Bapa 11 anak, Muhammad Faiz Hashim, 43, berkata, dia tiada pilihan membeli beras sama ada harga naik atau tidak kerana ia adalah barangan keperluan harian keluarga.
Menurutnya, dia akur dengan keadaan ekonomi semasa namun menganggap lambakan beras import menyebabkan situasi bertambah buruk kerana ramai mencari beras tempatan.
"Dalam situasi sekarang, semua orang terkesan lebih-lebih lagi golongan macam saya yang mempunyai anak ramai.
"Tapi kita sebagai rakyat Malaysia perlu memahami satu sama lain dan tak pentingkan diri.
"Sebaiknya, elakkan pembelian panik dan kalau boleh, golongan peniaga atau yang berkemampuan perlu beralah dengan membeli beras import supaya individu lebih memerlukan dapat bekalan beras tempatan.
"Bukan bermakna peniaga tak penting dan tak terjejas cuma jika ada tolak ansur, masalah akan dapat diatasi," katanya.
Muhammad Faiz berkata, kerajaan juga perlu mengambil langkah dalam memastikan bekalan beras dalam negara mencukupi.
"Ambil contoh Korea Selatan, kerajaan di sana pastikan bekalan beras mencukupi bukan hanya untuk keperluan harian tetapi juga persediaan menghadapi bencana atau situasi luar jangka.
"Jadi kita perlu jadikan negara itu sebagai contoh malah kerajaan boleh kenal pasti kawasan sesuai untuk penanaman padi supaya hasil beras tempatan meningkat," katanya.
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sebuah pasar raya dekat ibu kota mendapati beras tempatan dijual dengan harga RM38.80 untuk lima kg namun ia terhad 10 beg saja untuk setiap keluarga.
Bagaimanapun, pembelian tidak terhad untuk beras import dan wangi.
Beras wangi 10 kg dijual dengan harga antara RM49.35 dan RM50.35.
Beras basmati pula dijual dengan harga antara RM33.90 hingga RM34.99 untuk lima kg.
Post time 23-9-2023 08:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada bgsnya beras mahal ni sbb rakyat msia suka membazir. Korang mesti biasa tgk kat mana2 ada org yg makan nasi x abes. Kdg2 30% je nasi tu dimakan. Lg best nasi x habis bg ayam makan atau ke longkang. Ni semua balasan tuhan la ni sbb ko suka membazir.
Post time 23-9-2023 09:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kekadang kita ni tau bising je..
padahal kalau tapau mknn kat luar x kurang 50 hengget..kalau ikut harga beras tempatan dah dekat 20kg tu...cuma x adil lah pada low income dan keluarga ramai bila main sorok2 gitu
Post time 23-9-2023 09:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
monreyes replied at 23-9-2023 09:18 PM
kekadang kita ni tau bising je..
padahal kalau tapau mknn kat luar x kurang 50 hengget..kalau ikut h ...
Rasional ko ni sgt tepat.
Selang smggu aku tapau fasfud lyn ank².
Tiap mggu g psr mlm,lima ploh mane cukop skali blanje.
Nk compare ngn modal beras 10kg xkesah jenis apa lg beso modal mkn fasfud / jln psr mlm. (Tu baru petik seperkara)
So rega naik mcm mna pn aku tetap beli beras,xkoser nk kecoh.
Esok² turun la blk rega tuh.
Xturun² lantak p lah.
Pandai² la nk idop.
Post time 24-9-2023 01:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Harini sis g econsave nsk..beras tempatan label ungu tu elok je rega rm26 utk 10kg..alhamdullillah..asyik tpikir org yg jauh dr pasaraya brg keperluan harapkn kedai runcit jenuh la derang nk berbelanja!!