CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 659|Reply: 12

[Politik] TERKINI: PAS ajak UMNO bersatu bawah payung kesatuan. Sumber dakwa BN cuma ditawar 10 kerusi di Selangor

  [Copy link]
Post time 4-6-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 4-6-2023 06:45 PM

Nuridah berkata, tempoh selama lebih enam bulan sudah mencukupi bagi UMNO berada di bawah jajaran 'khemah besar' yang dilihat ternyata cantik di luar, namun penuh kekotoran di dalamnya. - Gambar/ Sinar Harian

SHAH ALAM : Dewan Muslimat Pas mengajak UMNO untuk bersatu di bawah payung kesatuan Islam dan Melayu dengan meletakkan asas kesatuan demi perpaduan ummah.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, tempoh selama lebih enam bulan sudah mencukupi bagi UMNO berada di bawah jajaran 'khemah besar' yang dilihat ternyata cantik di luar, namun penuh kekotoran di dalamnya.


Justeru beliau berkata, UMNO harus mengambil langkah berani untuk bersama blok yang betul demi survival agama, bangsa dan negara.Kita menyeru pimpinan UMNO untuk kembali memegang prinsip perjuangan dan mengangkat wibawa kepimpinan ke tempat yang tinggi.
"Pemimpin UMNO tidak harus gadai maruah dan prinsip perjuangan semata-mata kerana jawatan yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH)," katanya di Facebook pada Ahad.

Mengulas lanjut, Nuridah mendakwa kepimpinan UMNO seharusnya sedar biarpun memegang kuasa, namun tangan mereka diikat ketat oleh pimpinan parti lain dalam PH agar mengikut telunjuk mereka.Ujarnya, semua perkara itu dapat dilihat dengan jelas sepanjang mereka berada dalam Kerajaan Perpaduan yang ada pada masa ini.

Nuridah menambah, sudah tiba masa ahli UMNO tidak membiarkan nasib diri mereka ditentukan oleh pimpinan parti tersebut yang bermasalah.
Beliau berkata, ini kerana pemimpin berkenaan sedaya upaya berusaha untuk melepaskan diri sendiri daripada masalah peribadi yang dihadapi.

Dalam pada itu, Nuridah berkata, UMNO harus sedar dalam kemelut negara sekarang yang dilanda krisis ekonomi teruk di mana nilai ringgit semakin jatuh malah kapitalis hanya berfikir untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Jadi pimpinan UMNO harus meletakkan sentimen peribadi ke tepi dan mengutamakan kepentingan rakyat berada di hadapan," jelasnya. - Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo bertanding kt Selangor nanti, umno cuma diberi kurang 10 kerusi bodohlah umno bersama PH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 4-6-2023 06:46 PM

bodohnya lg baik join PN kalo 10 kerusi je dpt.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 4-6-2023 06:49 PM

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor masih dalam proses rundingan mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perkara ini selepas BN meminta PH menambah jumlah kerusi yang ditawarkan sebelum ini.

Beberapa sumber daripada PH dan BN memberitahu Malaysiakini, PH menawarkan 10 kerusi kepada BN.

Namun, gabungan itu meminta PH Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Amirudin Shari agar menambahkan sekurang-kurangnya tujuh lagi kerusi menjelang PRN yang diramal akan diadakan pada hujung bulan Julai ini.

Setelah beberapa pusingan rundingan, PH menawarkan 10 kerusi termasuk empat DUN yang dimenangi Umno pada PRU14, " kata sumber daripada PH.

Difahamkan, selain empat kerusi yang disandang oleh Umno, PH menawarkan enam kerusi yang masing-masing dimenangi oleh PAS dan lima daripada enam kerusi dimenangi Bersatu pada PRU 14 yang lalu kecuali DUN Dengkil.

Namun, beberapa sumber BN berkata gabungan itu tidak berpuas hati dengan tawaran 10 kerusi.

"Kami nampak angka 10 itu sangat kecil. Kalau boleh kami sasar 17 termasuk MCA dan MIC.

Permintaan tujuh kerusi tambahan itu termasuk Sungai Kandis, Kuala Kubu Bharu, Dengkil dan Sentosa.

"MCA menyasarkan kerusi Kuala Kubu Bharu yang kini disandang oleh DAP.

“Manakala, MIC mahu salah satu daripada DUN Sentosa atau Dengkil," kata satu sumber Umno.

Bagi DUN Sungai Kandis, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz disebut-sebut akan bertanding di kerusi itu yang dimenangi pemimpin PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada pilihan raya kecil 2018.

Malaysiakini telah menghubungi Pengerusi BN Selangor Megat Zulkarnain Omardin dan pejabat Amiruddin untuk mendapatkan komen.

Pada PRU14, gabungan PH terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu memenangi 51 kerusi daripada 56 yang ditandingi.

Umno menang empat kerusi manakala PAS menang satu DUN di Sijangkang.

Namun, pada 2020, Bersatu yang menang enam DUN bertindak keluar daripada PH menerusi Langkah Sheraton yang menyaksikan keruntuhan kerajaan pusat pimpinan PH.

Bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Adun Bukit Antarabangsa bertindak menyertai Bersatu bersama-sama Adun Gombak Setia Muhammad Hilman Idham.

Sementara itu, Adun Sementa Daroyah Alwi dan Adun Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha keluar PKR dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dilihat sebagai parti serpihan PKR.

Bersatu turut kehilangan tiga wakil rakyat di Dewan Undangan Selangor selepas Adun Jeram Mohd Shaid Rosli, Adun Kuang Sallehudin Amiruddin dan Adun Batang Harumaini Omar menyertai parti Pejuang yang diasaskan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Namun, kerusi Batang Kali diisytihar kosong pada Feb 2023 oleh Dewan Undangan Selangor berikutan wakil rakyat berkenaan gagal hadir diri tanpa kebenaran, semasa persidangan dewan melebihi enam bulan, iaitu sejak 28 Julai tahun 2021.

Dalam pada itu, sumber Umno berkata dia menjangkakan kemungkinan terdapat kelonggaran dalam polisi 'yang menang dikekalkan'.

"Saya percaya, PH tidak boleh terlalu keras dengan polisi bahawa parti yang menang kerusi DUN pada PRU14 akan mengekalkan kerusi tersebut.

"Ini mungkin akan menyukarkan gabungan itu khususnya PKR dan Amanah sekiranya pemilihan negeri Melaka dan Johor diadakan lebih awal daripada PRU16.

Ini kerana PKR gagal menang sebarang kerusi di PRN Melaka dan menang satu kerusi di Johor. Maka, polisi 'yang menang dikekalkan' tidak boleh digunakan di kedua-dua negeri itu.

"Mungkin rundingan peringkat negeri berbeza. Tetapi, keputusan di pucuk pimpinan PH dan BN adalah muktamad. Dan kami harap akan ada kerusi dimenangi PH akan dibahagikan kepada BN pada PRN Selangor," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
comel je hadi awang dan zahid hamidi dlm keadaan mesra suap-menyuap makanan
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku berasa jelik melihat wanita2 pas dalam gambaq diataih. Haduiiiyyaaahaiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2023 10:17 AM | Show all posts
The recent call by PAS for UMNO to unite under rankdle a consolidated coalition has raised significant interest and speculation in the political landscape of Malaysia. This development comes as sources allege that the Barisan Nasional (BN) alliance was reportedly offered a mere 10 parliamentary seats in Selangor, a move that has triggered discussions and debates across the country.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 11:44 AM | Show all posts
harap2 umno ditawarkan 7 kerusi je nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
10 pon kira baik hati hokeh sbb PH menang 51/56 so umngok cukup lah 5 je. kalau diberi 10 maknanya PH bertanding 46 je, lagi sikit dr yg dorang menang dan belum tentu semua kerusi kekal. throwback walauntit suatu masa dulu...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 12:07 PM | Show all posts
eleh mesti ada yg langgar nanti.tgklahhhh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 5-6-2023 11:44 AM
harap2 umno ditawarkan 7 kerusi je nanti

Mmg pun dgr citer. 3 lagi utk mca mic
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la pun umno tkde bertanding kat selangor ni. PAS mmg sentiasa jd balaci mana2 parti yg dia tumpang. pru baru ni jd khadam PN. berkopiah putih usung anak bini dtg ceramah PN.
dulu dtg bersila dlm stadium dgr ceramah anwar..
kalo PAS bulih upgrade skit kelantan tu mungkin lah kot terbuka mata..
tak kan lah nk gadaikan selangorku yg maju ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
BartholomewKuma replied at 4-6-2023 08:11 PM
Aku berasa jelik melihat wanita2 pas dalam gambaq diataih. Haduiiiyyaaahaiiii

Intimidated ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.109616 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list