CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1302|Reply: 24

[Tempatan] Aunty ni menangis-nangis tak beri kebenaran kami bersihkan,Hoarding Disorder, Tabiat Suka Simpan Barang Lama & Sayang Nak Buang

  [Copy link]
Post time 5-6-2023 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-6-2023 12:51 AM

Hari ini kita dimaklumkan mengenai kejadian seorang individu yang didakwa menyimpan pelbagai barangan di luar rumah, seperti yang dikongsikan di Twitter ADUN Skudai @Marina Ibrahim yang mendapat perhatian warganet.

Difahamkan, barangan lama yang disimpan di rumah terlalu banyak, dipercayai kesemuanya dikumpulkan selama 20 tahun. Dia juga menangis-nangis tidak mahu barang lama simpanannya itu dibersihkan oleh orang lain.

“Hoarding disorder. Aunty ni menangis-nangis tak beri kebenaran kami bersihkan. Tengok dalam rumah memang terkejut dengan keadaan tersebut.

“20 tahun kumpul barangan tersebut. Jiran pun terkejut tak tahu dia ada dua orang anak yang tinggal dalam satu bilik.

“Ruangan nak masuk ke dalam rumah pun begitu sempit,” kata Marina dalam perkongsian itu pagi tadi.

Bagi yang masih tertanya-tanya mengenai sikap suka kumpul barang lama itu adalah sama ada tanda penyakit mental atau bukan, mari ikuti perkongsian Hello Doktor untuk mengetahuiya lebih lanjut.

Hoarding disorder adalah satu tanda individu tersebut mungkin alami obsessive-compulsive personality disorder (OCPD), obsessive-compulsive disorder (OCD), attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD), depresi, keresahan (anxiety) ataupun nyanyuk (dementia).

Ada kajian yang mendapati bahawa 1 daripada 4 penghidap OCD mempunyai masalah mengumpul barang.

Penghidap penyakit ini boleh dipulihkan. Walau bagaimanapun, sukar untuk membantu pesakit yang mengalami keadaan ini kerana mereka sendiri tidak menganggap ia sebagai satu masalah.

Selalunya, ahli keluarga yang akan membawa pesakit hoarding disorder berjumpa doktor. Namun, mereka memerlukan sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada keluarga terdekat untuk berubah.

Yakinkan pesakit bahawa tidak ada sesiapa yang akan membuang atau simpan barang mereka di rumah ketika mereka berjumpa doktor.

Ahli keluarga juga tidak boleh terlalu memaksa individu yang mempunyai hoarding disorder kerana ia hanya akan membuatkan keadaan jadi lebih teruk.

Sumber Twitter ADUN Skudai @Marina

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2023 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 5-6-2023 01:33 AM

Maunyerr tak nanges! Mestilerrr sayang dah 20 taon kumpol kot. Kalau ada anak dari baybeh sampai dah kolej gaytohhh. Entah2 ada barang limited edition sepanjang 20 taon gaytohhh dapek pree2 jahhh kat orang lain yg dtg kutip harta qorun
Mohon antie ni jual kot2 dapek la ka ching ka ching ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila perkenalkan acik ni dengan xtra space storage yg sewa bulan2 tu.
Ke dasar B40, tak mampoo? Yang hanya dia mampooo adalah menyusahkan jiran2 sekeliling
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 06:22 AM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira mcm penyakit syg harta dunia jgk ke camne. Xnak buang brg2 tu. Sesak nafas dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 5-6-2023 06:59 AM
Ni kira mcm penyakit syg harta dunia jgk ke camne. Xnak buang brg2 tu. Sesak nafas dibuatnya

Kena tunggu mati baru boleh kemas barang2 tu

Actually jgn rasa terlampau sayang barang, nak pegi mana2 pon susah. Kalau renung balik 20 tahun yg lalu, boleh menyesal buat perangai mcm ni…lagi2 bila mati, barang tu akan dibuang juga

Anggap life ni kita x empunya kan..so xde la rasa ralat…bila rasa terlampau empunya, jadi lah hoarder ni…entah lah, SG akan cuba x rasa too attached pada sesuatu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2023 07:49 AM | Show all posts
brownstone replied at 5-6-2023 03:59 AM
Sila perkenalkan acik ni dengan xtra space storage yg sewa bulan2 tu.
Ke dasar B40, tak mampoo? Yang ...
pernah guna xtra space storage nie setahun kot.....baguslah storage service mcm nie....

dulu masa my bro study, bila abis contract house rental dan dia nak balik Msia, kita simpan barang2 dia dlm storage service mcm nie...in Msia patut ada storage mcm nie berdekatan university, tak perlu student angkut barang2 bawa balik umah everytime cuti semester.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemanalah dia masak, lepak, tido kat rumah tu kalau barang penuh gini?
Memang percayalah dia memang ada disorder tu sebab orang normal sesak nafas oi dok rumah penuh gitu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
barang2 dia nampak kemas, cuma terlalu byk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 09:05 AM | Show all posts
penyakit hoarding salah satu penyakit yang menyusahkan masyarakat...

theyols sanggup yach duduk dalam semak... dalam keadaan tak bersih macamtu semata2 sebab rasa sayang pada barang2... padahal barang2 tu tak ubah macam besi buruk, sampah dan plastik yang takde nilai je pun... tolak2 kat kedai semua ni pun mau dapat 50 hengget jah...

kira sape ada disorder ni pun bukan orang2 biasa tapi yang iq below par average jugak mengikut rumah2 iols pernah lawat sebelum ni... orang2nya tak berapa sekolah tinggi... sifat sedikit pentingkan diri pun ada sebab ada yang anak2 kemaskan, mak gi hempuk2 anak sebab buat benda tu siap nak buang anak semata2 tak mau sampah sarap takde nilai tu di buang... ko bayangkan sampah sarap je pun nak buang anak gittuhhh...

rawatan untuk ni adalah mampoih je lah gittuhh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Barang2 ni sampah ke dia gi round satu kampung kutip atau dia memang dr muda beli beli beli sampai tak cukup tempat (ni my mum).  Kalau sampah sila buang kalau barang2 dia buat mcm cerita hoardera tu kumpul kat luar suruh dia pilih yg muat satu kotak kecil.

Hoarders dgn pengutip segala plastik tu mak i.  Berapa kali gaduh siap kena halau (dia duduk rumah i tapi dia nak halau i pulak) last2 duduk dgn my sis sekarang gaduh pulak dgn my sis, umur dah tua i pergi rumah my sis my mother siap beli cabinet ikea nak letak sampah plastic makan yg dia kutip tu plastic2 beg my sis dah tak sabar dah.  Dulu hoard barang2 yg dah patah berkecai semua dia x tak buang.  Kalau fikir mmg geram..macam tu la kami membesar penuh furniture rumah sampai nak jalan pun x boleh.  Rumah iols sekarang tak de furniture sangat cuma yg necesary je.  Trauma!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 5-6-2023 09:07 AM
Barang2 ni sampah ke dia gi round satu kampung kutip atau dia memang dr muda beli beli beli sampai t ...

Sampah plastik makan tu apa chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada label ke brg2 byk tu jadi nak cari senang bila nak guna nanti.  Ke mmg x akan guna?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 5-6-2023 09:26 AM
Sampah plastik makan tu apa chuols?

Alah disposable tapau food container tu.  My sis kerja kan so lumch akan grab atau fp for my mum, instead of buang dia baauh and simoan sampai lah mcd punya cawan kertas dgn cover tu pun.  Yg beli food container lain kitarang pun x tau apa fetish org tua ni kutip benda mcm tu.  Yg pots and pans dia beli tapi sorok tu lain lagi.  Beli kat goshop ke wowshop.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Semaknya rumah. Rasa sesak nafas tengokkan. Kalau ade lipan ke mcm mane tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 5-6-2023 08:37 AM
barang2 dia nampak kemas, cuma terlalu byk..

Kalau dh menimbun2 mcm tu nk kemas mcm mana..kompem penuh sawang yg x tercapture dlm gmbr..pastu belon kire lipas/cicak mati lg...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 5-6-2023 09:33 AM
Dia ada label ke brg2 byk tu jadi nak cari senang bila nak guna nanti.  Ke mmg x akan guna?

Jenis gini xguna pon .saja suke simpan..cube tgk,stack telor pon die simpan..nak pakai buat apa lg benda tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni hoarding versi OCD aku tengok. Tersusun rapi jah. Bukan hoarding versi kandang babi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.080830 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list