View: 7064|Reply: 30
|
Dakwaan Lisdawati Tak Ada Job 4 Tahun Sebab Bertudung, Fauzi Nawawi Kesal "Maruah Saya Tercalar Sebagai Seorang Suami"
[Copy link]
|
|
Kecoh sebelum ini apabila Lisdawati didakwa tiada tawaran berlakon selama empat tahun selepas mengenakan hijab.
Susulan itu suaminya, Fauzi Nawawi tampil menjelaskan perkara sebenar.
 Foto: IG
Fauzi berkata kenyataan itu disalah erti oleh orang ramai disebabkan penggunaan tajuk berita berkenaan dan apa yang dikongsikan isterinya hanya mengenai cabaran yang dihadapi selepas berhijab beberapa tahun lalu.
“Isteri saya ditemu bual tentang situasi artis perempuan yang bertudung kemudian buka dan dia hanya ingin beri inspirasi di mana pada mula-mula dia berhijab dulu, sehingga empat tahun tak ada shooting.
“Namun headline yang dikeluarkan portal tersebut telah disalah erti. Perkara itu berlaku dah lama, bukannya waktu sekarang. Memang saya akui, awal-awal dia bertudung dulu berlaku kejadian tersebut sampai dia rasa sedih.
“Tapi dia ambil ujian itu sebagai cabaran untuk diri sendiri. Setiap kali mendekatkan diri dengan Allah, ada perkara lain yang akan menjauhkan diri dengan-Nya.
“Berkat sabar dia, ada sahaja tawaran yang diterima selepas itu. Isu yang berlaku adalah salah faham sahaja daripada tajuk yang dikeluarkan," jelasnya kepada Gempak.
Dalam masa sama, aktor berusia 50 tahun itu akui maruahnya sedikit tercalar selepas membaca berita berkenaan.
"Reaksi isteri saya bila keluar kenyataan sedemikian, dia bersikap biasa sahaja. Malas untuk mengambil serius sangat. Tapi untuk saya sendiri, bila baca tajuk sedemikian, maruah saya tercalar sebagai seorang suami.
"Mustahil bila keluar berita macam itu saya tidak baca. Bila saya baca lagi komen-komen negatif netizen, memang terasa. Masyarakat sekarang pula lebih suka mencerca daripada membaca," tambahnya.-CARI
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
Beruk salji berbunyi
Video menumbuk sambal pun masih ada.
Senyap ja la |
|
|
|
|
|
|
|
Pojie ni awet muda mukanya, macam rosyam gak la. Padahal dah bercucu. |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 9-8-2023 12:28 PM
Pojie ni awet muda mukanya, macam rosyam gak la. Padahal dah bercucu.
Dah nampak kertu la |
|
|
|
|
|
|
|
cheezel replied at 9-8-2023 12:35 PM
Dah nampak kertu la
Kedut2 la juga kulit muka tu tapi pada iols masih nampak “muda” sebab rambut lebat lagi, muka pun takla kendur sgt, pakaian pun mcm org muda perut pun tak boroi sgt, so utk umur dia, masih presentable. Tu la maksudnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bergaduh dengan ritrud dulu sebab apa ye? Berebut jantan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rebut kan si poji ni la kan. hahahaha.
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa glamour korang laki bini kemain sombong |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 9-8-2023 12:37 PM
Kedut2 la juga kulit muka tu tapi pada iols masih nampak “muda” sebab rambut lebat lagi, muka pu ...
Ya masih segak berbeza hero remaja dulu badrul muhayat n azhar sulaiman semua mengecut.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Laki bini ni dorang tak de communication ke apa? Dah dedua baham sesama sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
tuntasha replied at 9-8-2023 03:08 PM
Laki bini ni dorang tak de communication ke apa? Dah dedua baham sesama sendiri
Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Masyarakat sekarang lebih suka mencerca dari membaca.
Yang ni betul |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 9-8-2023 07:39 PM
Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa
Tumpahkan teh zis! Dipersilakan... |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 9-8-2023 07:39 PM
Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa
Spill tea sikit..nak tau jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat wartawan puncanya nu |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 9-8-2023 07:39 PM
Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa
Halah2..alang2 cerita habis la sis..baru namanya gosip tempatan |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 9-8-2023 11:24 PM
Halah2..alang2 cerita habis la sis..baru namanya gosip tempatan
Baca balik apa @tuntasha tulis. iols hanya mengiyakan sbb pernah dgr benda sama. Nak gosip apanya lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 9-8-2023 07:39 PM
Siapa pernah duduk berjiran dgn dua ekor ni kat cheras dulu tau laaaaa
Nape?hari2 baling periuk belanga ke dorg
 |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah baca tp ingat2 lupa...kiranya diorg ni dpn camera, dlm socmed & kt dlm rumah watak lain2 la ye...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan. Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.
Petikan sepoloh tahon lalu |
|
|
|
|
|
|
| |
|