CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2016|Reply: 1

[Pulau Pinang] Didenda RM20,000 kerana tipu anak pemilik restoran nasi kandar

  [Copy link]
Post time 19-9-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Butterworth: Seorang lelaki didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menipu anak pemilik restoran nasi kandar tempatnya bekerja, berkaitan permohonan lesen perniagaan sehingga mangsa menyerahkan RM50,000, tahun lalu.

Tertuduh, Jalil Ahmad Mohd Adam, 53, turut diperintahkan dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Bapa kepada dua anak itu membuat pengakuan bersalah terbabit selepas kertas pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bekerja sebagai pembantu restoran didakwa menipu seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga anak pemilik tempatnya bekerja, dengan cara memperdayakan mangsa untuk mempercayai bahawa tertuduh akan membantu mangsa mendapatkan lesen perniagaan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Perkara itu mendorong mangsa membuat bayaran RM50,000 kepada tertuduh yang mana mangsa tidak akan berbuat demikian sekiranya tahu ia tidak benar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Lebuh Sungai Pinang, Georgetown dekat sini, pada 17 Oktober 2022, antara jam 2 petang hingga jam 4.05 petang.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, tertuduh yang ditemani ibu serta ahli keluarganya merayu denda minimum dikenakan terhadapnya berikutan dia tidak lagi bekerja dan tinggal bersama ibunya bersama dua anak perempuan yang kini menyaranya.

Noor Azura kemudian meminta mahkamah mempertimbangkan hukuman berbentuk pengajaran memandangkan ia kesalahan serius yang kerap berlaku di negara ini.

Mahkamah menetapkan denda RM20,000 dan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan dan tertuduh kemudiannya membayar denda terbabit.



TERTUDUH hadir di Mahkamah Butterworth. FOTO Danial Saad

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... estoran-nasi-kandar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 04:32 PM | Show all posts
ooo faham kalau tipu duit masuk penjara

tp tipu sijil smpai dapat masuk fellow perdana, kene sesi kaunseling je AHAHHAa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Danny Rich @ Adam Hamil @ Syed Ikmal ~ Bakal Rujuk Dengan Yan?
tumpanglalu74Danny Rich @ Adam Hamil @ Syed Ikmal ~ B
Views : 16324 Replies : 10
Hanis Haizi V77
NadiabellaHanis Haizi V77
Views : 81208 Replies : 2390
Elak berhutang untuk pelaburan ASB - Asyraf Wajdi
mojarean_XElak berhutang untuk pelaburan ASB - Asy
Views : 6857 Replies : 177
Wanita lebih berisiko nyanyuk
JoyahMengayahWanita lebih berisiko nyanyuk
Views : 2837 Replies : 34
[JTBC/Netflix 2023] BEHIND YOUR TOUCH - Han Ji Min, Lee Min Ki, Suho
Rahah[JTBC/Netflix 2023] BEHIND YOUR TOUCH -
Views : 6639 Replies : 217
Iraq: Lebih 100 Tetamu Hangus Dalam Dewan Kahwin! ~ Akibat Dengki?
tumpanglalu74Iraq: Lebih 100 Tetamu Hangus Dalam Dewa
Views : 2268 Replies : 37
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 189040 Replies : 1239
Mahaldahni:Baru bulan September naik harga,Produk Gardenia naik lagi 10 sen hingga 20 sen Oktober ini.Ditambah dengan kenaikan harga beras,adakah rakyat Malaysia akan mati kelaparan?
YgBenarMahaldahni:Baru bulan September naik har
Views : 2061 Replies : 49
Datin Sri Zizie Izette
Burong_HantukDatin Sri Zizie Izette
Views : 23961 Replies : 72
kebarangkalian sangat tinggi apabila individu dijangkiti COVID-19, ia akan mendapat kanser-kajian
YgBenarkebarangkalian sangat tinggi apabila ind
Views : 14726 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-10-2023 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.087521 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list