CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 1

Dua Remaja 13 Tahun Serah Diri Bantu Siasatan Kebakaran Bangunan Warisan 7 Tingkat

[Copy link]
Post time 26-5-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Dua remaja berusia 13 tahun menyerah diri susulan kebakaran yang memusnahkan bangunan warisan tujuh tingkat di tengah bandar Sydney.


Polis Australia pada Jumaat berkata, siasatan dijalankan susulan kebakaran sebuah kilang topi kosong pada Khamis, yang merebak ke bangunan sebelah dan memaksa pemindahan beramai-ramai dilakukan sebelum kebakaran dipadamkan.




BANGUNAN warisan musnah dalam kebakaran di tengah bandar Sydney. FOTO Grant OZOLINS / Twitter/@grantozolins / AFP.




Sekumpulan remaja 'dilihat berlari dari lokasi kebakaran selepas jam 4 petang', kata Penolong Pesuruhjaya Paul Dunstan.


"Dua remaja terbabit menyerah diri di dua balai polis berasingan lewat malam tadi.


"Kami berbual dengan remaja ini sepanjang malam dan mereka kini membantu pihak polis," katanya sambil memaklumkan kedua-dua remaja itu berusia 13 tahun.


Katanya, pihak polis turut meminta tiga atau empat lagi remaja yang dipercayai berada di lokasi kejadian supaya hadir ke balai polis bersama ibu bapa untuk memberi keterangan.


Sejurus kebakaran berlaku, api menjulang tinggi melepasi bangunan dan asap tebal boleh dilihat di seluruh Sydney.


Rakaman video daripada pihak bomba menunjukkan keseluruhan dinding tingkat atas roboh, dan jatuh berkeping-keping di atas jalan, malah bangunan kelihatan berwarna jingga.


Lalu lintas berhampiran dari Stesen Sentral juga terpaksa diberhentikan ketika anggota bomba memadam kebakaran.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Khianat ka demi content tuuhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.095851 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list