CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7914|Reply: 19

Bukan Mudah Urus Anak Kecil, Jamal Abdillah Tetap Ringan Tulang Bantu Isteri

[Copy link]
Post time 8-8-2023 10:06 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdilah berkata, sebagai bapa dia perlu mengimbangi kehidupan peribadi dan kerjaya dalam memastikan anak-anak mendapat perhatian sebaik mungkin.


Meskipun menggunakan khidmat pembantu, Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 64,berkata itu bukan alasan untuk lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab bagi meringankan beban isteri di rumah.






"Bukan mudah ada anak kecil di rumah. Apa lagi dalam usia sekarang ini. Ada ketika fokus saya lari juga dan mengganggu aktiviti harian.


"Memanglah ada pembantu, tapi saya kenalah tolong juga menguruskan anak-anak di rumah," katanya kepada mStar.


Namun Jamal juga sentiasa percaya bahawa anak-anak adalah rezeki dan amanah yang perlu dijaga.


Justeru walau penat bekerja mencari rezeki, penyanyi ini yakin segala yang diusahakan kini adalah untuk kebaikan keluarga di masa akan datang.


"Saya kena pasrah dan reda. Walau penat macam mana sekalipun saya kena lakukan yang terbaik.


"Mungkin apa yang saya usahakan sekarang adalah rezeki untuk anak-anak," ujarnya.


  



Untuk rekod, Jamal dan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, Iskandar Rayyan Yamani, 1, serta Rahil Laura Salsabila, 3 bulan.


Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 08:46 AM | Show all posts
tudia atok, 64 n beranak kecik, siang urus anak, malam urus emaknya pulak... tuff bethol
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak yg sekarang je ke? Anak yg dulu2 ko bg nafkah tak? Bukan takat duit tapi masa juga

Sori aku benci si tua ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde istilah ringan tulang bantu isteri ya.. jaga anak tu mmg tugas suami. Isteri tu yg bantu suami sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak rapat2 ni mbesar sama2 ms tu lega dahla atok dan wifey
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 9-8-2023 09:18 AM
Anak yg sekarang je ke? Anak yg dulu2 ko bg nafkah tak? Bukan takat duit tapi masa juga

Sori aku be ...

Kan. Sedih kalau i jd lg 2 org tu. Lantak la org ckp skrg dia dah tobat join jaga ank ke apa, tp utk ank 2 org tu seumur hidup diaorang akn ingat n missing kasih syg ayah masa kecik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2023 09:26 AM | Show all posts
Muka wife ni macam sesuai jadi mak kepada yamani. yg baru nak spm tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 09:37 AM | Show all posts
rela terima...apa pun syaratnya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 10:05 AM | Show all posts
beranak kecik2 selang satu tahun
beranak czer
ishhh x faham aku
nasib yg last ni kena ikat sbb bahaya dah belah perut sampai 4
kalau x ikat rasa beranak lagi

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 10:12 AM | Show all posts
pembacagosip replied at 9-8-2023 02:05 AM
beranak kecik2 selang satu tahun
beranak czer
ishhh x faham aku

Yakin betul kan Tok Mal kasi bini pregnant beranak berderet tiap tahun sampai 4 kali czer. Tak kisah la dpt doktor paling bagus, hospital paling mahal pon, tapi perut kena kerat 4 kali tu tiap2 tahun. Tah elok tidak luka dalam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 10:22 AM | Show all posts
Prickford replied at 9-8-2023 10:12 AM
Yakin betul kan Tok Mal kasi bini pregnant beranak berderet tiap tahun sampai 4 kali czer. Tak kis ...

knpe x buat fam planning eh
selang la paling lama 2-3 tahun ke
kalau mmg nak beranak ramai
jiwa emosi ibu juga kesian anak2
perhatian ke anak2 tu penting
ni selang setahun mesti x puas manja
ok la lupa retis ada maid
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 02:25 AM | Show all posts
msh muda bini dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 02:31 AM | Show all posts
Bestnya anak ramai. Bàlik keja anak beceretek sambut gituu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm atok dgn cucu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg legend lah
anak pun comel2
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua baru sedar diri otak baru berfungsi kot yg anak tu perlu perhatian bapak.. yg 2 ketul sebelum ni bukan anak hang ke tok.. statement x boleh blah atok ni.. biar pun benda berlalu jgn dikenang tapi yg dulu tu tetap tanggungjwb hang tok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sori dulu suka la JA ni.. now menyampah sgt.

Bukan nak tolak "anak ni rezeki" tapi dah umur mcm ni, patutnya bukan menambah anak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
simone.bette replied at 12-8-2023 07:03 AM
Dah tua baru sedar diri otak baru berfungsi kot yg anak tu perlu perhatian bapak.. yg 2 ketul sebelu ...

Kalau aku la anak dia yg lain tu .kecik ati kut baca statement dia ni. Bukan ke ada salah sorng tu nak jumpa bapaknya punyalah susah..serius aku benci org tua ni..mentang2 bini paling muda ni lawa..dia punya bias & tak adil tu..geram je tgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 10:19 AM | Show all posts
chekacheku replied at 9-8-2023 09:25 AM
Anak rapat2 ni mbesar sama2 ms tu lega dahla atok dan wifey

Mudah2an atok sempat tenguk anak dia membesar, masuk universiti, kerja dan berkahwin
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 10:22 AM | Show all posts
alieyrina replied at 12-8-2023 02:31 AM
Bestnya anak ramai. Bàlik keja anak beceretek sambut gituu

Bestlah kalau umur baru 30an dan 40an. Ni dah 64 thn.
Orang lain umur begini dah rehat, pergi bercuti dan tak main tukar2 lampin anak, bangun malam buat susu anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 1.158600 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list