CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 6

Nak Menang ABPBH, Bunga Kena Tumpang Tuah Dan Perlukan Sokongan Peminat Siti Nordiana Dan Noraniza Idris

  [Copy link]
Post time 26-5-2023 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Bunga, 23, tidak menyangka mampu membolosi empat pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.


Dia amat terkejut mampu menembusi empat kategori iaitu BBNU Wanita Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Siti Nordiana menerusi lagu Amaran serta Lagu Paling Boom, duet bersama Noraniza Idris menerusi lagu Intan Payung.


Foto: IG




"Saya sangat bersyukur atas pencalonan ini, lebih lagi, dicalonkan bersama barisan penyanyi hebat di Malaysia.


"Disebabkan itu, jika tanya saya soal menang atau kalah, itu belakang kira.


"Alhamdulillah, apabila nama dicalonkan pun sudah bermakna nama saya masih relevan.


  



"Dan ini juga kali pertama saya dicalonkan dalam ABPBH," katanya kepada BH Online.


Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi, lebih lagi, bersaing dengan nama lebih hebat dan popular.




  



"Untuk layak ke peringkat Top 5 pun mungkin hanya satu peratus sahaja. Bukan saya tidak yakin, tetapi sukar untuk melayakkan diri.


"Saya tahu di mana kemampuan saya dan nama yang dicalonkan sangat hebat, jadi siapalah saya. Saya hanya mampu berdoa sahaja.


"Mungkin, saya mampu membolosi kelompok Top 5 menerusi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Siti Nordiana dan Lagu Paling Boom, duet bersama Noraniza.




  



"Ini kerana kita tahu mereka mempunyai kumpulan peminat yang kuat, mampu membantu saya.


"Saya tidak menafikan memerlukan sokongan peminat Siti Nordiana dan Noraniza," katanya.




  



Tambah Bunga, pencalonan ABPBH 35 membuatkannya lebih bersemangat untuk menghasilkan lagu untuk peminat.


"Terima kasih atas sokongan peminat terutama kelab peminat, Deorked," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 07:14 PM | Show all posts
takyahla beriye diknon...
abp skrg ni bukan mcm zaman siti nurhaliza...
nothing to be miss gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
23 thun ke
Matured ko dik
Igtkn 30 an dah
Suke jgk dgr lagu die
Tp bile live hauk jgk sket.

Bahana autotune
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ish kang ada yg menang cam wani hasrita sendu tu plak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 03:03 PM | Show all posts
ewww motip ko nak harapkan sokongan peminat nek ani scammer? buat konsert pon tak laku sampai kena tunda selama lamanya lepastu spin bagi alasan pru lah tokram lah ko rasa nenek ni masih ada peminat kerr yang gegeh yang nak undi bagi menang? nak harap beli tiket pon sendu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni aku pangkah sbb perasan baguss …nk saman netizen sbb netizen kata muka xsama mcm angelina jolie pastu acah diva minta dilayan first class sbb dia retis dlm kedai hp..walhal xde sape pon knal kau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu buai buai naik buai ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.070306 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list