CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3810|Reply: 0

LTdL 2023: Puncak Genting Highlands milik siapa?

[Copy link]
Post time 28-9-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode
LTdL 2023: Puncak Genting Highlands milik siapa?



KELOMPOK peloton besar yang meneruskan kayuhan melalui Kuala Kangsar pada perlumbaan Peringkat 4 dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang menuju ke Meru Raya, Perak sejauh 140.2 km pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023. GAMBAR - AMIR KHALID


SLIM RIVER – Seramai 121 pelumba bakal menguji ketahanan fizikal dan mental terutama cabaran menawan puncak pendakian Genting Highlands pada perlumbaan Peringkat 5 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 hari ini.

Perlumbaan tersebut yang bakal dilepaskan tepat pukul 10 pagi ini dari Slim River dan penamat di Genting Highlands akan meliputi pertempuran sejauh 126.4 kilometer (km).

Perlumbaan Peringkat 5 itu menawaran dua zon pecutan di Tanjung Malim dan Gombak serta tiga zon pendakian bermula di Rawang, Bentong dan yang terakhir puncak Genting Highlands yang menjanjikan cabaran pendakian setinggi 1,625 meter (m).

Lebih menarik pemenang yang mampu menawan puncak Genting Highlands bakal ditabalkan selaku juara keseluruhan LTdL edisi ke-27 tahun ini biarpun masih berbaki tiga lagi perlumbaan sebelum saingan melabuhkan tirainya pada Sabtu ini.

Bagaimanapun, tumpuan pasti terarah kepada jaguh pecut Bolton Equities Black Spoke, George Jackson yang menjuarai Peringkat 3 pada Isnin lalu sekali gus berjaya memiliki Jersi Hijau keseluruhan.

Pun begitu, Jackson berada dalam keadaan getir untuk mempertahankan kemenangan keseluruhan memandangkan jurang masa dimiliki Jackson dengan pencabar lain tidak jauh hanya 0.06 saat (s) meninggalkan Enrico Zanoncello (Green Project-Bardiani CSF-Faizane), diikuti Simon Carr (EF Education Easy-Post), 0.10s.


REAKSI Pelumba Skuad Kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rosli selepas perlumbaan Peringkat 4 dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang menuju ke Meru Raya, Perak semalam. GAMBAR – AMIR KHALID


Sementara itu, pelumba tempatan juga turut memasang impian tinggi untuk memberi cabaran di Genting Highlands memandangkan perebutan Jersi Putih (Terbaik Asia) masih terbuka.

Justeru, pelumba pasukan kebangsaan Malaysia, Muhammad Nur Aiman Rosli bertekad untuk melakukan henjutan untuk merampas semula Jersi Putih dari Thailand.

Aiman berkata, fokus utamanya adalah untuk tampil cemerlang peringkat pendakian ‘Queen Stage’ di Genting Highlands.

“Esok hari penting, Queen Stage jadi kami akan bekerja lebih keras untuk dan tampil dengan kayuhan lebih bertenaga pada esok (hari ini).

“Insya-Allah, kami akan cuba ambil semula (Jersi Putih) di Genting Highlands. Itulah perancangan kami,” kata pelumba 24 tahun itu.

Aiman yang sanggup ‘melupakan’ Sukan Asia Hangzhou untuk menyertai LTdL 2023 terlepas Jersi Putih di tangan pelumba Thailand Continental Cycling Team, Ratchanon Yaowarat pada perlumbaan Peringkat 4 semalam.

Yaowarat mendahului carta perebutan Jersi Putih dengan 16 jam 1 minit dan 16 saat (s) manakala rakan sepasukannya, Thanakhan Chaiyasombat di kedudukan kedua, 16:01:20s.

Aiman berkongsi masa dengan Thanakan untuk berada di kedudukan ketiga keseluruhan dan kedua-duanya ketinggalan empat saat di belakang Yaowarat. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... hlands-milik-siapa/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.050641 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list