CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 5

Awie Pukau Penonton, Buktikan Kemampuan Nyanyi Lagu Keroncong

[Copy link]
Post time 22-8-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Penganjuran konsert Apresiasi Irama Keroncong di Istana Budaya, baru-baru ini merekodkan satu lagi pencapaian dalam kerjaya Datuk Awie.


Penyanyi itu memukau pengunjung dengan mendendangkan lagu Ratuku selain lagu dipopularkan Allahyarham Tan. Sri P. Ramlee, Malam Bulan Di Pagar Bintang yang dipersembahkan bersama penyanyi, Alyah.


Awie meluahkan rasa gembira apabila percubaannya menyanyikan lagu berirama keroncong diterima baik peminat.




Foto: IG




Dia berharap persembahannya malam itu disusuli dengan reaksi positif, bukan cerita-cerita yang kurang enak didengar.


“Sebenarnya saya sudah cuba bermacam-macam jenis lagu. Antaranya seperti dangdut, joget, asli, rap dan sebagainya. Keroncong adalah kali pertama buat saya.


“Alhamdulillah. Saya gembira apabila percubaan tersebut menjadi dan membuatkan penonton suka.


“Saya mahu menjadi penyanyi yang versatil dan merasai sendiri susah payah membawakan lagu jenis itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Konsert Apresiasi Irama Keroncong menampilkan nama-nama besar antaranya Datuk Yusni Hamid dan Datuk Khatijah Ibrahim.




  



Turut membuat penampilan adalah Rasyidah Abd. Rahim yang merupakan peserta Bintang Klasik 2012, Jamilah Abu Bakar (Puteri Keroncong) dan Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013).


Persembahan tersebut turut menampilkan pemuzik dan konduktor berprofil tinggi iaitu Mahzan Manan dan Jari.


Bagaimanapun, hasrat penonton untuk menyaksikan penyanyi asal Korea Selatan, Han Byul membawakan lagu keroncong tidak kesampaian apabila penglibatannya sempena konsert tersebut tidak mendapat kelulusan Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).


Dalam pada itu, kebijaksanaan Awie membawakan lagu keroncong dengan caranya sendiri menerima pujian pelbagai pihak.


  



Awie kelihatan sedaya upaya menghormati melodi asal meskipun lagu-lagu tersebut dipersembahkan dalam muzik berbeza.


“Saya ikut melodi asal, itu kita tak boleh nak ubah. Yang diubah adalah muzik, yang telah ‘dikeroncongkan’.


“Dalam apa keadaan sekalipun, penyanyi kena ikut melodi asal. Itu yang saya jaga ketika menyanyikan lagu-lagu tersebut,” jelasnya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 01:17 PM | Show all posts
Dato Awie mmg versatile, dia tapau semua wlaaupun dia paling terbaik di genre rock. Tapi lagu lain sedap dia bawak.

Buat satu album nasyid TokWie. mcm best je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Awie nyanyi lagu tradisional duet dgn siti kan dalam album gila isim? Nk dgr gak hasilnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokwi memang powerhouse..suara menten Powerful
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon masuk gv tok wi
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 09:12 AM | Show all posts
soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.077079 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list