CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 1

Bapa Mentua Anggap Aziz M Osman Menantu Yang Baik

[Copy link]
Post time 7-8-2023 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Bapa mentua kepada Aziz M Osman iaitu Lokman Ghani menyifatkan pelakon dan pengarah itu sebagai menantu yang baik.


Lokman, 62, yang juga pengarah teater berkata dia reda jodoh anaknya, Puteri Lily dan Aziz hanya bertahan 13 tahun.








"Saya lihat mereka bercerai secara matang. Saya tetap anggap Aziz sebagai anak dan ahli keluarga sendiri.


"Aziz dan Lily ada berjumpa saya memaklumkan yang mereka dah buat keputusan mahu berpisah (cerai). Sebagai bapa, tentulah saya rasa sedih tetapi menghormati keputusan mereka dengan baik.


"Dulu pun ketika nak berkahwin, mereka yang pilih dan buat keputusan. Jadi, apabila mahu berpisah, mereka juga yang buat keputusan itu. Cuma, sampai sekarang saya masih tidak tahu apa punca sebenar yang membawa mereka hingga bercerai," katanya.


Tambahnya lagi, sepanjang pasangan itu hidup bersama sebagai suami isteri, Lily tidak pernah mengadu atau bercerita kisah rumah tangga mereka menyebabkan Lokman beranggapan rumah tangga mereka bahagia.


"Saya mohon doakan yang terbaik untuk mereka. Malah, dah sebulan pun Aziz dan Lily bercerai, saya lihat hubungan mereka tetap baik seperti biasa. Apapun, saya akan terus mendoakan kebahagiaan mereka," katanya.


Semalam, Puteri Lily membuat perkongsian di Instagram Story memaklumkan dia dan Aziz yang juga pengarah dan pelakon popular sudah sah bercerai talak satu, awal bulan lalu.


Tujuan perkongsian hantaran itu dibuat kerana Puteri Lily mahu mengelak fitnah. Malah, anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Aziz iaitu Puteri Nur Azzahra, 11, juga mengetahui dan menerima keputusan perpisahan itu.


Aziz dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010. Mereka dikurniakan dua anak, Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan yang kini berusia lima tahun.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg aziz ni dengan bapa mertua nya sama baya. Dah rasa macam kawan² sebab tu boleh jadi menantu yg baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.381765 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list