CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 7

[Tempatan] Chong Kaiqi Dapat 9A, PIBG beri hadiah motor.tahniah

  [Copy link]
Post time 8-6-2023 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KAMPAR: Kegembiraan berganda buat Chong Kaiqi yang memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumum pada Khamis apabila menerima sebuah motosikal daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Kaiqi, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar dihadiahkan motosikal jenama Modenas Kriss 110 berharga lebih RM4,000.

Pemberian itu adalah komitmen PIBG bersama pihak sekolah bagi menghargai pelajar SPM yang mencapai prestasi paling cemerlang di peringkat sekolah.

Bercakap kepada Sinar Harian, Kaiqi yang tinggal di Malim Nawar Tin mengakui terkejut dengan sumbangan berkenaan.
Apatah lagi katanya, hadiah seumpama itu pertama kali diberikan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM.

"Saya hilang kata-kata bila dipanggil untuk terima hadiah motosikal ini. Perasaan gembira dapat capai 9A pun belum hilang, sekarang dapat hadiah motosikal.

"Saya cuma hanya ada lesen kereta, nampaknya selepas ini saya kena cepat-cepat ambil lesen motosikal pula," katanya.
Menurutnya, sejak awal berada di Tingkatan 5 lagi, dia meletakkan harapan tinggi mendapat keputusan cemerlang 9A agar dapat membanggakan sekolah serta datuk dan neneknya.

"Ibu dan bapa duduk di Singapura kerana bekerja. Saya di sini tinggal dengan datuk dan nenek sahaja.
"Merekalah yang hantar saya setiap hari ke sekolah dan menjaga semua keperluan sekolah saya.

"Keputusan 9A dan motosikal ini saya hadiahkan kepada datuk dan nenek yang selama ini banyak berkorban untuk saya," katanya.



Kaiqi yang kini menyambung pengajian di Singapura dalam bidang akaun berharap, sumbangan motosikal itu akan menjadi inspirasi kepada calon SPM akan datang untuk berusaha lebih baik.

"Mana tahu tahun depan ada hadiah lebih besar daripada ini," katanya.

Sementara itu, Mohd Azlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah berkata, pembangunan sekolah terutama dari aspek digital dan komunikasi akan diberikan fokus utama bagi membolehkan akses pembelajaran tanpa sempadan.

"Untuk sekolah ini, saya akan sumbangkan televisyen pintar untuk kegunaan pelajar Tingkatan 5 sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran mereka," katanya. -- Sin

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kejutan-9a-pibg-beri-hadiah-motor-423095

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 10:07 PM | Show all posts
nak kasi hadiah
tak bincang ke?

if beri laptop masuk akalah juga
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni dr pg sampai mlm asik nangis terharu je,tumpang bahagia dan gembira buat anak2 yg berjaya ngn cemerlang.
Tambahan plak kebanyakkan calon spm 2022 ni iols kenal sejak dorang kecik lg. Tak sangka laa memasing dh besar dan pandai2 belaka. Padahal masa kecik dulu kemain buas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2023 11:35 PM | Show all posts
I love this article, it's very unique and Lego 2k drive beneficial.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 8-6-2023 10:07 PM
nak kasi hadiah
tak bincang ke?


3rd world country punya mindset.
Buat/beli dulu. Patu baru pikir significant dak hadiah gituh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh. Anak teruna aaj pon 9A kan.
Apa hadiah dr pibg sekolah dia?
Tnye jur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2023 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay la tu dapat motor. Takkan nak bagi kereta pulak? Kekekke… come on chuols, malim nawar tu pekan kecik je. Apek nyonya kat sana memang naik motor je ke hulu ke hilir. Dan sekolah pun kecik je, tak ramai student. Berapa je la pun dana terkumpul pibg. So bagi motor ni membantu la juga dia bagi kat atok nenek dia. Sah sah la cikgu n pibg dah tahu budak ni dah further study kat singapore
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat tak bagi ipad je cam SAS.. MacBook ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.061232 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list