CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 1

Polis Buru Lelaki Curi Tabung Derma, Telefon Bimbit Di Kedai Makan

  [Copy link]
Post time 26-5-2023 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Seorang individu dipercayai terlibat dalam kes curi tabung derma orang ramai dan sebuah telefon bimbit di sebuah kedai makan di Pekan Sekinchan pada Rabu, kini dalam buruan polis.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas menyedari kedai terbabit dipecah masuk.




Tangkap layar berhubung kes tular dipercayai seorang lelaki memecah masuk kedai makan di Pekan Sekinchan pada Rabu. Gambar kecil: Agus Salim




Menurut beliau, mangsa kemudiannya membuat pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat seorang lelaki memecah masuk kedai berkenaan.


"Mangsa memeriksa keseluruhan kedai dan dapati telefon bimbit jenis Vivo dan tabung sumbangan orang ramai yang jumlahnya tidak pasti telah hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.


Beliau memberitahu, polis menggerakkan usaha mengesan suspek terlibat dalam kes itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Sebelum ini tular di Facebook yang meminta orang ramai berhati-hati berikutan kejadian kes curi tabung dan telefon bimbit di kedai makan berkenaan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
so polis nk buru sendiri ke nk minta maklumat orang ramai ni?? gambar pun tutup muka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.384798 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list