CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 815|Reply: 4

[Tempatan] Enam bulan hilang di Makkah, Cikgu Musthafa disahkan meninggal dunia

  [Copy link]
Post time 10-6-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 10-6-2023 12:15 PM


Bapa kepada lima anak itu dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas disedari tiada di bilik hotel di Makkah. Gambar kecil: Muhammad Nabel menunjukkan gambar ayahnya, Allahyarham Musthafa Kamal ketika menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.

BATU PAHAT - Penantian selama enam bulan keluarga Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Makkah berakhir apabila mendapat perkhabaran jemaah berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Kedutaaan Malaysia.

Anaknya, Muhammad Nabel, 26, berkata, walaupun berat ujian diterima namun dia sekeluarga tetap reda dengan pemergian ayah yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja.


"Saya sebak apabila dihubungi Kedutaan Malaysia pagi 11.40 pagi Jumaat memaklumkan berita kematian ayah di Makkah.

Saya terus memaklumkan kepada ibu, Zurina Muhammad@Shamsuddin, 49 dan empat orang adik.

"Saya diberitahu oleh pihak kedutaan di sana yang ayah sebenarnya telah meninggal dunia pada 13 Febuari lepas, melalui pengesahan biometrik dan segala pengurusan jenazah telah selesai, termasuk pengebumiannya," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Sri Gading, di sini pada Sabtu.

Pada 6 Disember tahun lalu, Musthafa Kamal berangkat menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz, 17, dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 18 Disember lalu.

Muhammad Nabel menjelaskan, selain menunggu dokumen pengesahan kematian, mereka sekeluarga juga menunggu punca kematian dan lokasi Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir.

Dia yang bertugas di Pejabat Kadi Batu Pahat, berhasrat membawa ibu dan empat adiknya untuk menziarahi pusara arwah ayahnya yang disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Makkah dalam masa terdekat.

“Saya menganggap kejadian ini mempunyai hikmah dan ayah meninggal dunia dalam keadaan yang baik (berihram) serta di dalam bulan yang baik (Rejab).

"Saya berharap dapat bawa ibu ke Tanah Suci dan menziarahi pusara arwah ayah. Bagaimanapun kami merancang untuk ke sana selepas musim haji," katanya.

Sementara itu, Muhammad Nabel turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan bapanya selepas berita kehilangannya di Tanah Suci dilaporkan di media-media tempatan.

"Pada Jumaat, solat jenazah ghaib turut diadakan di Masjid Jamek Sri Gading. Saya terharu, orang ramai terutama di Batu Pahat tidak henti-henti mendoakan arwah ayah.

"Keluarga dan saudara dari Batu Pahat dan Simpang Renggam juga turut hadir menziarahi ibu dan kami adik beradik serta memberikan kami kata-kata semangat," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/262711/berita/semasa/enam-bulan-hilang-di-makkah-cikgu-musthafa-disahkan-meninggal-dunia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang hangwari oku hilang kat atas everest masih diharap hidup kah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang bulan Disember, meninggal bulan Feb. Apa jadi in between?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada gap 2 bulan. Lansung xhubungi kluarga? Adakah hilang ingatan. Apapun tau lah da mmg ninggal dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 10-6-2023 07:30 PM

Ni yg cikgu g mekah ngn ank lelaki dia kan, syukur budak tu tak sesat ke apa tp ayahnya kenapa ya?
Iols ingatkan ayahnya saja hilangkan diri kira cam nk duk terus sana tp mcm tak logik la dhla dia g berdua ngan anak dia yg masih sekolah. Pastu dia kan keje cikgu so agak mustahil kalau sengaja nk hilangkan diri. Tp apa yg terjadi ya selama 2 bulAn tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054195 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list