View: 1380|Reply: 2
|
"Saya Tak Alim Lah,"- Digelar Penunggang Agama, Naufal Azrin Ajak Individu Tulis Komen Jahat Jumpa Depan-Depan!
[Copy link]
|
|
Naufal Azrin menafikan kononnya dia menunggang agama demi meraih populariti.
Tuduhan itu timbul selepas penampilan Naufal dilihat berbeza dengan imejnya sebelum ini bersama kumpulan nasyid.
 Foto: IG
Naufal, 25, berkata gaya penampilannya itu tiada kena mengena dengan agama dan dia meletakkan Islam sebagai panduan hidupnya.
“Tidaklah, menunggang agama ni dosa tau... sebenarnya saya pun tak plan rezeki saya dalam industri ni macam mana.
“Jadi apa yang dugaan yang datang dekat saya ni saya hadap dan terima sahaja.
“Ada ke yang cakap saya tunggang agama? Kalau ada jom kita berjumpa bincang-bincang sikit.
“Saya tidak tunggang agama kalau cakap fasal Islam tu, Islam tu ada dekat dalam (hati). Saya pun tak alim la,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Naufal pertama kali membintangi drama terbaharu terbitan Astro yang berjudul One Million Dollar Voice dan memainkan peranan sebagai seorang penunggang agama yang bakal bermula pada 28 Ogos depan. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Hidup ni kalau suka dengar ckp2 org mmg xkan berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab org lebih suka penampilan lama ko. Penampilan baru ko ni nampk mcm sakai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|