CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1984|Reply: 20

[Tempatan] Netizen teruja Syed Mokhtar panggil PM 'Abang',cium tangan

  [Copy link]
Post time 4-6-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 4-6-2023 09:03 PM

Netizen teruja Syed Mokhtar panggil PM 'Abang',cium tangan



Hantaran video yang menunjukkan Tan Sri Syed Mohktar mencium tangan Perdana Menteri.

FARHANA ABD KADIR

03 JUN 2023 11:19 AM

SHAH ALAM - Tindakan Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang dilihat mencium tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak dua kali dalam satu majlis menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik @Wadahdaily, taikun terkenal itu begitu mesra menyantuni Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Video berdurasi 50 minit itu turut menerima 8,692 tanda suka dengan 1,082 komen daripada pengguna TikTok.

Bagi Ramosha, pertemuan tersebut menunjukkan keakraban antara Perdana Menteri dan jutawan tersohor tersebut.

Dalam pada itu, Kriszh turut memuji kemesraan yang ditonjolkan oleh jutawan berkenaan yang tidak kekok menyantuni pemimpin.

"Pertama kali nampak Tan Sri Syed Mokhtar nampak mesra dan gembira dengan pemimpin kerajaan dalam kalangan umum," katanya.

Pada Jumaat, Syed Mokhtar dalam satu majlis mendedahkan, beliau menggelarkan Anwar sebagai 'abang' kerana keakraban hubungan mereka.

Tokoh perniagaan yang merupakan antara individu terkaya di Malaysia itu berkata, Anwar menjadi abang buatnya sejak bertahun-tahun lalu dan membantu menyelesaikan pelbagai isu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk didiami.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2023 09:47 AM | Show all posts
Edited by Abahmung at 4-6-2023 09:51 AM

Syed Mokhtar dedah panggil Anwar ‘abang’, hubungan akrab seperti adik-beradik


3 June 2023



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (kiri) kelihatan mesra pada perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 02 JUN 2023.




KUALA LUMPUR – Tiada siapa yang sangka hubungan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat isi dan kuku.


Segalanya terungkai semalam apabila Pengerusi Yayasan Albukhary itu mengakui keakraban mereka seperti abang dan adik.




Syed Mokhar berkata, beliau memanggil Anwar dengan gelaran ‘abang’ sejak bertahun-tahun yang lalu.


“Hari ini (semalam) menjadi detik paling istimewa buat saya kerana ia kali pertama saya beri ucapan mengenai beliau (Anwar) di khalayak ramai. Maafkan saya jika anda bosan tapi penting untuk saya kongsi untold story ini.


“Beliau yang saya maksudkan sudah tentunya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah menjadi ‘abang’ kepada saya dan ahli perniagaan lain juga.


“Jika tidak kerana ‘Abang Anwar’, tidak akan ada muzium, tak ada Albukhary yang menjadi tunggak kepada Yayasan Albukhary,” katanya ketika berucap, di sini, semalam.







Jelas tokoh perniagaan yang merupakan antara individu terkaya di Malaysia berkata, pertemuan pertama mereka adalah ketika Anwar menjadi Menteri Pertanian pada 1984.


Pendedahan itu kemudian ‘dihiasi’ dengan tepukan gemuruh selepas ramai yang seakan-akan tidak menyangka Syed Mokhtar yang cukup sinonim sebagai sekutu Tun Dr Mahathir Mohamad, juga mempunyai hubungan istimewa dengan Anwar.


Lebih memeranjatkan mereka yang hadir semalam adalah kedua-dua pemimpin itu merupakan seteru dalam politik kecuali sebelum 1998 dan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.



Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Sementara itu, Anwar turut menyifatkan Syed Mokhtar sebagai figura yang pemurah meskipun berdepan tentangan keras dari kerajaan terutama membabitkan isu Bernas.




“Sehari selepas saya jadi Perdana Menteri, saya telefon Syed Mokhtar dan saya kata ‘abang’ akan cadangkan Bernas (beri sumbangan) yang dapat tonjolkan bahawa kerajaan komited membantu petani,” ujarnya.


Katanya, Syed Mokhtar terus bersetuju dan memberi bantuan RM10 juta pada Disember lalu iaitu selepas sebulan panggilan tersebut dibuat.


“Tahun ini pula dijanjikan RM50 juta lagi untuk diagih kepada pesawah miskin. Saya boleh dapatkan bantuan RM60 juta daripada beliau sebab dia ‘adik’ saya,” katanya.


Sehubungan itu, Anwar melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syed Mokhtar atas keprihatinannya terhadap rakyat yang terbeban. – MalaysiaGazette


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini petanda buruk utk Tun
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nikaido at 4-6-2023 10:25 AM

walaun marah anwar sb minta syed mokhtar beri peruntukan 50juta kepada PESAWAH PADI melalui Bernas atas alasan kacau monopoli melayu walhal syed mokhtar sendiri xbising

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Harta dah tukar tuan seronok la madanon dpt funder besaq
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Muzium mana ni? Hat muzium kat british museum ka hat yg kat tasik? Hat kat tasik bkn sbb pak lah ka?

“Jika tidak kerana ‘Abang Anwar’, tidak akan ada muzium, tak ada Albukhary yang menjadi tunggak kepada Yayasan Albukhary,” katanya ketika berucap, di sini, semalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 4-6-2023 10:20 AM
walaun marah anwar sb minta syed mokhtar beri peruntukan 50juta kepada PESAWAH PADI melalui Bernas a ...

Ana kagum....bangnon ada anak murid...ada adik sebagai penyokongnya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Xde lah pendakwaan rasuah terhadap beliau yang minta pengecualian tax?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 4-6-2023 01:38 PM

Haruss skalian walaknat tgh gelupor tgk pmx mesra dgn Sy Mokhtar




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 11:25 AM | Show all posts
tripleid replied at 4-6-2023 11:01 AM
Haruss skalian walaknat tgh gelupor tgk pmx mesra dgn Sy Mokhtar

walaknat pun tersenyum hingga ke telinga melihat adik salam cium tgn abg hahahahaha....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mari bercium tangan:











Shila Amzah:








cium tangan mop 1Mulaysia:





robengah sihat Rais Orphan 1Minangkabau:



Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 11:33 AM | Show all posts
besok2 kalau Boy Iman jadi Perdana Menteri pon.. Sy Mokhtar ni tetap pegi cium tangan jugak. Kau gila tak pegi melutut!! Perdana Menteri adalah orang yang boleh jadikan kau bertambah kaya dan kaya dalam masa 1 hari. Bodoh la kalau ko tycoon tak pegi jilat bontot PM pada masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
saka atokcow ijau mumia fosil sukom98tahun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 05:29 PM | Show all posts
BaBi haram dimakan

tapi dibolehkan masa kritikal

Faham tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 06:09 PM | Show all posts
ok la tu dia cium tangan bang non dari cium tangan @Bipolajourney ko tak kacau dia atau ganggu dia pun dia hempuk kang... lepastu bagi kad oku mental... gaytohhh

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak sembah ratu tak boleh... so cium tangan berkali2 je lah tanda desperate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat ke syed mokh tu kroni tun m, rhopernyeh heols adalah kroni abang eh paknon . Selama ni Gigih walanon memfitnah tun m ke hulu ke hilir . bngsatt betul walanon waliwat kaki fitnah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko baik baik Syed Mokhtar... Mangsa Nuar bukan budak muda je... Tua kerepot pun dia berselera... Lagi2 yg berdarah Pakistan ... Tak caya tanya  Dr Munawar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
hantulaksa replied at 4-6-2023 11:25 AM
walaknat pun tersenyum hingga ke telinga melihat adik salam cium tgn abg hahahahaha....

Nusi mb kedah nangis bucu katil tgk pmx rapat dgn melayu terkaya mcm adik beradik.

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin.. keakraban dan kemesraan yg mmg sedia utuh sejak dulu lagi.. sama mcm anwar dan zahid

sesetengah penyokong politik yg beria2 mengecam syed mokhtar sebelum ni akan jadi senyap je la kot pas ni

eniwei dua individu ni merupakan org2 yg sangat sukses dan berjaya dlm bidang masing2.. bagi mereka yg sedang tercari2 arah hala tuju hidup dan tercari2 jwpn bagaimana utk sukses dan berjaya, boleh jadikan dua individu ni sbg idola, pedoman dan panduan hidup.. boleh mulakan dgn menghayati muvi anwar the untold story di pawagam berdekatan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.079387 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list