View: 603|Reply: 13
|
[Tempatan]
Keluarga wanita hamil dibunuh kekasih harap pelaku terima hukuman setimpal
[Copy link]
|
|

Suasana proses pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Sabak Bernam, malam ini.
Keluarga wanita hamil dibunuh kekasih harap pelaku terima hukuman setimpal
SABAK BERNAM – Keluarga seorang wanita hamil yang dibunuh dan dibakar teman lelakinya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau di sini, menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes itu.
Abang sulung mangsa berusia 27 tahun berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai tragedi menimpa adiknya itu sehingga siasatan selesai.
“Saya tidak berniat mahu bercakap mengenai kejadian tersebut.
“Kami berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang,” katanya selepas pengebumian adiknya itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar di sini, malam tadi.
Jelasnya, jenazah anak kelima daripada enam beradik itu telah dituntut keluarga di Hospital Sungai Buloh.
Tambahnya, segala proses mandi, kafan dan solat dilakukan di hospital itu serta selamat dikebumikan kira-kira pukul 8.15 malam.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca luka tikaman di dada pada badan yang melecur. -KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... a-hukuman-setimpal/
|
|
|
|
|
|
|
|
Beza umur 6 tahun dengan abang sulung..so jarak umur adik beradik yang lain tak jauh bezanya...iols ingat abang n kakak sheols dalam umur 50an.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nk dengar pendakwaan.. walau dah baca pengakuan dlm report polis tp sapa tau tetiba tak mengaku lah pulak. dpt lawyer pandai pusing..
kes jenayah ni bicara di mahkamah kuala selangor kalo tak silap |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa wartawan tak inteview keluarga penjahat? nak gak tau apa kelakuan aneh si penjahat selepas membunuh? ada kah tak selera makan ada kah tak bercakap etc etc?
malu keluarga bilamana anak perempuan meninggal mcm ini - bukan mati dibunuh sebab melawan waktu dirogol tapi dibunuh kekasih sendiri utk menutup rahsia zina mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 27-5-2023 10:18 AM
DARSITA replied at 27-5-2023 09:28 AM
kenapa wartawan tak inteview keluarga penjahat? nak gak tau apa kelakuan aneh si penjahat selepas m ...
Dia mati sbb pertahankan kandungan dia, dia takmo sembunyikan kehamilan tu sbb tu suspek bunuh dia.
Ini komen2 org kenal dorang2 ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku_best replied at 27-5-2023 09:21 AM
Beza umur 6 tahun dengan abang sulung..so jarak umur adik beradik yang lain tak jauh bezanya...iols ...
Maybe abang sulung merujuk kepada anak lelaki sulung dalam adik beradik, bukan anak sulung. |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 27-5-2023 10:14 AM
Maybe abang sulung merujuk kepada anak lelaki sulung dalam adik beradik, bukan anak sulung.
Tq chuols di atas penerangan... |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 27-5-2023 09:28 AM
kenapa wartawan tak inteview keluarga penjahat? nak gak tau apa kelakuan aneh si penjahat selepas m ...
Kalau interbiu keluarga penjahat mesti mak dia kata anak dia baik, hafal al mulk mustahil membuntingkan anak org, apatah lagi membunuh. Semut kat umah pon kalau anak dia mpak x penah bunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Miss_Ceri at 27-5-2023 12:21 PM
*ok dh jumpa report polis dlm thread sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 27-5-2023 11:33 AM
Kalau interbiu keluarga penjahat mesti mak dia kata anak dia baik, hafal al mulk mustahil membunti ...
Cuba interview mak & gf baru. Diaorg kan lapar perhatian. Mesti puji penjahat baikkkkk sesangaattt sambil tersenyum simpul macam emoji dia kat TT.
Pastu leh la gf sambung ramai yg terlibat. Dia kan bekap giler2 pakwe dia tu.
#echahhsengal
|
|
|
|
|
|
|
|

Suspek ketika dibawa ke mahkamah dengan dikawal ketat anggota polis di Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Kuala Selangor, pagi tadi. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!
Reman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil sambung lima hari
KUALA SELANGOR – Reman seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar disambung selama lima hari sehingga Jumaat ini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kebenaran lanjutan reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Tempoh reman yang berakhir hari ini disambung sehingga Jumaat ini. Kita akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap ungu itu hadir ke mahkamah dengan dikawal ketat anggota polis, kira-kira pukul 8.10 pagi.
Dalam pada itu, Agus Salim meminta orang ramai tidak sewenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan tidak sahih di media sosial mengenai kes berkenaan.
“Tindakan menyebarkan spekulasi itu hanya akan mengganggu siasatan polis yang sedang dijalankan ketika ini. Kita tidak akan teragak-agak membuka kertas siasatan ke atas individu itu mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.
Kosmo! kelmarin melaporkan keluarga wanita hamil yang dibunuh dan dibakar itu menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan kes itu.
Mereka turut berharap si pelaku mendapat balasan setimpal mengikut undang-undang dan jenazah anak kelima daripada enam beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Jumaat lalu.
Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek selama dua hari bermula Isnin minggu lalu selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.
Selain memukul dan menoreh perut pelayan restoran itu, suspek dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
cuma dia & arwah jer tau apa sbnrnya berlaku... |
|
|
|
|
|
|
|
Mentah sangat lah budak umur 20 tahun ni. Mencelup memang boleh dapat hasil tapi setakat tu ja lah akal dia.
Kan dah terbazir 2 nyawa. Adalah sebab Allah tamatkan awal nyawa tu, hidup loama2 pun tak menyumbang kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbulu je gf baru n mak gf baru. Kemain expose dalam tiktok media taknak pikap. Jeles tu dengan simati sebab tertuduh didakwa bunuh gf, tertuduh cakap dia ex je. Haha adan uka kena tipu hidup dlm ilusi |
|
|
|
|
|
|
| |
|