CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

MotoGP: Zarco berang sikap Marquez

[Copy link]
Post time 18-6-2023 11:29 AM | Show all posts |Read mode


ZARCO (terbaring) selepas terlibat dengan insiden pelanggaran bersama Marquez pada aksi sesi latihan menjelang GP Jerman kelmarin. - FB MOTOGP

JERMAN – Pelumba Perancis, Johann Zarco berang dengan reaksi Marc Marquez yang menyalahkannya susulan kemalangan membabitkan mereka berdua pada sesi latihan kedua Grand Prix (GP) Jerman malam kelmarin.

Pada saingan itu, Marquez cuba merekodkan catatan masa terbaik, namun gagal mengawal jenteranya dan terjatuh di selekoh pertama sebelum melanggar Zarco yang ketika itu baru keluar dari hentian pit.

Pelanggaran tersebut menyebabkan jentera pelumba Pramac Ducati itu terbelah dua dan Zarco yang terbaring menahan kesakitan akibat kemalangan tersebut bernasib baik kerana sempat menganggat kakinya dari terkena hentaman jentera Honda itu.

Selepas menjalani pemeriksaan, Zarco tidak mengalami sebarang kecederaan dan disahkan cergas untuk diturunkan pada perlumbaan di Sachsenring.

“Saya tidak bodoh, dia tidak boleh menyalahkan saya dan alasan itu jelas tidak masuk akal. Apa yang boleh saya katakan, Marquez hilang kawalan apabila dia bercakap. Dia (Marquez) harus fikir dua kali sebelum bercakap bahawa ini adalah kesalahan saya.

“Saya rasa kita boleh katakan ini adalah insiden perlumbaan. Jalan keluar dari pit perlumbaan agak rumit, tetapi sebagai pelumba kita sudah biasa dengannya dan berhati-hati. Saya sedang menunggu di luar pit dan kemudian saya menoleh untuk melihat kumpulan besar datang.

“Saya meneruskan perlumbaan tersebut dengan berhati-hati dan tiba-tiba Marquez hilang kawalan pada jenteranya. Nasib baik jentera Marquez tidak melanggar kaki saya.

“Ketika saya terbaring, sekurang-kurangnya dia boleh datang untuk melihat sama ada saya baik ataupun tidak.

“Saya faham bahawa dia mahu berlari mendapatkan jentera baharu untuk membuat masa pusingan lagi. Tetapi sekurang-kurangnya minta maaf dan semuanya akan berjalan seperti biasa,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... rang-sikap-marquez/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.056503 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list