CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 13

Remy Ishak Dah Bincang Tentang Poligami Dengan Isteri - "Kalau Kita Diuji, Tolong Jangan Marah"

[Copy link]
Post time 26-5-2023 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Bakal bergelar bapa, Remy Ishak, 41, atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak sedaya upaya merancang tawaran lakonan yang diterimanya termasuklah beberapa projek FIlem agar dapat menemani isteri, Ezza Yusof, 40, yang bakal bersalin Ogos ini.


“Saya pertama kali nak jadi bapa, sedang buat persiapan.


“Tentang persediaan, saya banyak tanya dan rujuk isteri. Juga ada berbincang untuk bercuti (daripada berlakon dalam tempoh itu).




IG




“Saya ada menerima beberapa tawaran projek filem. Namun saya akan aturkan sebab saya mahu isteri bersalin terlebih dahulu. Manakala drama memang saya hanya akan ambil setahun sekali. Sebabnya drama memerlukan persediaan mental dan ia sangat penat.


“Tambahan pula di Malaysia sekarang kita banyak drama dengan episod yang panjang,” katanya ketika ditemui di majlis pratonton drama Hijrah Jannah, baru-baru ini.


Dalam perkembangan lain, Remy akui pengalaman melakonkan watak suami yang berpoligami membuatnya mendalami maksud sebenar poligami yang digariskan agama.


“Saya percaya perjalanan semua orang berbeza. Ada orang yang okay berpoligami, ada yang sebaliknya.


“Namun ia berbalik kepada niat atas dasar apa seseorang itu ingin berpoligami. Adakah ia keperluan atau sekadar kehendak. Projek drama ini bagus kerana ia membuatkan penonton lebih terbuka tentang poligami dan tidak senang menghukum seseorang yang mengambil keputusan berpoligami,” tambahnya.


Bukan itu sahaja, Remy mendedahkan turut membincangkan persoalan tentang poligami bersama isterinya, Ezza.


“Kenapa Islam benarkan poligami? Saya pun ada bercakap tentang perkara ini dengan isteri. Saya kata kalau kita diuji sebegini, tolong jangan marah. Saya akan cuba jaga diri saya supaya ia tak akan terjadi. Namun jika Allah beri perasaan dan kita tak boleh kawal, kita kena berbincang,” katanya.


Walaupun selepas bergelar seorang suami, Remy sesekali turut mendapat mesej dan gambar yang cuba menggodanya daripada nombor yang tidak dikenali. Semuanya ditunjukkan kepada isteri.




IG




Bagi Remy, ketelusan dan kejujuran adalah kunci yang penting dalam sebuah rumah tangga yang bahagia.


“Saya ada sahaja dapat mesej. Saya tunjuk semua gambar atau mesej itu kepada isteri. Kadang nombor tak dikenali daripada luar negara.


“Saya rasa ketelusan penting dalam perkahwinan supaya jika ada benda yang berlaku di masa depan, isteri tahu saya seorang yang bagaimana. Kalau tak jujur atau banyak benda yang disembunyikan, ia akan menimbulkan masalah,” jelasnya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dari luar negara tu mungkin scammer ya, jadi jangan la senang caya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Jubssss  engko blm kawin pun dah bergetar telur dgn mira piljah sampai putus tunang
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk nauuuuu mudah jatuh cinta
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri tgh mengandung boleh pulak dia cerita psl poligami.time2 ni kan isteri sensitive.kang xpasal2 jd bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dah pikir sesiap ye remy adui
dah la bini tengah pregnant
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Xsiap betui die ni lps kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain heols skrang. Doluk² mcm ada ler jugek saham handsome tuh skit. Skrang mcm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2023 08:16 AM | Show all posts
Mmg heolls offer diri tiba2 nak bersembang pasal poligami dgn wartawan Utusan atau wartawan yg beria tanya pendapat heolls?? Apakah?? Bini tengah sarat kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sooo bini dia boleh curang jgk ke camna..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bebudak bbnu kahwin lepas kawen akan nampak lebih sedap, tahun demi tahun nampak makin maskulin dan matang.
Tp dia nih maybe sbb bkn bbnu so dia mcm hilang seri eh lepas kawen,taktau nak ckp cemana.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sudahlah bg wemy
fokus pd perkhiwnn anak bini persopan nk bsalin nj baby dh beli ke

apadaaaa overthikung siap2 pulop

mnggatal ni adalah pilihan
sekian
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini pregnant sibuk bercakap pasal poligami. kesian bini dia.Kenapa tak cakap pasal poligami masa malam pertama. Kan ke lebih bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Penampilan lakibini both downgred. Bamwemy nampak kertu sgt yah lps kawin ni. Bnyk fikir kot? Bdway cer kalau yg chat dia tu dik miwa, ade tak rasa2 dia nk tunjuk kt bini chatnya tuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.151050 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list