|
[Tempatan]
Mansuhkan pencen penjawat awam yang baru. Juga pencen ahli parlimen - Khairy
[Copy link]
|
|
kenapa nak kena hapus? dulu ok jer pun... 
sebenarnya masa zamaan najiblah dah mulai suara untuk mansuh pencen. zaman najib juga gst dilaksanakan... semua disebabkan oleh polisi ekonomi dan perbelanjaan najib yang ada sifat populis. spt contoh tindakan populis najib ialah boleh ambik kwsp, bertahun juga orang tuntut nak lagi nak lagi..
memang masa dia gaji naik tetapi itulah, orang tak fikir pasal kesan tu kena ada gst dan setiap masa kena ancam untuk mansuh pencen... sekarang ni dah ramai pekerja kontrak pun.
aku tertanya-tanya juga klu ada pemimpin yang handle lebih baik dari najib.. spt berkebolehan dapat menjaga balance antara menaikkan gaji tanpa ancaman perlu laksanakan gst tanpa ancaman perlu berhenti pencen
sekarang ini personally tak sokong berhentikan pencen.. sebab itu tindakan yang akan menyebabkan timbulnya masalah sosial yang lebih teruk di kalangan pesara. pemegang kwsp pun ada banyak masalah, bila berhentikan pencen maka akan lebih banyaklah..
cuma untuk memudahkan semua orang cuba cari balance dengan mengurangkan jumlah gaji pencen, mencari pola kenaikan gaji yang sesuai dan pada masa mereka juga wajib mencarum kwsp... iaitu penyelesaian win-win untuk semua pihak. gov mungkin ada sedikit ruang dlm perbelanjaan, dan pada masa yang sama masih ada pencen untuk warga tua dan juga kwsp...
|
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 27-9-2023 07:43 PM
kenapa nak kena hapus? dulu ok jer pun...
sebenarnya masa zamaan najiblah dah mulai suara unt ...
Buat mcm jabatan yg diswastakan..so staff sediaada masih dpt pencen tp nilai pencen adalah tengok tempoh tahun dia berkhidmat sepanjang under gomen..dan dpt juga kwsp start clock masa isytihar swasta..ni salah satu mekanisma la...tp rasanya ramai akan bantah, ye la it' s unpopular decision. Kot ada mechanisme lain yg win win solution. |
|
|
|
|
|
|
|
rykall replied at 27-9-2023 07:35 PM
Menteri ni kalau benak jangan komen, patutnya cadangkan saja tiada pencen untuk semua Ahli Parlimen ...
Yg cadangkan tu KJ. Mcm mana menteri yg hg salahkan? Sebijik mcm perangai CPS. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli Parlimen takkan mansuh pencen, sebab mereka yang buat Akta Pencen 
|
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 27-9-2023 08:14 PM
Yg cadangkan tu KJ. Mcm mana menteri yg hg salahkan? Sebijik mcm perangai CPS.
Actually mmg tunggu umum utk govt staff yg baru ni. Akan ada increase gaji dan percentage dr govt bnyk. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 27-9-2023 11:08 AM
ku sangkakan subsidi bersasar sahaja buat rakyat derita. rupanya nak hapuskan pencen. kehebata ...
Yg cadang hapus pencen penjawat awam tu si KJ. Kerajaan jugak yg hang salahkan.
Cukup2 la tu put words in someone's mouth. Sebelum ni tuduh PMX kata Yiddin sakau rm600 billion. Minta bukti, takdak. |
|
|
|
|
|
|
|
Noreen betol la ko ni Vijajay!! |
|
|
|
|
|
|
|
pencen penjawat awam ni kalau laki mati dapat kat bini kan? |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 27-9-2023 08:18 PM
Actually mmg tunggu umum utk govt staff yg baru ni. Akan ada increase gaji dan percentage dr govt ...
Benda ni dah lama dicadangkan. Sbb masing2 kerajaan sedar perbelanjaan utk pencen ni makin lama makin besar. Umur org2 kita makin panjang. Satu lagi cara ialah dgn menaikkan umur persaraan. Tp ada effect lain pula.
Nak mansuhkan pencen ni boleh. Tapi kerajaan kena bersedia la kena benam next election. |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 27-9-2023 07:43 PM
kenapa nak kena hapus? dulu ok jer pun...
sebenarnya masa zamaan najiblah dah mulai suara unt ...
Aku rasa kejatuhan najib pada 2018 melambatkan proses sperti penswastaan kesihatan, skim pencen dihapuskan. Ye, najib mmg populis |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 27-9-2023 10:55 PM
Benda ni dah lama dicadangkan. Sbb masing2 kerajaan sedar perbelanjaan utk pencen ni makin lama ma ...
Alang2 PH nk benam pru 16 ni jalan terus je hapuskan skim pencen. |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 27-9-2023 11:02 PM
Aku rasa kejatuhan najib pada 2018 melambatkan proses sperti penswastaan kesihatan, skim pencen di ...
Actually ada bebrp dasar ekonomi zaman Najib mmg bagus. Antaranya perkenal gst, hapus subsidi minyak & bebrp barang keperluan lain, utc rtc dll.. To even out kenaikan kos, dia bg br1m kpd golongan terjejas.
Klu la dia tak terlibat dgn 1mdb, & cubaan utk cover kesilapan 1mdb. |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 27-9-2023 11:20 PM
Actually ada bebrp dasar ekonomi zaman Najib mmg bagus. Antaranya perkenal gst, hapus subsidi miny ...
Salah unit komunikasi bn la x explain btol2 setiap dasar yg dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan sikit:
Kalau lakibini pesara gomen & salah sorg mati dulu, pasangan tu dpt tak pencen arwah? |
|
|
|
|
|
|
|
LIVE
NASIONAL
×
MUBARAK cadang perkataan pencen wakil rakyat ditukar menjadi imbuhan
Oleh Fahmy A Rosli
September 28, 2023 @ 2:22pm
[email protected]
Yang Dipertua MUBARAK, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman
KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mencadangkan supaya diwujudkan kembali Jawatankuasa Keistimewaan di bawah Parlimen untuk menentukan bajet dan imbuhan sepatutnya kepada wakil rakyat.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata jawatankuasa sama pernah wujud sekitar tahun 60-an sebelum urusan berkaitan pembayaran pencen untuk wakil rakyat diletakkan bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Selain itu, beliau juga mahu perkataan pencen ditukar menjadi imbuhan kepada perkhidmatan wakil rakyat kerana istilah itu mengundang ketidakpuasan hati khususnya dalam kalangan penjawat awam, apabila mereka menganggap manfaat hari tua diterima wakil rakyat sama dengan golongan itu.
BERITA BERKAITAN
CUEPACS bidas pihak pertikai pencen penjawat awam
Hartal Doktor Kontrak mahu petugas perubatan kontrak diberi caruman KWSP
'Alu-alukan jawatan tetap tanpa pencen tapi ganti dengan caruman KWSP'
Cadangan mansuh pencen hanya babit penjawat awam baharu - Khairy
Berita terkini setiap pagi
Dapatkan Berita Pilihan
Berita Harian dalam e-mel anda
Name
Alamat E-mel
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Daftar Sekarang
"Di negara lain memang pencen ahli Yang Berhormat ini, wakil rakyat dan bekas wakil rakyat tidak dibuat oleh kerajaan melalui JPA seperti negara kita (laksanakan). Ini kerana terdapat pengerusi (sebuah) jawatankuasa di bawah Parlimen (yang menguruskan hal itu).
"Jadi Parlimen itu sendiri mesti diadakan satu Jawatankuasa Keistimewaan kerana kebanyakan Parlimen (di luar negara) ada khususnya untuk menentukan imbuhan yang akan diberikan setelah mereka berkhidmat (sebagai wakil rakyat). Di England ada (laksanakan sistem ini) bahkan di merata tempat semuanya ada (jawatankuasa berkenaan).
"Lama dulu pernah buat (wujud Jawatankuasa Keistimewaan) sekitar tahun 60-an tetapi selepas itu ia (urusan pencen) dipindahkan kepada JPA. Sepatutnya bajet Parlimen itu yang akan menentukan segala imbuhan dan sebagainya di bawah institusi berkenaan.
"Kena bezakan. Jangan kita anggap pencen (untuk wakil rakyat) itu sama (dengan penjawat awam). Kalau saya kerja kerajaan, saya pun marah. Kenapa pula dia dapat pencen macam saya walhal saya 20 tahun (kerja) baru dapat pencen tetapi awak (jadi wakil rakyat) enam tahun dapat (pencen). Kita kena asingkan," katanya kepada BH hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui rancangan podcast Keluar Sekejap yang senada dengan cadangan pakar ekonomi supaya membatalkan pencen ahli Parlimen.
Selain itu, bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut mencadangkan pencen penjawat awam dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara kerana kerajaan mungkin menanggung hingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam masa 10 tahun akan datang jika tidak dimansuhkan.
Cadangan memansuhkan pencen penjawat awam bagaimanapun, dibidas oleh CUEPACS yang menggesa supaya tiada mana-mana pihak mempertikai pencen yang diterima kakitangan kerajaan sambil menyifatkan idea itu tidak wajar.
Begitu juga dengan MUBARAK yang tidak bersetuju dengan cadangan supaya pencen untuk wakil rakyat dimansuhkan.
Mengulas idea itu, Abdul Rahman menganggap cadangan itu pelik kerana bayaran pencen masih dipraktikkan kerajaan seluruh dunia seperti di Norway dan Sweden.
Bagaimanapun, beliau berkata, untuk membolehkan bayaran pencen 'kekal relevan' dengan keadaan semasa, langkah kerajaan di negara berkenaan antaranya mengenakan cukai pendapatan yang tinggi bagi membolehkan pemerintah mempunyai 'kantung kewangan' mencukupi untuk menanggung urusan itu.
"Di Norway dan Sweden, kerajaan bayar bukan untuk orang pencen dengan kerajaan sahaja, bahkan semua orang yang berumur dapat pencen. Tetapi untuk buat begitu, mereka naikkan cukai pendapatan...kadarnya tinggilah.
"Begitu juga dengan konsep zakat, kita bayar 2.5 peratus daripada pendapatan dan juga perniagaan. Kita beri kepada asnaf-asnaf. Ini ialah sistem pembahagian harta kepada yang memerlukan. Jadi pencen ini berasaskan kepada sistem yang macam itulah. Dia sudah lama bekerja, jadi terserah kepada peringkat mana dan pangkat...Dia dapatlah pencen.
"Tetapi kalau nak kaji sistem pencen, banyak cara. Kalau bab pencen, jangan kita pupuskan. Ia adalah imbuhan (kepada wakil rakyat) atas khidmat yang mereka buat...24 jam setiap hari bekerja. Ini kerana bukan semua wakil rakyat orang korporat, ada orang biasa jadi wakil rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah hapuskan kita tukar je nama
Apa dia ingat rakyat malaysia ni bodoh sangat ke?
Yg MP PH/PN tak nak komen ke? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 28-9-2023 04:02 PM
Soalan sikit:
Kalau lakibini pesara gomen & salah sorg mati dulu, pasangan tu dpt tak pencen arwah?
Dapat je. Masyuk |
|
|
|
|
|
|
|
staff baru mungkin akan dah tak wujud pencen
kena carum
pension contribution concept dia
tapi APAD tu macam tak dengor sohseh2 nak mansuh pun
 |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 27-9-2023 11:34 AM
Pencen Pejawat awam gred Jusa keatas yang dapat penuh ie pada tanda gaji terakhir, sedangkan penja ...
Jusa dpt pencen penuh ka? Bkn ka semua 60% jahh? |
|
|
|
|
|
|
|
Hapuskan je. Ramai org kelantan, kedah,ganu yg kerja gomen kan dorang ckp duduk negeri dorang makan murah2. So, nk risau apa. Yg rkyat selangr kl tk kerja gomen elok je hidup
kl |
|
|
|
|
|
|
| |
|