CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6778|Reply: 45

Lord Lokman Pernah Bergaduh Sebab Patah Hati Ella Tinggalkannya "Tapi Saya Bangga Lihat Kejayaannya Sekarang"

[Copy link]
Post time 18-8-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Pengasas kumpulan Ella & The Boys, Lord Lokman mendedahkan Ella pernah ‘ditolak’ pengurus artis tersohor, Mike Bernie Chin ketika diperkenalkan sekitar era 1980-an.


Katanya, dia menunggu berjam-jam untuk bertemu personaliti berpengaruh yang ketika itu menguruskan karier Datuk Sudirman dan Noor Kumalasari, namun akhirnya kecewa selepas mendiang membuang gambar Ella.


Foto: Harian Metro




“Saya terkilan sebab Mike tak dengar pun lagi Ella nyanyi. Masa itu niat saya memang nak jadikan Ella terkenal sebab empat tahun saya persiapkannya untuk masuk arus perdana bermula dari tingkatan 2.


“Bersama vokal mantap dan pengalaman menyanyi di kelab, saya yakin Ella boleh pergi jauh sebagai penyanyi rock hebat. Jadi saya nak tunjukkan portfolio Ella kepada Mike.


“Saya tunggu dari pukul 9 pagi sampai 6 petang, terus kena reject. Iyalah, gambar tanpa solekan. Beberapa bulan kemudian dia jumpa saya semula, tanya kenapa saya tak cakap yang Ella bagus?” katanya selepas sidang media Battle of the Band (BOTB), baru-baru ini.


Dalam pertandingan anjuran MASH Entertainment Sdn. Bhd. itu, Lord bersama Baggio Damasutra, Acid Ekamatra dan Hamdan Bloodshed diamanahkan sebagai mentor kepada band yang bertanding.




  



Pada masa sama, pemilik nama sebenar Ahmad Lokman Ismail, 66, turut mengimbas memori penyatuan kumpulannya dengan gadis belasan tahun itu hingga mereka bersatu sebagai Ella & The Boys.


Memulakan langkah beraksi di sebuah pusat hiburan di Bangsar, pengalaman bersama figura yang menjadi kesayangan peminat itu nyata masih segar dalam ingatan.


Kongsi pemuzik asal Kelantan itu, dia kebetulan berjumpa Ella bersama Allahyarham bapanya, Aminuddin Manap buat kali pertama di sebuah kelab ketika bakat muda itu sedang menunggu giliran mahu menyanyi.


“Waktu itu Ella masih muda sangat tetapi punya impian besar nak jadi penyanyi dan disokong bapanya. Di kelab tersebut dia diberi peluang menyanyi ketika artis residen berehat sekejap.


“Saya kemudian bincang dengan bapanya mahu ambil dia jadi vokalis. Memang bapanya bagi kepercayaan kepada saya dan arwah isteri saya ketika itu untuk menjaganya.


“Kami menghiburkan pengunjung di kelab di Jalan Telawi, Bangsar hampir setiap malam. Kiranya ambil masa dua tahun juga untuk dia betul-betul dapat tampil bersama The Boys,” katanya mengenai Ella yang sempat menghasilkan empat album di bawah jenama Ella & The Boys.




  



Menganggap episod ‘kehilangan’ vokalis wanita mereka itu sebagai momen pahit, Lord mendedahkan dirinya patah hati selepas Ella mengambil keputusan bergerak solo.


“Kami bersatu dari 1982 hingga menghampiri tahun 1988 dengan menghasilkan empat album. Tentu semua terkilan apabila dia keluar daripada The Boys.


“Mungkin saya sendiri kecewa hingga tidak bercakap lagi dengan Ella gara-gara tindakannya. Setahun kemudian kami ambil Shima pula menggantikan posisi dikosongkan Ella,” kenang Lord lagi.


Begitupun, perang dingin yang berlaku dia tetap tidak mampu menyembunyikan perasaan bangga melihat pencapaian penyanyi asuhannya melakar kejayaan tersendiri bermula dengan album Pengemis Cinta.


Tidak hairan apabila secara diam-diam pemain gitar itu mencipta lagu Layar Impian khas untuk Ella yang kemudian dimasukkan ke dalam album Demi Ella terbitan 1996.




  



“Layar Impian sebenarnya saya cipta khas untuk Ella, jadi walaupun kami tidak bercakap, saya minta adik saya, Satiman berikan lagu tersebut kepadanya tanpa memaklumkan itu gubahan saya.


“Dalam kulit album memang nama Satiman, tetapi selepas 27 tahun baru saya dedahkan rahsia ini. Persahabatan kami pun telah kembali bertahun-tahun sebelum ini. Suami Ella, Kapten Azhar Husaini yang rapatkan kami semula.


“Saya terharu apabila Ella mengundang saya beraksi di Konsert Puteri Kota di Axiata Arena, Bukit Jalil baru-baru ini. Melihat perjalanan kariernya, Ella memang layak berada di tahap sekarang,” katanya lagi.


Selain Ella dan Lord, kumpulan rock yang ditubuhkan sejak 1981 itu pada awalnya turut dibarisi Ayie selaku pemain basis, Satiman (keyboard) selain Azzarul dan Mie (dram). -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang seni. Lama tu patah hati bertahun baru bercakap balik. Bagi lagu pun rahsiakan dia yang buat haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 10:39 AM | Show all posts
ni betul2 lejen nih....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 11:18 AM | Show all posts
seriau baca tajukkk igt patah hati ella tolak cinta
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 11:26 AM | Show all posts
petpot replied at 18-8-2023 11:18 AM
seriau baca tajukkk igt patah hati ella tolak cinta

i pon sama.. ingatkan ex ella tadi ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 11:27 AM | Show all posts
wah
lejen ni la
yang cipta lagu
Layar Impian ya..
best lagu tu
sesuai sangat dgn El

dan El pun ok juga
jemput lord
di konsertnya



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku baca lagu layar impian tu bekas laki shima yg cipta.  So satiman tu bekas laki shima ke

Satiman tu kira proxy je la kan.  Pencipta asal lord lokman ni.  Aku ingt lg vc layar impian si darling dgn rambut kembang dia main teng teng

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kira dari form 2 dah nyanyi, sporting betul bapa ella, siap bawakan anak berlatih nyanyi

pakcik ni lah yg last lagu dua insan bercinta tu, pergi kiss ella
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
missHaidiD replied at 18-8-2023 11:32 AM
Dulu aku baca lagu layar impian tu bekas laki shima yg cipta.  So satiman tu bekas laki shima ke

Sa ...

haah ye la tu ex husband shima..drug addict kalu x silap..harap2 dah insaf
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooowhh gitu cerita nyaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-8-2023 11:46 AM
haah ye la tu ex husband shima..drug addict kalu x silap..harap2 dah insaf

Satiman mendadah gak ke?
Deyols dulu cerai tebus talak. Tu je yg iols ingat.

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-8-2023 12:15 PM
Satiman mendadah gak ke?
Deyols dulu cerai tebus talak. Tu je yg iols ingat.

I baca kat majalah ke kat forum ni jugak tah, psl heols mendadah tu..x ingat dah..so x dpt nak sahihkan..Shima dulu ngetops gila kan..tapi xtau la camne leh jadi kurang berduit bila dah tua2 ni..xtau la dulu tu duit abih kat jejans @ mmg dia boros ke apa..kesian ar bila baca psl dia kena buka warung segala aritu..ni harap2 dah stabil la..iols kecik2 dulu minat dia ngan ella..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 12:48 PM | Show all posts
lahh..baru tau si lord ni adik beradik dgn satiman tu..

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
haa satiman tu suami shima..
lord ni legend..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka betul lagu layer impian tu.. kalau dgr je feel mcm masuk dunia lain..
Sedap sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius. Jarang ada artikel2 yg bagus dan bermutu tinggi dari wartawan cari. Terharu lak baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 02:24 PM | Show all posts
Ni news yg best aku bc.. mgkn pas nie Ella dpt lagu lg best dari lord
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:36 PM | Show all posts
br je dgr layar impian smlm nyanyi2 dlm kete. sedap tul lagu dan liriknya. ni la org panggil evergreen.
rupanya tak lama ella and the boys ye tp bjaya buat 4 album.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:57 PM | Show all posts
Sedap betul lagu Layar Impian khuenzz..
Teringat dulu masa form 4 meolls pinjam kaset budak pompuan satu taman semata2 nak dengo lagu Ella nih.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ella ni patut dh ada title datuk sb kejayaan dia dlm & luar negara. Suara dia maintain sedap rock
Lagu² dia byk yg sedap
Kalau nak bandingkn dia dgn ct lijah.. iols suka ella lagi.. gaya sampoy ja.. dr muda smpi ke tua ni fesyen dia byk la yg sedap mata memandang Tak mcm ct asyik kena kecam je haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 1.371716 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list