CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 15

[Politik] Saya sudah serik dengan PAS - Zahid

  [Copy link]
Post time 30-5-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ahmad Zahid mengesahkan tiada perjumpaan rasmi di antara pemimpin parti dalam kerajaan perpaduan dengan Pas. - Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Tidak ada sebarang cadangan atau usaha dilakukan untuk menawarkan Pas untuk menyertai Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Ahmad Zahid juga mengesahkan tiada perjumpaan rasmi di antara pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan dengan Pas.Presiden UMNO itu menjelaskan, ketika ini semua parti dalam Kerajaan Perpaduan mengutamakan kestabilan politik.Perkara berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam kalangan 19 pemimpin parti-parti yang mengganggotai Kerajaan Perpaduan, tidak juga dibincangkan dalam kalangan pengerusi-pengerusi gabungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Jika ada pun yang mendakwa kononnya bertemu dengan pemimpin atau lapisan kepimpinan berkenaan, itu kami tidak pernah menganggap satu perjumpaan rasmi tidak ada satu move (langkah) pun dibuat ke arah itu.Hakikatnya kestabilan politik yang sedang wujud di Malaysia (penting) walaupun kita berbeza pendirian dan pendapat.

Ia harus diraikan mengikut tatasusila menangani perbezaan pendapat, kalau mereka faham tentang aspek berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di Bangunan Perdana Putra.
Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, tidak ada satu parti yang bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan akan mempercayai Pas khususnya mengenai dakwaan yang dibuat.

“Oleh demikian apa pun dakwaan yang dikeluarkan mana-mana pihak yang perasan mereka sangat-sangat diperlukan mereka harus memperlihatkan dan terjemahnya menerusi perbahasan di Parlimen atau ketika akta-akta tertentu dibentangkan atau pada sidang akan datang.

“Saya serik dengan parti berkenaan, parti ini mereka berkahwin mutaah (sementara) dalam bidang politik.Dalam kalangan kami tidak ada yang percaya kepada mereka setelah mereka tidak mengotakan janii dan piagam sebelum ini,” katanya lagi

Pada Sabtu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa beberapa individu daripada Kerajaan Perpaduan menawarkan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.

Perkara yang sama turut disuarakan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik wak!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 07:31 PM | Show all posts
Adoiii suap menhuap tu masa zaman umno kawin dgn pas ke bukqn main acara penyatuan dorg ye, romantiss bukan mainn
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
No more bromance.
Putus sudah kasih sayang.
Kita benci awak tau!
Kita dah tak nak kawan dengan awak.
Awak jahat! Mencik!



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 30-5-2023 07:31 PM
Adoiii suap menhuap tu masa zaman umno kawin dgn pas ke bukqn main acara penyatuan dorg ye, rom ...

Kuda baru ganti mat Sabu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 30-5-2023 07:31 PM
Adoiii suap menhuap tu masa zaman umno kawin dgn pas ke bukqn main acara penyatuan dorg ye, rom ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:15 PM | Show all posts

Biasalah uols time bercinta, bukan main manja2 dorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 30-5-2023 10:15 PM
Biasalah uols time bercinta, bukan main manja2 dorg

Rindunya zaman bercinta. Semua indah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:17 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 30-5-2023 02:16 PM
Rindunya zaman bercinta. Semua indah

khennn, tunggu nanti klu ini pun bergaduh nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:38 PM | Show all posts
gaytooohhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 04:09 AM | Show all posts

Dorg ni, akan bettukar2 pasangan situ2 gak lah. Kejap aku bercinta dgn ko, kejap ko bromen dgn ex laki aku, kejap aku kawin dgn musuh kau, gitulah parti2 politik ni. So segala policiy dorg no dap no anwar no umno ke no pas sekalipun semua takleh pakai semua breakable.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak Jahit punya cakap dengar boleh percaya jangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 04:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:08 AM | Show all posts
file bertimbun tersenyum sinis....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2023 12:17 AM | Show all posts
Mmmmmmmmmm..saya sudah meluat dgn pas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.094182 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list