CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31|Reply: 2

[Lain-Lain] Polis Evo 3 kaut RM3.4 juta

[Copy link]
Post time 26-5-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Polis Evo 3 kaut RM3.4 juta


Filem Polis Evo 3 mula ditayang secara rasmi di pawagam tempatan, semalam. Foto Ihsan Astro Shaw


KUALA LUMPUR: Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, iaitu Polis Evo 3 yang mula ditayangkan di pawagam tempatan, semalam, mengaut lebih RM3.4 juta.

Jumlah itu termasuk RM1.3 juta yang diperoleh pada sesi tayangan awal atau 'sneak preview' filem terbabit yang dipertontonkan di pawagam GSC di seluruh negara, Rabu lalu.

Kutipan itu membolehkan naskhah terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu mengetepikan filem antarabangsa, Fast X, dengan pungutan lebih dua kali ganda semalam, lantas mendominasi carta kutipan pawagam.

Rabu lalu, Polis Evo 3 menduduki tangga pertama dalam kelompok 10 filem teratas yang mengaut kutipan tertinggi di GSC selepas sesi tayangan awal.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 iaitu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menganggap kejayaan filem berkenaan sebagai permulaan baik serta membuktikan filem tempatan mampu menawan hati dan memberi saingan sengit kepada judul antarabangsa.

"Syukur Alhamdulillah, sokongan penonton terhadap Polis Evo 3 amat luar biasa. Kami amat berbesar hati apabila peminat memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan.

"Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menonton Polis Evo 3 di pawagam.

"Momentum positif ini membuktikan penonton kita masih meletakkan kepercayaan pada karya tempatan. Kami harap peminat berpuas hati serta terhibur selepas menonton filem Polis Evo 3.

"Kejayaan filem tempatan mengatasi kutipan judul antarabangsa selaras slogan Polis Evo 3 iaitu Kita Lagi Kuat Boh," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Filem Polis Evo 3 menduduki tangga pertama dalam kelompok 10 filem teratas yang mengaut kutipan tertinggi di GSC, Rabu lalu. Foto Ihsan Astro Shaw


Selain Zizan dan Shaheizy, Polis Evo 3 menampilkan Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Filem ini berkisar Inspektor Khai lakonan Shaheizy atau Sam dan Inspektor Sani (Zizan) kembali dengan misi terbaharu. Kali ini, pasukan mereka disertai Inspektor Dani lakonan Syafiq, Inspektor Julie (Farali) dan Inspektor Dell (Lim) yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta manakala Polis Evo 2 yang ditayangkan pada 2018, memungut lebih RM23 juta.


Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... vo-3-kaut-rm34-juta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2023 11:44 AM | Show all posts
ade plan nak tengok minggu ni sebab cuti sekolah jadi sure ramai orang
so hold on dulu yach
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 04:35 PM | Show all posts
iols da tgok... full house.. mmg best... kelakar, suspense, thrill semua ckup rencah... xde scene yg bosan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2023 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.088025 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list