View: 3853|Reply: 3
|
Tak Boleh Elak, Diana Danielle Tak Tahu Apa Reaksinya Kalau Terserempak Farid Kamil
[Copy link]
|
|
"Saya tak nak benda ini jadi perbualan ramai."
Enggan menjaja sebarang cerita mengenai urusan anak-anaknya dengan bekas suami, Farid Kamil, 42, Diana Danielle, meminta orang ramai menghormati privasinya sebagai manusia biasa.
IG
Kata pelakon dan penyanyi itu, langkah berkenaan juga bertujuan mengekalkan perasaan hormat khalayak terhadap dirinya dan Farid yang masih mencari momentum sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka.
“Saya ambil langkah untuk jadikan ia sebagai hal peribadi. Sebab kita tidak tahu masa depan, apa masalah atau perselisihan yang akan timbul nanti. Saya tak nak benda ini jadi perbualan ramai. Sebarang komunikasi dan keadaan anak, kami akan simpan sediri.
“Tak seronok nanti sebab dia (Farid) nama besar dalam industri dan orang kenal. Ini adalah fasa baharu buat kami dan masih mencari keseimbangan dan menyesuaikan diri. Bagilah kami ruang untuk mencari momentum.
IG
“Kalau ada cerita itu (hal anak) saya akan ambil langkah tak nak cakap sebab nanti ia akan memberi kesan kepada anak-anak serta hubungan kekeluargaan antara kami. Kalau berhubung semula (dengan Farid) ia hanya secara peribadi,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Walaupun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan dengan Farid, Diana, 32, berkata, dia mahu segala pertemuan dengan Muhammad dan Nur Aurora mengikut jadual yang lebih berstruktur.
“Saya tak nak ada isu berebut-rebut anak nanti. Jadual itu penting. Bukan saya seorang yang besarkan anak. Saya masih ada dia (Farid) yang besarkan bersama walaupun bukan dalam rumah yang sama.
“Anak-anak masih ada ayah mereka dan saya pasti dia akan jadi ayah yang terbaik. Kami saling sayang anak-anak dan sentiasa bersama untuk membesarkan mereka,” kongsinya.
Ditebak sekiranya bertemu Farid atau bekerja dalam naskhah arahannya kelak, Diana hanya berserah kepada ketentuan dan enggan memikirkannya.
“Saya tak boleh elak kalau jumpa okey sahaja. Namun, bagaimana reaksi ketika itu, saya tidak tahu. Bekerjasama (filem) bukan dalam masa terdekat,” tegasnya.
IG
Pergolakan rumah tangga pasangan pelakon sensasi itu berakhir dengan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, 10 Ogos lalu.
Lafaz cerai dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
buat bodoh je la kak oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo terserempak just said, "lihat hidungku, cantik bukan?" |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa dia berisi sikit lepas cerai. Good. |
|
|
|
|
|
|
| |
|