View: 2197|Reply: 14
|
Belum Masanya Kahwin Dengan Yasmin Hani - Alif Hadi
[Copy link]
|
|
Menjalin hubungan rapat sejak 2022, selebriti merpati dua sejoli iaitu Alif Hadi dan Yasmin Hani kini lebih terbuka berkongsi momen romantis dalam media sosial sehingga ramai mendoakan mereka segera menjejakkan kaki ke jenjang pelamin.
Namun, pemilik nama lengkap Muhammad Alif Abdul Hadi itu masih belum membuat keputusan untuk menamatkan zaman dudanya bersama Yasmin Hani.
IG
Sebaliknya, dia lebih menumpukan perhatian untuk berubah supaya rumah tangga yang dibina lebih harmoni.
Katanya, dia tidak mahu kesalahan lama berulang daripada perkahwinan lalu yang dibina kira-kira enam tahun sebelum terlerai pada 2018.
“Saya memang masih cuba untuk ke fasa lebih serius tetapi saya masih belum membuat keputusan untuk soal tarikh lagi.
“Banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Perkahwinan ini adalah suatu keputusan yang harus dibuat dengan tepat.
“Bila tarikh perkahwinan? Bukan masanya lagi. Insya-Allah dipermudahkan secepat mungkin,” katanya kepada HibGlam.
IG
Ditebak mengenai keadaan Alif ketika sering dihimpit pertanyaan mengenai perubahan status duda kepada suami orang, dia mengakui sedikit rimas sering diajukan soalan itu.
Bagaimanapun, pelakon berusia 35 tahun itu akur kerana berfikiran positif menganggap orang sekeliling mengambil berat tentang hal peribadinya.
“Perkara tersebut bukan terletak pada diri saya tetapi Tuhan yang akan tentukan segalanya kerana semuanya sudah tertulis.
“Saya cuma boleh berusaha dan merancang. Kalau ada tarikh, orang akan memberikan jangkaan tinggi,” katanya lagi.
Menceritakan mengenai kisah lalu ketika berusia 22 tahun, Alif sudah berkahwin tetapi memilih untuk merahsiakan statusnya atas permintaan keluarga.
IG
Perceraian mengajar Alif untuk lebih berwaspada untuk membuat keputusan menamatkan zaman dudanya bersama Yasmin lebih-lebih lagi pelakon wanita itu mempunyai dua orang cahaya mata.
“Mungkin saya ada sedikit trauma dengan masa lalu yang menyebabkan saya susah untuk mempercepatkan langkah seterusnya.
“Bagi saya situasi sekarang sudah berbeza daripada sebelum ini terutama sekali apabila ada anak-anak.
“Namun, tidaklah terlalu trauma sangat kerana saya lebih mahu membuat persediaan dengan lebih rapi,” ujar pelakon Bulan Dan Pria Terhebat itu.
Alif tidak menafikan bahawa dia secara tidak langsung menjaga dan menjalinkan hubungan baik bersama anak-anak Yasmin.
Sebagai pasangan kepada Yasmin, aktor itu mengambil tugas sebagai seorang bapa untuk memantau dan menyayangi Noah dan Eissa sebaik mungkin.
“Menjadi figura ayah bukan senang sebenarnya. Jaga diri sendiri dan pasangan pun bukan senang.
“Saya memang suka budak-budak dan boleh melayan mereka. Tanggungjawab saya dalam masa sama untuk memantau mereka,” katanya menggulung bicara.
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Hani jumpa lelaki lain, kaya raya, muka koksen dan tidak ada alasan untuk menghalalkan beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu circa 2016 zaman2 ig mulutlaser tu semua dorang kantoikan dia ni sorok status suami org ada ank 1,trsebar gmba bukti dia dah kawen..timeline dia sama kluar gosip dia nak try jahlop siap bg statemwnt jahlop dan dia tgh rapat skrg…try hard nak tumpang nama utk glamer |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahahahahha dah kecot dah ciknek pun belum plan lagi ke.... foto-foto kemain dua dua flawless, macam anak muda bercinta....tengok video dah kerepot ye... ni stok stok kongkek je ni.. bukan nak kawin sangat pun... jantan ni awal2 dah redflag...tetiba kata dah rapat ngan jahlop sebelum jahlop kawin.. padahal laki orang ada anak 1... feeling bujang konon...lepas tu acah-acah nak patah hati bagai bila zizi kirana kawin... katanya baru nak couple.. hujung2 zizi kata tak berapa kenal pun..ahahahahaha butooo laa |
|
|
|
|
|
|
|
Kehulu kehilir bersama pastu mengulang umah org tu tak geti2 nak balik skali belum bersedia nak kawen halahhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki jadahnya trauma cerai? kau yang mengandung ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Choiii dah basi dah pun nyah... Kalau kahwin pun masing2 dah expired.... Ko hengat percintaan korang ni serupa anak teruna dengan anak dara lagi? Yihhh...
Masing2 dah kerepot... Raba tangan gf malam2 rasa sisik ikan siakap... Raba tangan bf pulak rasa sisik ikan talapia... Choiiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
Come on Hani, you can do better. Pegi lah santai kat country club ke high end gym ke, sure ada yg sangkut.
Jadi tai tai je, acting job sebagai past-time je. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada duit semua beres. Nak baiki diri trauma semua crap...dua2 poyo. |
|
|
|
|
|
|
|
Oiii Hani zantan ni redflag lah.
Sila angkat kaki. Kau bkn muda lagi x paham2! Byk nau alasan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni kata trauma..ni perkataan beralas lelaki jahat yg xde apa2 matlamat pon kat Hani ni. Sila lah lari Hani. |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai la kapel nih..sama2 sendu..yg sekoq lagi kertu x sedar diri |
|
|
|
|
|
|
|
yasmin hani ni pon acah2 mcm BBNU..dressing pon kemahen short skirt sleeveless..kalah nowa la jugak..padah dh 4+ thn kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la..yg pompuan fefeling muda..yg laki2 tadak usaha nak kawin.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|