CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Jenayah] Kes dera anak jugak: Suami isteri , S. Nagendran dan A. Sangeetha didakwa semula, mengaku tak bersalah di hadapan Hakim, V.M. Mabel Sheela

  [Copy link]
Post time 8-6-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 8-6-2023 11:46 AM


S. NAGENDRAN (hadapan) bersama isterinya, S. Sangeetha mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kecederaan kepada anak mereka yang berusia empat tahun.

JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri yang dilepaskan tanpa dibebaskan didakwa semula dengan pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini kerana cuai sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak, April lalu.

Walau bagaimanapun, tertuduh, S. Nagendran dan isterinya, A. Sangeetha, yang kedua-duanya berusia 23 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, V.M. Mabel Sheela.

Berdasar kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama bertindak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal kepada anak mereka yang berusia empat tahun di Skudai Villa Apartment, Skudai di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 28 April lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin warga tempatan, selain perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 9 Julai depan sebagai tarikh  sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mangsa merupakan anak kandung kepada tertuduh wanita dan anak tiri kepada tertuduh lelaki.

Semalam, kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan apabila pendakwaan gagal mempertahankan pertuduhan pindaan selepas pasangan itu menukar pengakuan kepada tidak bersalah.

Pada 3 Mei lalu, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mencapai niat bersama menganiayai kanak-kanak yang berada di bawah pemeliharaan mereka itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/berita/2023/06/suami-isteri-didakwa-semula-mengaku-tak-bersalah/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057190 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list