CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 659|Reply: 8

[Tempatan] Sikap tak pernah berubah. Flat Sri Pantai masih kotor

  [Copy link]
Post time 28-5-2023 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kes kematian remaja lelaki berusia 17 tahun akibat dihempap kerusi yang dibuang dari tingkat atas tidak pernah menyedarkan penduduk di Blok 100 Flat Sri Pantai, di sini, yang masih membuang sampah sesuka hati di penempatan itu.


SAMPAH yang dibuang sesuka hati penduduk. FOTO Nisaa Iryanie Azhar

Tinjauan Harian Metro mendapati bukan saja sampah dibuang sekeliling blok, malah jaring yang dipasang di tangga turut dijadikan tempat 'tadahan' sampah.

Jaring itu dipasang susulan kematian remaja pada 17 Januari 2018 lalu akibat ditimpa 'kerusi terbang' yang dibuang penduduk tidak bertanggungjawab.

Penduduk setempat, Roshaida Jakar, 46, turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap masalah sikap membuang sampah di kawasan itu.

"Kompaun dan surat amaran semua sudah dibuat tapi sifat ini perlu diubah sendiri bukan dipaksa orang lain.

"Masih ada sampah yang dibuang di kawasan sekitar lif dan kaki lima sehingga berbau dan mengganggu penduduk lain.

"Kadang saya terpaksa mengupah pencuci untuk membersihkan sampah penduduk lain itu," katanya.

Menurutnya, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan juga dilakukan tetapi jumlah penduduk yang menyertai sedikit dan muka sama saja.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Sri Pantai, Mohamed Talib, 60, pula berkata, penduduk juga tidak mengendahkan teguran yang diberikan.

"Saya sebagai pengerusi hanya mampu menegur dan membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


MOHAMED menunjukkan sampah yang dibuang penduduk tidak bertanggungjawab. FOTO Nisaa Iryanie Azhar

"Teguran dan nasihat sudah diberikan tapi mereka tetap tidak dengar, jika saya melebih-lebih nanti penduduk benci, saya juga yang kena.

"Undang-undang dan tindakan yang lebih keras perlu dilakukan supaya mereka akur dan takut untuk membuat sampah sesuka hati," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Pangsapuri Putra Ria, Mohd Dom Ujang, 60, berkata, inisiatif persatuan menegur dan memulangkan sampah yang tinggalkan penduduk.

"Kadang kala mereka tinggal sampah di aras lain tapi jika kami dapat tahu siapa yang membuangnya, kami akan hantar semula di hadapan rumah.

"Itu salah satu cara untuk kami 'mengajar' mereka supaya bertanggung jawab dengan sampah sendiri," katanya.

Disiarkan pada: Mei 27, 2023 @ 8:37pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Flat sri sampah.


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 08:53 PM | Show all posts
Edited by blue_blur at 28-5-2023 08:54 PM

install la cctv, dah dapat rumah mana satu, pangkah spray merah biar satu blok tahu. cabut meter air. tampal notis dalam lif nombor rumah puaka biar satu blok tahu. jangan bagi akses parking dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham betul perangai macam ni. Elok dapat tangkap kerat tangan derang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 12:52 PM | Show all posts
Pentingnya didikan berkenaan kebersihan sejak kecil lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 02:41 PM | Show all posts
x dapat bayangkan bau kat situ mesti busuk gila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2023 02:50 PM | Show all posts
pehh.. baik punya buang sampah jatuh kebawah.. tak guna majlis bersihkan sebab tak sampai 10 minit ada orang buang lagi ikut tingkap..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 02:52 PM | Show all posts
Mesti pendatang asing buat perangai gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 29-5-2023 03:04 PM

Flat kat Lembah Klang ni banyak flat pprt ummah ibu pertiwi pergi sewakan kepada Abangla, rohingok, Burmabok, dan PATI seangkatan yg bawak perangai hudoh ke boomi ibu pertiwi kekdahnyerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.454000 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list