CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 7

[Tempatan] Percutian bertukar tragedi apabila isteri diculik, disiksa kerana si suami terbelit hutang

  [Copy link]
Post time 22-9-2023 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 23-9-2023 12:29 AM

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Indonesia berdepan pengalaman ngeri ketika bercuti di negeri ini apabila dia menjadi mangsa culik selama 10 hari angkara hutang suami berjumlah RM540,000, minggu lalu.

Selain dikurung, wanita berusia 36 tahun itu turut diikat dengan rantai besi, didera termasuk dicucuh dengan puntung rokok dan dicucuk jarum selain disebat menggunakan paip getah.

Penderitaan mangsa bagaimanapun berakhir selepas dia berjaya diselamatkan polis dalam satu operasi khas Op Scorpion Rantai Penang di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, 17 September lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, mangsa diculik sekumpulan lelaki ketika berada di Relau dekat sini pada 7 September lalu dan dikurung di beberapa lokasi.

“Suami mangsa dikatakan gagal membayar wang itu dan isterinya diculik dan dijadikan tebusan oleh suspek untuk menuntut wang tersebut.

“Suami mangsa sempat membayar sebanyak RM50,750 kepada suspek menerusi dua transaksi, namun suspek enggan melepaskan isterinya selagi keseluruhan hutang berjumlah lebih setengah juta itu dilangsaikan sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa pada 15 September lalu iaitu selepas kira-kira seminggu isterinya diculik sekumpulan individu yang didalangi suspek terbabit.

“Bertindak daripada laporan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang melancarkan operasi menyelamatkan mangsa dan mengesan kesemua suspek terlibat.

“Pada hari yang sama iaitu antara pukul 6 pagi hingga 10.30 malam, polis berjaya menahan 14 suspek termasuk dalang kes penculikan itu yang berumur 35 tahun di beberapa lokasi termasuk di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

“Mereka yang ditahan masing-masing 12 lelaki dan dua wanita termasuk dua lelaki warga asing yang kesemuanya berusia antara 23 hingga 70 tahun,”
ujarnya kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961. -



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti indon tu nyesal kawen
Ingatkan DPT la.duit.kwsp.ke apa
Rupanya hutang
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:38 PM | Show all posts
shernazz replied at 22-9-2023 10:32 PM
Mesti indon tu nyesal kawen
Ingatkan DPT la.duit.kwsp.ke apa
Rupanya hutang

friska ada kt forum ke minggu ni? risau pula forumer ada kena culik
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-9-2023 10:38 PM
friska ada kt forum ke minggu ni? risau pula forumer ada kena culik

Minggu depan ada le tu Nanti..
BZ jaga majikan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:41 PM | Show all posts
shernazz replied at 22-9-2023 10:40 PM
Minggu depan ada le tu Nanti..
BZ jaga majikan kan...

tq sis, atleast kita tahu bukan friska kena culik . kalau dia xkomen, maksudnya dia tengah pakai id lain tu.huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2023 08:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-9-2023 10:41 PM
tq sis, atleast kita tahu bukan friska kena culik . kalau dia xkomen, maksudnya dia tengah pakai i ...

Hahahahha...
Kan..sapa jr nak culik dia .
Rugi Karan je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 11:09 AM | Show all posts
Tak judi.. dadah...atau ceti haram!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-11-2023 05:27 AM GMT+8 , Processed in 1.371949 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list