CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 0

Nabilah-Aleena bergelar juara dunia

[Copy link]
Post time 9-9-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Nabilah-Aleena bersama pingat emas Kejohanan Boling Padang Dunia di Gold Coast.

KUALA LUMPUR: Beregu boling padang negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Nawawi mencipta sensasi apabila menamatkan penantian 15 tahun Malaysia dengan muncul juara di Kejohanan Boling Padang Dunia yang berlangsung di Gold Coast, Australia, hari ini.

Pasangan yang kali pertama beraksi di kejohanan tertinggi itu cemerlang apabila menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 dari Malta, Rebecca Rixon dan Connie Leigh Rixon 15-11 pada aksi final.

Kejayaan itu dianggap pengubat duka buat Nabilah yang sebelum ini tewas di peringkat suku akhir acara tiga sepasukan kepada New Zealand ketika berpasangan dengan Syafiqa Haidar Rahman dan Azlina Arshad.

"Ia adalah persembahan yang menakjubkan daripada kami apabila dapat menewaskan pasangan Malta. Sudah tentu saya sangat gembira.


"Ini adalah kali pertama kami beraksi di Kejohanan Dunia dan kami dapat apa yang kami mahukan," kata Nabilah.

Sementara itu, Aleena, berkata dia berbangga dapat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa walaupun mendapat tentangan sengit daripada lawan.

"Terima kasih kepada Nabilah kerana banyak membantu sekali gus membawa pulang emas untuk kami pada penyertaan kali ini," katanya.

Kali terakhir Malaysia muncul juara dunia adalah menerusi Safuan Said dalam acara perseorangan lelaki pada 2008 di Christchurch, New Zealand.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ergelar-juara-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.457685 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list