CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16824|Reply: 79

[Tempatan] Kencing manis itu budaya kito: Aisyah Shakura menghidap kencing manis pada usia 23 tahun,minum 4 tin setiap hari

  [Copy link]
Post time 16-9-2023 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 16-9-2023 01:21 AM

Seorang wanita disahkan menghidap kencing manis pada usia 23 tahun disebabkan mengambil terlalu banyak minuman ringan dalam tempoh enam tahun.

Bercakap kepada Sinar Harian, wanita bernama Aisyah Shakura Ahmad Taridi itu berkata, dia mempunyai tabiat minum minuman ringan sekurang-kurangnya empat tin setiap hari sejak enam tahun lalu.

Disebabkan tabiat itu, tubuhnya tidak lama kemudian mula menunjukkan gejala yang membimbangkan seperti kerap membuang air kecil dan ketidakupayaan untuk menahan air kencing semasa berada di luar rumah.

Pada masa yang sama, dia menyedari bahawa berat badannya telah menurun daripada 92kg kepada 84kg dalam tempoh sebulan walaupun dia tidak berdiet atau mengawal pengambilan makanan.

“Pada awalnya ada luka di kepala dan fikir mungkin sebab salah pakai produk mencuci rambut. Tapi bertambah teruk hingga bernanah.

Aisyah Shakura berkata, dia kemudian dimasukkan ke Hospital Selama di Perak selama satu malam sebelum diberi insulin dan disuntik cecair ke dalam badannya sehingga paras gula dalam darahnya kembali normal.

“Bacaan gula dalam darah saya, yang diambil setiap pagi dan sebelum tidur, kini menunjukkan tahap 5.0 dan 7.0, menunjukkan penurunan secara beransur-ansur.

“Saya mengambil ubat metformin yang diberikan pihak hospital dan tidak boleh tinggal untuk pastikan bacaan gula terkawal.

“Saya juga menjalani ujian kesihatan lain termasuk untuk mata dan buah pinggang. Kedua-duanya dalam keadaan baik, dan tiada penyakit lain dikesan,” tambahnya.

Aisyah Shakura berkata, dia kini berpantang daripada minum minuman ringan dan kini hanya minum air mineral serta menjaga pemakanan.

SUMBER Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 03:36 AM | Show all posts
kalau tidak jaga pemakanan, doctors lah yang akan kaya raya
duit akan didapati dari pesakit atau pun kerajaan
so, jalan mana pun, doctors akan benefit dari masaalah ini
jadi, jaga lah food dan activity anda
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 06:05 AM | Show all posts
Mmg ada org mcm ni, kononnya tk pandai minum air kosong la tekak tk bole terima air kosong la.waktu mkn dari pagi ke malam sume dgn air manis
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
yang ni patutla. tp x semua org menghidap diabetes type2  mempunyai pola pemakanan mcm ni. ada yg disebabkan masalah hormon yg mengurangkan
keberkesanan insulin dlm badan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua kebodohan mak pak ko ...dari anak2 kecik dibiar dan dibagi minuman yg manis2....ramai parents yg bodoh dlm bab2 pemakanan anak2 sb diri mak pak sendiri tu pun gemok kuat makan x jaga kesihatan diri
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
minum air kosong sedap jugak, i suke minum air kosong, rasenye sedap melegakan menyenangkan, merubah mood jd happy, sejuk dia lalu kat esofogus turun ke perut sedap je rase..knp la korang suke air manis2, sedap kat lidah je pastu masuk bdn da jd racun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2023 07:35 AM | Show all posts
Speak for yourself lah dik
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-9-2023 06:32 AM
Ni semua kebodohan mak pak ko ...dari anak2 kecik dibiar dan dibagi minuman yg manis2....ramai paren ...

nak setuju jgk statement akk ni  ..sy tgok mcm tu jgk sekeliling sy..mak pak jgk yg ajar ank mkn mcm2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sue_0684 replied at 16-9-2023 10:18 AM
nak setuju jgk statement akk ni  ..sy tgok mcm tu jgk sekeliling sy..mak pak jgk yg ajar ank mkn m ...

Baru lagi kawan akak nk belikan air jus pati buahan untuk anaknya yg bawah umur 5 tahun...katanya anaknya nak   terus akak kata...haaaaa bawah umur 5 tahun ko nk bg air manis....dia jawab anaknya x nk air masak..nk jugak minum air jus buahan pati yg dibancuh ni...tp katanya dia x letak bnyk ..sikit je manis..

Hmmm ...entahlah..akak ni anak2 makan gula2 pun x bg waktu mereka kecik...sampai besar ni air masak paling bnyk depa minum..dlm peti sejuk rumah ni hanya ada susu segar je...pekat manis pun x de...apatah lagi air gas, air jus buah ke...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:15 PM | Show all posts
banyaknya minum
badan pun overweight
entah la nasihat bkn dengar pun bila dah sakit baru nak menyesal
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:20 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 16-9-2023 07:17 AM
minum air kosong sedap jugak, i suke minum air kosong, rasenye sedap melegakan menyenangkan, merubah ...

air kosong mmg tak sedap sekian dari peminum tegar milo dan nescafe
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-9-2023 10:24 AM
Baru lagi kawan akak nk belikan air jus pati buahan untuk anaknya yg bawah umur 5 tahun...katanya  ...

Masa anak iols kecik, bwk gi kedai mkn, masa nk byr tu kan kat kaunter selalu letak sweets. Anak iols cakap nak, iols cakap tak blh. Tiber ada pakcik lalu situ cakap belikan je la...ek leh pakcik ni sekali aku tempeleng naya.
Kdg bukan kita ajar tp sb org keliling yg menyibuk. Kt rumah iols mmg tak ajar diorg sweets, air manis nih. Tp masa kt taska, sekolah tu mmg tak blh nak kontrol lah.
Ni dah besar ni pandai dah kontrol makan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baca tred ni smbil sedut air bask bear huhuhuuu…tp pagi td dh bakar kalori dh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:42 PM | Show all posts
Edited by brego at 16-9-2023 01:49 PM

ok la tu, yang penting hidup puas hati
minum manis kan puas,
tak puas hidup kalau tak minum manis sehari

antara sebab anak korang buas macam haiwan liar,
hyper aktif lain macam, throwing tantrum
sampai tak boleh control
pun sebab gula juga

ok la tu, sumbatkan lagi benda manis banyak2 to your kids
let them all rot
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:46 PM | Show all posts
Edited by brego at 16-9-2023 01:48 PM

sorang lagi, umor baru 29

ropa dah macam warga emas
  



Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kesiannya. Insaf sekejap. I ni dulu suka susu pekat. Tapi sekarang memang kurangkan. Nescafe atau kopi pun guna susu segar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Air Manis Ni iols minum kat kedai je
Kalau kat rumah mmg air kosong tapi mesti sejuk2..hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 16-9-2023 01:46 PM
sorang lagi, umor baru 29

ropa dah macam warga emas

serius lah belum 30 umor. mmg cepat makan tua  kalau kuat gula ek
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
circle kita ni, dh arwah dh acik tu, tp dia dh berumur bnyk bru komplikasi sgala. arwah sndiri cerita lah dia suka mnum air gas, pastu tambah susu pekat tu, dia kata nk potong rasa gas. entah tak paham. tp nk kutuk beria pun tak berani gak. sbb lain org mmg mcm2 gaya cope masalah hidop. ade org ketagih gula, ade org ketagih cekik nk benam perasaan, hisap dadah, togok arak. tp kadg takde masalah hidop sgt pun , jd lifestyle je pulak. mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je kwn yg lgsg tak sentuh air putih
Klu dtg rumah bila nak serve air putih
Dia akan ckp ehh aku tak minum air putih
Pdhal dh minum air teh susu seteko
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-12-2023 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069211 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list