CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 3

[Dunia] Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turkiye

[Copy link]
Post time 29-5-2023 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 29-5-2023 08:43 AM


Erdogan berucap kepada para penyokong yang berkumpul di luar kediamannya selepas menang pilihan raya presiden di Istanbul. - Foto AFP

ANKARA - Presiden Recep Tayyip Erdogan menang pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye, sekali gus melanjutkan pemerintahannya untuk lima tahun lagi.

Lembaga Pilihan Raya negara itu mengesahkan dengan 99 peratus undi selesai dikira, kiraan rasmi menunjukkan Erdogan peroleh 52.14 peratus sokongan.

Sementara itu seteru Erdogan, Kemal Kilicdaroglu menerima 48.09 peratus undi secara keseluruhannya. Kilicdarogu bagaimanapun mendakwa, pilihan raya berlangsung dalam keadaan tidak adil.
Pusingan pengundian pertama pada 14 Mei menyaksikan tiada pihak mendapat 50 peratus undi mutlak.

Erdogan menjadi Perdana Menteri pada 2003 dan menyusul menjadi Presiden pada 2014.

Pilihan raya kali ini disifatkan paling signifikan buat Turkiye.

Pembangkang sebelum ini yakin ada peluang menyingkirkan Erdogan selepas kemerosotan popularitinya, gara-gara krisis kos sara hidup.

Sebaliknya, kemenangan ini akan mengukuhkan lagi imejnya selepas mengubah dasar domestik, ekonomi, keselamatan dan dasar luar.

Ini termasuk meletakkan imejnya sebagai kuasa serantau dengan peranan semakin besar dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). - Awani


https://www.sinarharian.com.my/article/260752/global/erdogan-menang-pilihan-raya-presiden-turkiye

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama dia Recep Tayyib kalau disebut spt Yusof Taiyyub pun sedap juga bunyinya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 09:36 AM | Show all posts
Tahniah diucapkan, semoga amanah ini dapat dijaga dengan sebaik mungkin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.174958 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list