Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lelaki yang mendera anak monyet sebanyak 14 kali sejak 2021.
Hakim Mahkamah Daerah Tasikmalaya, Abdul Gafur Bungin memutuskan Asep Yadi Nurul Hikmah menjalani hukuman itu dengan denda 5 juta rupiah (RM1,549.19).
Detik
Asep Yadi yang ditahan pada 2022 dilaporkan berkata, dia membeli anak monyet itu daripada individu tidak dikenali.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Asep Yadi memandikan anak monyet itu dengan lumpur sawah padi pada 2021.
Aksi itu kemudian dirakam melalui telefon bimbitnya kira-kira dua minit.
Asep Yadi sekali lagi mendera monyet itu dengan mengikat tangan haiwan itu sebelum menggantungnya di atas sungai serta sempat merakam perbuatannya itu.
Dia juga pernah memasukkan anak monyet itu dalam balang yang mengandungi empat ekor ketam.
"Kemudian balang itu ditutup supaya anak monyet itu disepit ketam.
"Kejadian itu dirakam menerusi telefon bimbitnya dengan tempoh dua minit," berdasarkan dokumen keputusan mahkamah seperti dilaporkan Detik.com.
Asep Yadi turut mengisar monyet itu dengan pengisar hingga cedera.
Kes perbicaraan lelaki itu bermula sejak 2022 dan mendapat perhatian dunia selepas ia tular di saluran YouTube.
Difahamkan, Asep Yadi merakamkan aksi mendera anak monyet itu demi kandungan yang dijual di pasaran web gelap.
kalau dark web, Iols percaya benda macam tu wujud
kawan2 laki Iols dulu rajin godek benda2 tu, macam2 diorang tengok. bila cerita, Iols tak sanggup dengar. rasa macam hilang perikemanusiaan
Post time 26-5-2023 07:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by antikorok at 26-5-2023 07:30 PM
Haku pung benci yakmatt binatang nyet nyet sbb nyet nyet ni sejenis spesis binatang puaka yg suka rampas plastik makanan kalau ko lalu tepi jalan siap ada jantan yg paling besar tuh tunjuk gigi kejar2 orang, malah kat univ dulu ada sorang senior pompuan yg kena gigit lagik. Binatang ni suka sangat curi anak kucing buat mainan baling2 sampai mati anak kucing, memang benci namampos binatang nyet nyet ni..
Tapi takdelah smpai tahap nak kisar2 seksa binatang nihhh.
Teringat video nyet nyet ni kiok lepas kena serang ramai2 dengan memerang sbb cari pasal dulu kaco memerang. Puas hati tengok
ishh aku xpernah tengok,xpandai bukak,benda2 mcm tu x patut ada,bila ada permintaan tu yg ada buat semata2 demi duit dan kepuasan,aku xtau la ape yg puas tengok derita mahkluk lain