CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1162|Reply: 21

Confirm Goyang! Artis Dangdut Malaysia & Indonesia Bakal Bergabung Dalam Satu Pentas Ogos Ini

[Copy link]
Post time 26-5-2023 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Confirm Goyang! Artis Dangdut Malaysia & Indonesia Bakal Bergabung Dalam Satu Pentas Ogos Ini


Mission Sight Sdn Bhd baru-baru in telah mengumumkan perincian mengenai Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia. Konsert akan datang iaitu menghimpunkan bintang dangdut popular Indonesia dan Malaysia di atas satu pentas, pada 12 Ogos 2023.


Bakal berlangsung di Pusat Ekuastrian Bukit Kiara, penonton bakal disajikan persembahan selama dua jam itu menampilkan Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena dari Indonesia. Dari Malaysia pula menampilkan dua penyanyi dangdut yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Ani Maiyuni dan Baby Shima.

Memeriahkan lagi konsert ini turut menampilkan artis dangdut ‘legend’ tanah air Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram.


Riezman Khuzaimi mewakili Mission Sight berkata konsert ini membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.

“Kami mahu memperkenalkan semula genre dangdut ke dalam pasaran semasa dan pada masa akan datang. Dangdut tidak sepatutnya dijadikan muzik untuk orang-orang tertentu sahaja tetapi boleh dinikmati oleh semua.

“Lihat sahaja pada zaman kegemilangan Amelina, Mas Idayu dan Ramlah Ram…lagu-lagi mereka dinikmati dan diterima semua,” katanya.


Riezman Khuzaimi mewakili Mission Sight berkata konsert ini membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.
Tambah Riezman lagu, Mission Sight juga mahu memperkenalkan bakat dan pelapis baru genre dangdut.

“Di negara kita tidak ramai artis berkembang dengan genre ini (dangdut). Jadi, kami gabungkan bintang dari kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia untuk menggegarkan kembali industri dengan muzik dan lagu-lagu dangdut.

“Dalam pada itu, kami berasakan dengan penganjuran konsert ini nanti dapat menarik peminat-peminat dari negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei untuk menonton artis kegemaran mereka membuat persembahan.

“Secara tidak langsung acara ini dapat mengembangkan industri pelancongan negara juga dan kami beradakan ia cara pemasaran baharu untuk industri pelancongan dan muzik,” katanya.

Sedia Dikecam


Dalam pada itu kata pelakon, pengarah serta penerbit berusia 53 tahun itu, pihaknya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dikecam dan acara tersebut dipolitikkan sesetengah pihak.

“Ya, tidak dinafikan kebarangkalian itu berlaku dan mungkin akan ada yang mendesak agar konsert ini dihentikan.

“Kami sebagai penganjur sudah memberi garis panduan kepada para artis dan mereka faham dan bersetuju untuk mematuhinya.

“Saya rasa tidak adil jika peniant dihalang untuk berhibur kerana negara kita, negara demokrasi,”katanya.

Mengulas lanjut, Riezman berkata dia terpanggil untuk menganjurkan konsert selepas melihat banyak konsert yang melibatkan artis tempatan dan antarabangsa diadakan selepas pasca pandemik Covid-19.

Ditanya mengenai karier dalam lakonan, Riezman berkata setakat ini dia mahu memberikan fokus kepada konsert terlebih dahulu.

“Buat masa ini saya mahu fokus kepada konsert ini dahulu. Sekarang saya agak sibuk berulang alik dari Malaysia ke Jakarta untuk konsert ini.

“Ketika ini saya tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk menerbitkan sebarang drama atau filem daripada produksi saya,” katanya.






Sumber:https://murai.my/2023/180576/con ... tu-pentas-ogos-ini/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2023 11:18 AM | Show all posts
Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia bakal menampilkan selebriti versatil Malaysia, Didie Alias sebagai hos bersama Shandrra Rose dari Indonesia. Penjualan tiket di zom duduk bermula dengan harga di RM658 (VIP), RM598 (Power), RM458 (Zon A), RM398 (Zon B). Sementara itu di zon berdiri pula RM358 (Zon C), RM258 (Zon D), RM158 (Zon E dan F). Pembelian tiket boleh dibuat di www.ticket2u.com.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2023 11:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Pushit mesti tengah get ready nak type status teguran utk konsert ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
iols ready ye nak makan popcorn tengok geng2 depa konar baring
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 11:52 AM | Show all posts
Eeuww baby shima ni elok jadi bintang porno je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2023 01:00 PM | Show all posts
Edited by myakayina at 26-5-2023 01:02 PM

setakat retis dangdut gred D jah ko bawak..mana zaskia gotik..dewi persik..ayu tingting..
mbak inul..soimah... siti badriah tu kira ok lah sikit...retis dangdut malaysia pun sedey je, semua dah tak boleh nyanyi live..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:45 PM | Show all posts
myakayina replied at 26-5-2023 01:00 PM
setakat retis dangdut gred D jah ko bawak..mana zaskia gotik..dewi persik..ayu tingting..
mbak inul. ...

nak modern sikit.. bawa Happy Asmara ker... Denny Caknan ker... baru la best koplo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 03:38 PM | Show all posts
pastu kenapa amelina, ramlah ram, mas idayu takdak nama dalam poster?
ramai pulak tu... sorg nyanyi 2 ketol lagu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 26-5-2023 01:00 PM
setakat retis dangdut gred D jah ko bawak..mana zaskia gotik..dewi persik..ayu tingting..
mbak inul. ...

Wow peminat dangdut ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hat ni i setuju batalkan. Coldplay tu baik tmbh jd 3 hari sbb xde penampakan aurat gelek2 lagha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:42 PM | Show all posts
Nak kena apa pulak lepas ni? Gempa bumi ? Tanah runtuh ? Tu ada bb sima. Mesti seorang pu kalut nak beli tiket konset
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:49 PM | Show all posts
sorry tak minat dangdut hahahaha, macam murahan je sekor - sekor.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:49 PM | Show all posts
nauzubillah min zalik... poster pun macam meminta stadium tu runtuh sekaligus memupuskan semua generasi2 dangdut dan ponen2 dangdut yang dah so yesteryears tu...

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:52 PM | Show all posts
yesssss LOUDERRRR LOUDERRRR dah ready utk di kecam yaa..
aku nk tgk hari tu kemain pas benci konsert coldplay kan???
muahahahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:13 PM | Show all posts
menyebok jah babi shima tu yihhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 05:03 PM | Show all posts

sbbkan lagu je aku tau nama2 dorg ni.. nak kata minat sangat idak ler..bolehlah sekadar hiburan asalkan takde goyangan maut..rasanya konsert ni kena kecam ke tak dgn syarat takde goyang ngeboorrr...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 26-5-2023 05:03 PM
sbbkan lagu je aku tau nama2 dorg ni.. nak kata minat sangat idak ler..bolehlah sekadar hiburan as ...

Okeylah la tu.aku satu hapah pun xtau menau psl dangdut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
harap ada penampilan khas pengkritik setia baby shima time dia perform malam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 03:15 PM | Show all posts
choyyyyy....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.081958 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list