CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 1

Tembak Punggung Kawan Sebab Berang Habiskan Makanan

[Copy link]
Post time 26-5-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Frankfort: Seorang lelaki di Kentucky yang berang bertindak  menembak rakannya gara-gara menghabiskan Hot Pocket.


Jabatan Polis Metro Louisville mengesahkan, Clifton Williams, 64, ditahan pagi Ahad lalu atas dakwaan serangan tahap dua.


Katanya, terdahulu, dua rakan sebilik itu bertelingkah kerana makanan berkenaan.


Foto: Bernama




"Williams marah kerana rakannya makan Hot Pocket terakhir sebelum dia membaling jubin ke arah mangsa.


"Mangsa cuba melawan dan melarikan diri, namun Williams sempat menembak punggung rakannya itu," katanya.


Polis berkata, Williams mengaku tidak bersalah selepas didakwa melakukan serangan di Louisville, hujung minggu lalu.


"Rakan sebilik tertuduh bernasib baik kerana hanya mengalami cedera pada punggungnya saja," katanya dalam laporan agensi di bawah NBC News, WAVE dari Louisville.


Menurut polis, Williams dijadualkan hadir ke mahkamah pada 30 Mei untuk perbicaraan awal.


Di bawah undang-undang Kentucky, seseorang yang disabitkan dengan sabitan serangan tahap dua boleh dijatuhkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun.


Negara mentakrifkan banduan serangan tahap kedua sebagai sengaja menyebabkan kecederaan fizikal kepada orang lain melalui senjata maut atau instrumen berbahaya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 03:05 PM | Show all posts
lorr igtkn budak2


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059840 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list