View: 1274|Reply: 1
|
Safwan Nazri Jadi 'Influencer' Sebab Nak Jadi Pelakon
[Copy link]
|
|
Pelakon Safwan Nazri mendedahkan dia pada awalnya memilih untuk menjadi pempengaruh kerana dimaklumkan itu adalah syarat untuk menjadi seorang pelakon.
Pemilik nama sebenar, Muhammad Safwan Mohammad Nazri, 29, sudah pernah muncul di kaca televisyen beberapa kali menerusi drama Kan Kukejar Cinta Kamu dan Dua Takdir Cinta namun jarang sekali orang mengingatinya sebagai pelakon.
Katanya, mungkin kerana perwatakannya yang ‘gila-gila’ di media sosial, dia sukar menarik kepercayaan penerbit dan pengarah untuk menyandang watak serius.
“Orang nampak saya sebagai pelakon jenaka. Sebab, itulah diri sebenar yang saya tampilkan di media sosial. Di situlah juga punca pendapatan saya.
“Sebenarnya saya jadi pempengaruh sebab kata orang itu ialah syarat jika mahu jadi pelakon,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Malbatt: Misi Bakara.
Setelah lama berharap, bekas finalis Hero Remaja 2017 ini gembira kerana pengarah, Adrian Teh memberikan kepercayaan kepadanya untuk terlibat dalam filem aksi, sebuah genre yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
“Adrian selaku pengarah memberi kepercayaan kepada saya untuk turut serta dalam projek ini.
“Dia panggil saya untuk buat uji bakat. Kemudian dia tengok saya macam okey untuk bawa watak askar.
“Syukur dia nampak bakat dan minat saya dalam dunia lakonan,” tambahnya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
try hard sangat dekkk..  |
|
|
|
|
|
|
| |
|