CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62012|Reply: 203

Nabila Razali kini tunang ahli perniagaan

  [Copy link]
Post time 27-8-2023 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-8-2023 06:12 AM

Nabila Razali kini tunang ahli perniagaan

https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... ng-ahli-perniagaan/

Oleh HANISAH SELAMAT
27 Ogos 2023, 12:38 pm


Nabila Razali dikatakan telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.

PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali dikatakan telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.
ADVERTISEMENT

Menurut sumber, majlis yang hanya membabitkan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak berlangsung di rumah baharu Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, di Selayang.

“Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi,” ujar sumber terbabit.

Daripada perkongsian saudara terdekat lelaki yang berjaya menawan hati pelantun lagu Peluang Kedua itu, jelas majlis tertutup tersebut diserikan pelamin kecil dan disertakan acara bertukar dulang hantaran.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh mereka disatukan, namun ada yang menyatakan hari bahagia itu bakal berlangsung tahun depan.

Sebelum ini mereka bijak menyembunyikan perhubungan, namun peminat pernah terserempak dengan pasangan terbabit di Genting Highlands, baru-baru ini.

Malah maklumat daripada pengikut tegar Nabila yang mesra disapa Bella itu mendakwa kedua-duanya baru beberapa bulan serius menjalin percintaan.

Kecenderungan sama iaitu menggemari sukan permotoran antara perkara yang mengeratkan lagi hubungan dua individu popular ini.

Daripada carian maklumat, Nik Iruwan yang berusia 37 tahun adalah pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom.

Selain terbabit dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008, Nik Iruwan turut menguruskan empayar perniagaan keluarganya.

Sementara itu, usaha Kosmo! Online mendapatkan pengesahan penyanyi berusia 30 tahun itu tidak berjaya apabila panggilan telefon serta WhatsApp tidak berbalas. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Kak Nab
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 02:16 PM | Show all posts
“Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi,” ujar sumber terbabit.


APO ayat camni. Kata BETUL pastu mintak disahkan. Bongok nye sumber
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntung laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila google laki ni ex bf zahirah dulu2. So gosip ngan PA tu sekadar gosip la eh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgok sendu2 nab pun pndai cari jodoh yg semenggah. Jah reti segala benda tp bab cari laki dia xberapa pndai hixhixhix!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kak nab..jgn kaco laki org
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
carlalily replied at 27-8-2023 02:27 PM
Bila google laki ni ex bf zahirah dulu2. So gosip ngan PA tu sekadar gosip la eh?

Iols pun jumpa pic zahirah tu.. adeh tak sepadan laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
  



Dahsyat gakk dpt tangkap mamat ini… tapi bukan dia dah kahwin ke? tasteful jugakk tgk laki ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats nab. Asalkan bukan laki org.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksud aku dahsyat itu sbb nabila ni bukan tara lawaa mane. Biasa2 tapi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 27-8-2023 02:45 PM
Maksud aku dahsyat itu sbb nabila ni bukan tara lawaa mane. Biasa2 tapi..

Lawa apa..muka melayu .. badan pun ok.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..huntung sekali sauk dpt jerung terus..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 03:01 PM | Show all posts
Tahniah Kaka Nab

pasni tak yah tergelincir lagi….jadi tai tai jer lah

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 03:05 PM | Show all posts
Manusiabesa replied at 27-8-2023 02:34 PM
Tgok sendu2 nab pun pndai cari jodoh yg semenggah. Jah reti segala benda tp bab cari laki dia xberap ...

lelaki melayu orka dan successful ni taknak bini yg aggresive dan NPD




Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepek ler biodata tunangnya ni

Beria lah ritu gosip dengan PA
Makin ramai ler porumer kena gout
Dok seret lutut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah   
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh bersara dah. Syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 27-8-2023 03:05 PM
lelaki melayu orka dan successful ni taknak bini yg aggresive dan NPD

Apa npd kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah  nab.
Mohon suaminya suruh nab jangan nyanyi lagi. Berlakon masih boleh d terima la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-9-2023 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.112990 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list