View: 1552|Reply: 0
|
Katie, Nina kongsi emas di Kejohanan Dunia
[Copy link]
|
|
NINA (kiri) dan Katie (tengah) meraikan kejayaan mereka berkongsi pingat emas. FOTO REUTERS
Budapest: Juara Olimpik, Katie Moon dari Amerika Syarikat (AS) dan atlet Australia, Nina Kennedy berkongsi pingat emas pada aksi final lompat bergalah Kejohanan Dunia di Budapest, awal pagi tadi.
Nina dan Katie, yang memenangi emas Olimpik di Tokyo dua tahun lalu dan muncul juara dunia 2022 di Eugene, menyaksikan kedua-duanya melakukan catatan terbaik 4.90 meter (m) dan berkongsi pingat selepas kedua-duanya gagal dalam salah satu percubaan pada ketinggian itu.
Selepas perbincangan antara kedua-dua atlet dan pegawai masing-masing, kedua-dua atlet diputuskan untuk berkongsi gelaran juara dunia berbanding melakukan lompatan penentuan.
Kedua-dua atlet itu berpelukan sebelum dikelilingi oleh jurugambar serta mendapat sorakan ramai di Pusat Olahraga Kebangsaan dekat ibu negara Hungary.
Keputusan itu mengimbas kembali acara lompat tinggi lelaki di Olimpik Tokyo yang menyaksikan atlet Qatar, Mutaz Essa Barshim dan Gianmarco Tamberi dari Itali berkongsi pingat emas selepas masing-masing mencatat lompatan 2.37m.
Katie berkata: "Apabila final bermula saya tidak terfikir akan berkongsi emas, tetapi sekarang saya berpuas hati. Persaingan yang amat sengit.
"Apabila tinggal hanya saya dan Nina, persaingan sebenar bermula. Malam yang menakjubkan, saya harap semua menikmati persembahan kami."
Wilma Murto dari Finland meraih pingat gangsa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -di-kejohanan-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|