KUALA LUMPUR – Pelajar sekolah perlu dilatih mencuci tandas sebagai salah satu aspek mendidik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka perlu dididik tentang aspek kebersihan tanpa mengira kedudukan ibubapa masing-masing.
“Kalau anak kita dilatih untuk cuci tandas dia tahu bagaimana ibubapa dia buat kerja di rumah. Dia akan hargai tukang cuci di jalanan di tandas awam bahawa ada nilai kerja.
“Kalau tidak mahu (cuci tandas) maka anak yang tidak mahu cuci tandas, mereka (golongan kayangan) tidak boleh guna tandas.
“Mereka boleh guna (tandas) di sekolah kayangan. Ini untuk latihan,” katanya ketika berucap dalam ketika merasmikan D’Anjung Selera Madani Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.
Hadir sama isteri Anwar yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr Kamarulzaman Mat Salleh.
Anwar berkata demikian merujuk kepada laporan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mana kebanyakan tandas di sekolah rosak teruk sejak berpuluh tahun lamanya.
Jelas Anwar, ketika aktiviti ini dilaksanakan ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan pada 1986 sehingga 1991, ada ibubapa daripada kelas atasan yang memberikan mesej negatif kepada beliau mempersoalkan tindakan mengarahkan anak mereka untuk mencuci tandas sekolah.
“Dulu masa saya jadi Menteri Pendidikan saya arahkan sekolah buat giliran bersihkan tandas. Ada Ibubapa kelas atasan hantar kepada saya berkata saya hantar anak saya belajar bukan untuk cuci tandas.
“Belajar ini adalah belajar tentang kebersihan, hormat orang termasuk yang cuci tandas. Muliakan nilai manusia yang bagi sumbangan.
“Jadi saya bagitahu kalau anak kita dilatih untuk cuci tandas dia tahu bagaimana ibu dia buat kerja di rumah. Dia akan hargai tukang cuci di jalanan di tandas awam bahawa ada nilai kerja,” katanya. – MalaysiaGazette
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 3-6-2023 11:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa skolah dulu, memang hari2 kena cuci tandas. Sekolah harian ye. Memang ada roster, cuci time rehat. Setiap kelas ada cubicle sendiri, and berkunci. So takde la student kelas lain curi pakai. Kebersihan tandas menyumbang markah terbanyak utk anugerah kelas terbersih tiap minggu.
Post time 3-6-2023 11:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
zaman aku sekolah rendah..budak darjah 5 & 6 kena cuci tandas...
sekolah mngh sb aku duk asrama...ada jadual tuk semua bdk bersihkan asrama dan bilik air memasing....
pedapat peribadi aku...OK jer benda camni..taktau pulok zaman budok sunat laser ni....
Post time 3-6-2023 11:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
First of all lapuran menteri tu merujuk kepada tandas sekolah yang dah rosak teruk berpuluh2 tahun lamanye. Apahal PMX ni tiba2 nak suruh students cuci toilet.
Post time 4-6-2023 11:03 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Masalah tandas ni dgn skolah camne? Kang bebudak kena kerah bersihkan tapi akademik ke laut..
Ka masalah ni sbb takde duit nak pomen tandas yg rosak? Bilangan tandas utk skolah cukup dakk? Kang tandas cikit jahh stodent ramai berebut2 sampai kiok tandas kena servis stodeng cikgu kakitangan ramai..
Post time 4-6-2023 01:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Setuju jeDulu sekolah,tandas share dgn budak kelas petang. Then, duit kutipan kelas, mmg tong2 beli pewangi, tong sampah, plastik, berus, sabun2. Tak salah pun buat mcm ni.
Post time 4-6-2023 01:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 4-6-2023 11:03 AM
Masalah tandas ni dgn skolah camne? Kang bebudak kena kerah bersihkan tapi akademik ke laut..
Ka ma ...
Toilet ckup je
Masalah dia budak tak reti guna tandas mcm org bertamadun
Ntah la manusia mmg mcm ni kot kalau bnda tu bukan dlm umh dia mksd dia bukan tnggungjawab dia nk jaga haa gitu
Post time 4-6-2023 01:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Zezo replied at 4-6-2023 01:33 PM
Setuju jeDulu sekolah,tandas share dgn budak kelas petang. Then, duit kutipan kelas, mmg tong2 beli ...
Skrg bnda2 tu mmg ada dlm toilet
Skola lain tak tau la. Tp skola aku ada je semua2 tu bab bau boleh hndle sbb cleaner mmg ada cuci 3 kali sehari toliet tu pg tgh hari ptg
Tp bab bnda rosak akibat tgn2 kecil tu hahahahaha geramm sungguh