|
Pelakon terkenal, Nabila Huda mendedahkan 'ekosistem' industri lakonan pada masa kini sedikit berbeza terutama dari segi niat seseorang untuk terjun ke dunia seni.
Katanya, dia bersikap sangat memilih kepada siapa dia menurunkan petua untuk menjadi pelakon bagus. Kalau pelakon itu tidak serius, dia rasa tiada keperluan buatnya kongsi nasihat.
"Kebanyakan pelakon sekarang, mereka ada kepentingan peribadi sendiri. Maksudnya mereka berlakon bukan sebab mereka betul-betul nak jadi pelakon. Kita boleh nampak, bukan saya main tuduh atau jatuh hukum.
"Mereka mungkin lebih kejar populariti, masuk TV, terkenal, memiliki harta benda, nak disanjungi atau dipuji. Bukan sebab 'passion'. Saya bermaksud bukan semua. Ada juga yang betul-betul jujur nak jadi pelakon.
"Mereka mungkin lebih kejar populariti, masuk TV, terkenal, memiliki harta benda, nak disanjungi atau dipuji. Bukan sebab 'passion'. Saya bermaksud bukan semua. Ada juga yang betul-betul jujur nak jadi pelakon.
"Itu bagus, ada yang jumpa saya memang hormat. Yang cakap nak sangat jadi macam saya. Yang begitu, saya akan kongsi petua boleh bagi," katanya.
Pelakon filem Rahsia itu percaya pelakon yang tidak memberi sepenuh hati dan ada kepentingan peribadi lain takkan pergi jauh. Bahkan natijahnya pasti akan dirasa pada kemudian hari.
"Tapi, saya nampak segelintir yang tak berapa berminat sangat, saya rasa tak perlu nak nasihat atau apa. Biar mereka buat apa saja yang mereka suka. Nanti suatu hari mesti menyesal.
"Masing-masing pun dah besar, tak payah kita nak nasihat. Kita pun bahagia saja dengan hidup kita. Nanti kalau cakap, nasihat, orang lagi benci dengan kita," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
|