View: 2422|Reply: 5
|
Banyak Sangat Luka, Lebam, Jangkitan Kulit, Daiyan Trisha Trauma Berlakon Filem Seram
[Copy link]
|
|
“Banyak sangat luka, lebam, jangkitan kulit. Trauma pun ada. Inilah watak yang paling mencabar saya pernah buat," kata Daiyan Trisha apabila berkongsi pengalaman yang dilakonkannya dalam filem seram Sumpahan Jerunei.
Menurut Daiyan, pelbagai cabaran yang perlu dilakukannya demi menjayakan watak dalam filem tersebut yang menjalani penggambaran 4 tahun lalu.
 Foto: IG
“Jangkitan pada telinga juga agak lama saya alami, kulit saya juga sensitif jadi cepat lebam dan gatal-gatal.
“Selepas sebulan penggambaran selesai baru semuanya pulih. Saya bersyukur saya dapat berikan yang terbaik buat filem ini.
“Ini filem pertama yang banyak saya kena berlakon kasar. Sebab banyak babak yang mencabar, agak terkejut juga tapi saya buat sahaja. Trauma juga sampai saya perlu berehat seketika selepas itu,” katanya kepada XTRA.
Daiyan berkongsi dia turut mengalami masalah ‘anxiety’ dan ‘panic attack’ ketika melakonkan sesebuah babak malah trauma dan sering menangis.
“Saya tahu saya akan berlakon babak-babak kasar tersebut tapi saya tak sangka ia benar-benar mencabar. Sekiranya diberi watak seperti itu lagi, saya akan lakonkan lagi.
“Saya trauma dan banyak menangis sebab ia memang mencabar. Saya memang ada ‘anxiety’ namun masih boleh dikawal.
“Antara babak yang saya buat adalah bersalin bayi dalam keadaan berdiri. Pertama kali saya buat babak itu, susah juga. Banyak babak yang saya kena dera seorang diri.
“Ia bukanlah filem seram semata tapi seperti filem thriller,” kongsinya.
Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong ini kini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Syafie Naswip, Tony Eusoff dan Ruminah Sidek. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa gambar sheols yang first tu macam orang2 asli mah meri... tinggal nak di pakaikan baju daun2 dan bagi topeng jah untuk sheolsss tunjukkan kekayaan kebudayaan beliau...
btw takyah nak trauma bagai lah bukannya ko selalu berlakon pun... verangan sangat...
 |
|
|
|
|
|
|
|
baiklah kak oiii
terpaling lebam2
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Daiyan.
Fazura pun tak pernah lansung bawak watak begini. Asyik2 princess princess princess. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila panic betul tu lg menjadi scene nya |
|
|
|
|
|
|
|
daun2 semak/ hutan ada yg jenis boleh buat kita kena sakit kulit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|