-2023 09:26 AM
Retis2 yg kawin ngn player bola chuolls dh abis fikir ke..klu pelakon extra berlakon jd kawan kpd kw ...

sebab tu dia tak kalut uols. orang cantik pulak. datuk2 pun ada yg intai tapi she masih setia gitu

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 4-10-2023 01:43 PM
sebab tu dia tak kalut uols. orang cantik pulak. datuk2 pun ada yg intai tapi she masih setia gitu ...

Syg klu end up ngn bf dia..jangka hayat player bola malaysia bkn lama sgt..skrg bru 24 pun main dh x konsisten..sambar org kaya mcm IN blh la she maintain kecantikan smpi ke tua
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jodoh sape tahu kan..bercinta dgn player jaydeetee end up kot dgn the sepupu sepapat owner of jaydeetee ke kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 4-10-2023 01:43 PM
sebab tu dia tak kalut uols. orang cantik pulak. datuk2 pun ada yg intai tapi she masih setia gitu ...

Mana chuols tahu ada dato2 yg intai sheols?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni tetiba je selalu ke function branded items mcm DT tu.. gaya so so jer bukan stylo mana
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
TMJ restu belum
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eyka cari vip la..mu boleh pergi jauh lg ni..bola sepak malaysia ni bukan mcm Epl aa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080150 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list