CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 19

[Tempatan] Salleh Said Keruak: Dr Mahathir boleh jadi PM semula jika musuhnya tak berjaga-jaga

[Copy link]
Post time 19-9-2023 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Dr M boleh jadi PM semula jika musuhnya tak berjaga-jaga - Salleh

https://www.malaysiakini.com/news/679660

Diterbitkan:  Sep 18, 2023 5:49 PM⋅
Dikemaskini: 5:49 PM



Pemimpin Umno Sabah Salleh Said Keruak menyorot kemungkinan Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan dengan menjadi perdana menteri buat kali ketiga dengan gabungan politik ketiga.

"Dalam arena politik, cita-cita tiada had dan umur pula bukan menjadi penghalang. Oleh itu jangan memandang rendah kehendak orang tua,” katanya merujuk kepada ahli politik berusia 98 tahun itu.

Asas ramalan Salleh ialah langkah menjadikan Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi bagi negeri yang dikuasai Perikatan Nasional (PN) yang digelar SG4.

Menurut Salleh, langkah itu menjadikan Mahathir ketua de facto pakatan pembangkang.

Dia percaya ini hanyalah "hanyalah langkah pertama daripada banyak lagi langkah besar yang akan datang."

"Walaupun langkah menjadikan Mahathir sebagai ketua de facto PN itu penting, namun langkah seumpama itu hanya bermakna sekiranya Mahathir boleh masuk ke Parlimen dan seterusnya menjadi ketua pembangkang.

"Beliau sepatutnya menggunakan pelantikan sebagai penasihat ekonomi kepada SG4 untuk meyakinkan semua ahli PAS tentang keikhlasannya," tambahnya dalam catatan Facebook.

Mengulas mengenai perkara itu, seorang lagi ahli politik Umno, yang enggan namanya didedahkan, berkata walaupun kenyataan Salleh itu kelihatan tidak masuk akal memandangkan usia Mahathir yang sudah lanjut dan dengan pilihan raya umum (PRU) akan datang dijangka pada 2027, dia berkata bekas perdana menteri itu boleh kembali melalui satu pilihan raya kecil (PRK).

Sementara itu, Salleh, yang menyifatkan Mahathir sebagai "ahli politik yang sangat bijak dan lebih bijak daripada kebanyakan kita", berkata Mahathir mahu mempunyai pengaruh yang lebih berkesan dalam domain politik untuk melemahkan pengaruh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Beliau merupakan pakar dalam percaturan seperti ini. Dalam hal ini, saya akan memberi tabik hormat kepadanya.

"Saya percaya inilah yang difikirkan oleh Mahathir dan tindakan seumpama itu akhirnya boleh membawa kepada krisis politik yang mungkin lebih besar daripada krisis politik 2015 yang menimpa Najib Razak.

"PAS tidak akan menyokongnya melainkan mereka benar-benar percaya dengan kebolehan Mahathir membuat percaturan politik. PAS pastinya percaya Mahathir boleh berjaya di mana (Pengerusi PN) Muhyiddin Yassin telah gagal iaitu kembali semula ke Putrajaya,” tambahnya.

Sambil memberi amaran kepada musuh Mahathir, Salleh berkata "tindakan dan niat" lawan perlu diperhatikan.

"Bukan sahaja tindakannya tetapi niatnya yang perlu diperhatikan, kerana jika seseorang tidak bertindak dahulu, dia akan menderita terlebih dahulu.

"Mahathir boleh menjadi perdana menteri sekali lagi jika semua musuhnya menganggap ini mustahil dan tidak berjaga-jaga," katanya.

Mahathir mula menjadi perdana menteri ketika menerajui Umno dan BN pada 1981. Dia berkhidmat selama 22 tahun sebelum bersara. Pada 2018, Mahathir kembali sebagai perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas menjatuhkan Umno dan BN.

Pada PRU lalu, bekas perdana menteri itu mengalami kekalahan teruk di kubu kuatnya di Langkawi di negeri kelahirannya Kedah. Mahathir malah kehilangan wang deposit.

Sejak itu, Mahathir menjadi antara yang lantang mengkritik Anwar, PH dan Umno, dengan menggunakan isu-isu kaum untuk menarik perhatian orang Melayu.

Mahathir, yang mempunyai rekod prestasi menamatkan karier politik penggantinya, kini telah berganding bahu dengan satu lagi kumpulan bekas seterunya, PAS dan Bersatu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
KETAKSUBAN
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa siapa yang jadi pm di Malaysia ni sama sahaja tiada bezanya, motto utama gila kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:02 AM | Show all posts
iols setuju jah kalo atok jd piyem kali ke-3, biar melopong mulut ummah bodoh low IQ tak reti menilai.... iols tertunggu2 jugak atok kena dakwa salahguna kuasa ke, sakau duit ke apa ke smpai ke sudah nan hado! paling iols tggu kalo Tun jd piyem balik, wak jahid pakai baju banduan n kena gari... najib tu selamat je perbicaraan n hukuman jatuh ms atok bukan lg piyem, kalau x harusss kena gari n berbaju banduan... atok pernah ratib pasal benda ni,  awat najib pi mahkamah x kena gari n x pakai baju banduan despite dh jatuh hukum
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahli parlimen pun tak. Nak jadi pm celah mana? Pm tepi je la
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 11:00 AM | Show all posts
Jadi PM tak perlu jadi MP eh?  I thought PM hanya boleh dilantik di kalang ahli dewan rakyat. So dia kena bertanding utk jadi ahli dewan rakyat dulu.  Kerusi sapa yang akan dikosongkan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempat lagi ka
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Undi PN dapat mahathir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 19-9-2023 11:25 AM
Undi PN dapat mahathir

...undi dap dapat ak47..undi umno dapat malaysian malaysia.
Apa 'meza'???
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 11:54 AM | Show all posts
Ya ini kali lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 19-9-2023 11:50 AM
...undi dap dapat ak47..undi umno dapat malaysian malaysia.
Apa 'meza'???

Dah malaysian malaysia ke sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:14 PM | Show all posts
Orix replied at 19-9-2023 10:02 AM
iols setuju jah kalo atok jd piyem kali ke-3, biar melopong mulut ummah bodoh low IQ tak reti menila ...

tu lah konon reformasi lawan rasuah. ni xde pun pendakwaan terhadap tun. fitnah dilaungkan konon muka lebam , kena cucuk arsenik lah apa. pfft. tilam di angkut pg court momode.

moga atuk jd piyem semula. biar political crook ni tahu buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 19-9-2023 11:59 AM
Dah malaysian malaysia ke sekarang?

Dah...tak perasan ke....atau pak kaduk jer rasa dia menang...walhal kampung tergadai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 19-9-2023 12:24 PM
Dah...tak perasan ke....atau pak kaduk jer rasa dia menang...walhal kampung tergadai...

Apa yang tergadai
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:35 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 19-9-2023 12:14 PM
tu lah konon reformasi lawan rasuah. ni xde pun pendakwaan terhadap tun. fitnah dilaungkan konon m ...

khuensttttt..... tertunggu2 jugak musuh atok dakwa atok bila atok xde kuasa, tapi semua cakap kosong jah... at least atok cakap itu ini pasal najib, bangnon semua sangkut hurkeh.... semoga atok jd piyem kali ke-3 supaya ummah kena heart attack tarkazutttt atok umur seabad jd piyem lagiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:37 PM | Show all posts
Orix replied at 19-9-2023 12:35 PM
khuensttttt..... tertunggu2 jugak musuh atok dakwa atok bila atok xde kuasa, tapi semua cakap koso ...

atleast najib terbukti bersalah di mahkamah. ni satu kes tak sangkut atuk. maksudnya atuk difitnah rasuah corrupt nepotism jadi modal pembangkang pakatan sodomi. kurang2 dh terbukti tilam ada angkut mahkamah ada kes

ni atuk langsung tiada satu kes sangkut.atuk selama ni jadi punch bag pembangkang hasut rakyat macam2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Si keruak ni kemain benci tun knp eh..dendam kesumat apa la tuu. Pdhal dulu kemain lama dgn Tun..nyampah aku sendiri  kuat songlap!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kannnnnn.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mungkin la. Tun takde masa dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ketiga???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-9-2023 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.355797 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list