CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 7

Izzue Islam Tak Ambil Kelas Mengacara, Banyak Tengok Pak Nil & Kak Lina Untuk Rujukan

[Copy link]
Post time 25-5-2023 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Rancak menerima tawaran dalam beberapa program rancangan popular, Izzue Islam bagaimanapun mengaku masih menimba ilmu dalam bidang pengacaraan.


Pelakon dan pengacara dengan nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, berkata, dia mula menerima tawaran untuk terlibat dalam bidang pengacaraan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.




IG




Namun, peluang itu diambil kerana pada ketika itu tawaran kerja semakin berkurangan dan bidang hosting tersebut hanya dilakukan secara atas talian (online) sahaja.


“Untuk masa sekarang memang izzue lebihkan tawaran untuk menjadi host sebab , Izzue pun tak tahu macam mana orang nampak saya ni boleh.


“Sebenarnya benda ni start daripada PKP lagi. So tak kerja kan? Jadi adalah beberapa program-program yang online panggil Izzue jadi hos tak sangka pula dia membawa pula sampai habis PKP sampai orang nampak saya punya bakat kat situ sampailah sekarang ni.


“Jadi kalau tanya, sekarang ni memang saya akan lebihkan tawaran hosting dulu. Kalau yang mana dapat tawaran hosting dulu dengan berlakon, saya akan terima hosting dulu.Tapi kalau lakonan datang dulu memang kena utamakan lakonan juga lah,” katanya ketika ditemui pada sidang media program I Can See Your Voice Musim Ke-6 yang diadakan di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur.




IG




Dalam pada itu, Izzue memaklumkan, dia tidak mengambil sebarang kelas untuk memperbaiki skil pengacaraan, malah menjadikan Datuk Aznil Nawawi, Jihan Muse, Awal Ashaari, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai sumber rujukan.


Bahkan, tahun ini sahaja dia menerima tawaran untuk menjadi hos lebih banyak daripada menerima tawaran lakonan sekali gus menganggap ini adalah peluang terbaik untuknya membiasakan diri dan mencungkil skil yang ada.


“Sebenarnya itulah dia, untuk tahun ini saya memang kurangkan lakonan dan banyak ambil hosting sebab nak perbaiki mana yang patut.


“Sebab kalau kita just ambil je tawaran sampi tak tahu nak buat yang mana sampai bila nak improve kan? Sebab benda ni skill dan praktikal. Kena biasakan diri bercakap, dan kena ada input untuk mana-mana yang berkenaan.


“Untuk sebarang kelas memang tak ada ambil, cuma saya banyak tengok Pak Nil, Awal Ashaari, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan terkini macam Kak Lina sebagai rujukan saya,” jelasnya.


Sekadar info, Izzue akan bergandingan bersama Shiha Zikir sebagai pengacara untuk ICSYVM6 yang akan mula bersiaran pada 4 Jun 2023, jam 9 malam  di TV3.


ICSYVM6 musim kali ini juga dijangka lebih meriah kerana menggabungkan barisan panel penyiasat tetap yang lebih menghiburkan seperti Ropie, Jihan Muse, Baby Shima dan Khir Rahman.


Manakala, penyiasat undangan yang akan menghangatkan suasana adalah, Maryam Younarae, Cik B, Joey Daud, Sweet Qismina, Bell Ngasri, Mek Yun, Fizi Ali, Roy Azman dan ramai lagi.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 11:35 PM | Show all posts
patut la ko mengacara hauk...

bersara dan teruskan berlakon ambil watak jadi laki dayus serta lembam macam syukri kazim elias tu je lah...

sebab menyanyi pun confirm hauk... baik suruh burung kakak tua je menyanyi...

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
patut la ko ni boring, gambar baju kuning seluar biru tu mcm budak terencat
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah kau mengacara terrrrsangat la bosan. Tapi cari la orang yg berilmu & ada selok belok serta yg berpengalaman dalam bidang pengacaraan, mintak tunjuk ajar. Ni si pondan fake & si bingit yg kau rujuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 08:42 AM | Show all posts
walaupun kau bakat ala kadar je dik.. aku suka je kau dik non.. sbb kau tak curang dgn bini kau .. kalau buat gak.. kau mmg jate tak guna. hahaha tiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 08:52 AM | Show all posts
walaupun heols hauk, not very talented, pekat slang skjp velantey...... tapi heolss wangiiiiiiiiiiiiiiii.......jumpa depan2 serious elok betul ye...ngan putih melepak merah2...wangiiiiiii.....kontra ngan wife heshe macam nak pukul orang je berdiri sebelah ye...maybe heshe jenis kinky wanita ganas gitteww...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2023 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa aku tgk thumbnail tu aku ingat dia adalah Shamel Shemale?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 10:29 AM | Show all posts
ok la cara dia mengacara wlu x pernah pegi proper class.  untuk program santai2 boleh jer.. plg tidak adalah pilihan lain dari asyik2 muka DAC jer. tengok astrol semua channel melayu semua muka DAC.. x larat dah rasanya.... biarlah muka si Izzue ni aku ok jerrr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056793 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list