CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6872|Reply: 4

Penggiat Seni Menganggur Tiada Peluang Kerja, Jurey Latiff Minta PM Campur Tangan Isu Perolehan Rancangan

[Copy link]
Post time 14-8-2023 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menuntut campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu perolehan rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada mStar, Presiden PTVM iaitu Datuk Jurey Latiff Rosli memberitahu masalah berbangkit itu telah memberikan kesan buruk kepada ramai penggiat seni termasuklah tiada peluang pekerjaan.






Justeru itu, Jurey memohon kerajaan mengambil berat dan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara ini supaya nasib penggiat seni terbela.


"Untuk makluman tahun ini merupakan tahun paling sukar apabila sehingga ke hari ini kami masih lagi ternanti-nanti keputusan perolehan rancangan di RTM. Perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang penglibatan kami membekalkan program di RTM.


"Hal sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada imej dan reputasi kerajaan Madani apabila ramai dalam kalangan anak seni yang terpaksa menganggur akibat tiada peluang pekerjaan," katanya.


Tambah Jurey, ada dalam kalangan pemain industri yang mengambil keputusan untuk beralih bidang memandangkan kurang tawaran yang diterima.


Dalam masa sama, dia juga memberitahu banyak syarikat produksi bergantung kepada RTM sebagai stesen kerajaan dalam memberi peluang pekerjaan penerbitan rancangan.


"Majoriti syarikat penerbitan TV bergantung dengan perolehan RTM kerana hanya stesen kerajaan yang memberikan lebih peluang kepada syarikat-syarikat kecil untuk terlibat.


"Demi kelangsungan hidup, penggiat seni berusaha dan bukan duduk sahaja dengan melakukan pelbagai kerja. Ini membuktikan penggiat seni meninggalkan karier seni kerana kurang tawaran atau tiada tawaran yang banyak berbanding sebelum ini," ujarnya.


Sementara itu, Jurey mencadangkan agar diadakan satu sesi taklimat bagi membincangkan isu berbangkit ini.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hak alahhh. Kalau ko dah sekolah bodoh, belajar dulu pon main2, atas modal suara gua sedap, gua pandai acting, apa barang study hard, Ujung2 dah tua nak mampos, tetiba mintak special lane utk dpt kerja?? LAMBERTTTTTT lagi tok oiii.
Penggiat seni my ass! Besarlah sgt sumbangan korang utk kehidupan rekyat Malaysia ni hoi. Kalau korang tak menyanyi, tak berlakon, kiranya semputla napas aku ek? Or dada aku berombak2lah yerk, tahan kesedihan?? Lambert sikit. Koser aku. Lain kali sekolah jgn bodoh, jgn malas.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
RTM sendiri pun x competent utk bersaing dgn tv swasta. Dr segi rancangan, logo dan serba serbi terkebelakang. Mohon transformasi dulu dan jd pilihan rakyat macam dulu. Terbelakang sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kje je la mn2 acik oii... Yg geng2 laki ni gomen kalau nk bantu bg dorg amek lesen Lori. Bersepah kje kosong driver Lori ni nk pki org. Gaji driver Lori plg koman 2ribu lebih. Tu yg bwk biasa2 je. Xpyh nk pndg jijik la kje driver Lori sampah tu Pon busuk2 4 ribu pck2. Arwah os dlo bawak teksi je boleh je hidup. Yg acik2 ni mtk la kje2 cleaner. Kt klcc or area bandar kje cleaner gaji 4 ribu Tau acik2. Tgk gaji2 indon semua brp. Nk hidup jgn malas. Xde sp tolong kita. Bdk2 degree Pon rmi bersepah kje bwk grab. Yg penting hidup kne usaha. Lantak la org hina kutuk kita jnji kita xmtk duit dorg
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah makin kurang tawaran, boleh dah kot ubah lifestyle tu, hidup lebih sederhana, cari peluang pekerjaan lain. Ni complain kurang tawaran tapi masing2 tengok lifestyle mewah je. Bukan ke retis buat paid review pun dah masyuk. Jual apa pun peminat beli. Nak apa semua boleh mintak sponsor. Pandai pandailah cari peluang lain. Kata warga seni kenalah kreatif. Nak harapkan tawaran je, orang sekarang mana ada tengok tv sgt dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.066061 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list