CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3309|Reply: 2

Penduduk Salinatan Hampir Terputus Bekalan Makanan Akibat Tanah Runtuh, Jambatan Rosak

[Copy link]
Post time 16-9-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Nabawan: Penduduk Kampung Salinatan dalam mukim Pensiangan dan kawasan sekitarnya, di sini, hampir terputus bekalan makanan berikutan beberapa kejadian tanah runtuh dan jambatan rosak yang memutuskan jalan perhubungan ke kawasan terpencil itu awal bulan ini.


Ketua Anak Negeri (KAN) Mukim Pensiangan, Atar Andipoh, berkata kira-kira 300 penduduk kampung di kawasan berkenaan terjejas berikutan kesukaran mendapatkan bekalan makanan dari luar disebabkan kejadian tanah runtuh itu.


Katanya, kebun penduduk yang terletak jauh dari kawasan perkampungan juga tidak dapat dimasuki kenderaan pacuan empat roda atau motosikal yang biasa digunakan mereka sebelum ini, menyukarkan lagi situasi dihadapi.


Antara keadaan jalan Kampung Salinatan, Pensiangan yang rosak akibat kejadian tanah runtuh.- Foto NSTP/Ihsan pembaca





"Bencana tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan komuniti Kampung Salinatan teruk terjejas. Terdapat lebih 30 tanah runtuh berlaku di antara jalan Salinatan ke simpang Pensiangan, ditambah pula 10 tanah runtuh di jalan Sabinait menuju ke luar.


"Barang makanan asas penduduk kampung berkurang secara mendadak sepanjang tujuh hari selepas tanah runtuh berlaku kerana bekalan makanan di kampung terhad di rumah masing-masing.


"Kedai runcit di Kampung Salinatan dan di kampung berhampiran juga kehabisan makanan untuk dijual. Tiada siapa menduga bencana ini berlaku dan tiada siapa bersedia dengan bekalan makanan yang cukup untuk waktu lama," katanya menerusi satu kenyataan, di sini.


Katanya, beliau sudah membuat laporan ke Jabatan Kebajikan berhubung situasi dihadapi penduduk kawasan berkenaan, namun tindakan lambat diambil.


Berikutan itu, beliau mengambil keputusan bertanya individu yang mengenali mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu penduduk Kampung Salinatan.


"Situasi ini bertambah berat kerana bencana ini turut membawa hanyut jambatan yang sering digunakan penduduk. Jambatan ini satu-satunya kemudahan untuk kenderaan penduduk kampung melintasi sungai," katanya.


Bagaimanapun, katanya beliau bersyukur ada guru di Salinatan mengenali NGO Forces Of Love (FOL) untuk meminta bantuan bagi pihak penduduk kampung.


Berikutan itu, Atar berkata permohonan bantuan diajukan kepada NGO terbabit sebelum akhirnya bantuan bahan makanan dapat dihantar dan disalurkan kepada penduduk terjejas beberapa hari lalu.


Misi bantuan itu, katanya turut dijayakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Salinatan ni kat nabawan ke? Agong xde pulak melawat sini..iols penah ke nabawan..jalan mmg teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
satgi raja formula akn kasi 'formula' penyelesaiannya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.035559 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list