CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2134|Reply: 36

Tak Ada Tanda Atau Gejala, Darah Tinggi Jadi Pembunuh Senyap

[Copy link]
Post time 25-5-2023 06:52 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA- Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang boleh membunuh masyarakat secara diam-diam.


Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan orang ramai perlu berwaspada kerana tidak ada tanda-tanda jika seseorang itu menghidapi penyakit ini.


“Hipertensi atau tekanan darah tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala.


Menurutnya, hipertensi boleh menyebabkan kematian.




Gambar Hiasan




“Dianggarkan hipertensi menyebabkan 7.5 juta kematian iaitu kira-kira 12.8 peratus daripada jumlah semua kematian di seluruh dunia,” katanya.


Dalam kenyataannya lagi, antara salah satu faktor yang boleh meningkatkan penyakit hipertensi adalah pengambilan garam yang berlebihan.


“Pengambilan garam secara berlebihan merupakan salah satu sebab yang boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi.


“Sekiranya tidak terkawal, hal ini meningkatkan komplikasi penyakit seperti serangan jantung, strok, kanser dan kegagalan buah pinggang,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg i xpernah cek doktor, xpernah mkn ubt klinik
Klu cek bp dia kt umh, pernah cecah 200 lebih
Selalunya 180 ke atas
Tp dia watlek watpis je
Xpernah la pengsan ke sakit ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 25-5-2023 07:01 PM
Abg i xpernah cek doktor, xpernah mkn ubt klinik
Klu cek bp dia kt umh, pernah cecah 200 lebih
Selal ...

keras hati abg ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 25-5-2023 07:05 PM
keras hati abg ko tu

Kitorg pun pelik gila mcm mana bdn dia boleh bertahan mcm tu..

Masa amik vaksin aritu kitorg risau gk jd apa2 kt dia. Kwn husband i doc cek bp tinggi doc xbg cucuk. Tggu bp turun baru kasi cucuk.

Abg i nk cucuk vaksin xde pun doc cek bp.
Alhamdulillah sihal walafiat org tua tu vaksin 2 dose dgn booster
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 07:19 PM | Show all posts
blastop kata ini semua salah vaksin fullstop
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:33 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 25-5-2023 07:01 PM
Abg i xpernah cek doktor, xpernah mkn ubt klinik
Klu cek bp dia kt umh, pernah cecah 200 lebih
Selal ...

weh kesian dia  
mesti dia sakit tu. lagi2 part tengkuk dengan kepala
depan orang dia berlakon kuat mungkin

chuols, beli asam keping
kat speedmart pun ada, murah2 ja dalam paket tergantung



amik dalam 2-3 keping, buh dalam cawan ka, botol ka,
kalau nak minum time tu, buh air panas, rendam sat. nanti minum

macam Iols, buh 3-4 keping dalam botol ayaq 1.5 liter ni
buh air panas sikit, dah rendam, baru buh air suam. Iols biar ja, bila2 Iols minum

bagi dia minum air masam-masam

ataupun, cara senang, tapi mahal sikit. air lemon
satu dua slice, takpun perah lemon tu. buat jus, minum

ni petua orang tua2 la. bagi yang tak sempat gi klinik macam weols ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 25-5-2023 09:33 PM
weh kesian dia  
mesti dia sakit tu. lagi2 part tengkuk dengan kepala
depan orang dia berlak ...

Dia mcm degil orgnya..
Keras kepala tu dah sebati smpi sakit kepala pun dia xperasan agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kena-mengenalah minum benda-benda masam dengan salur darah semakin sempit


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 10:40 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 25-5-2023 09:58 PM
Dia mcm degil orgnya..
Keras kepala tu dah sebati smpi sakit kepala pun dia xperasan agaknya..

husnuzon ajetengah sakit, perangai lain

kalau jumpa doktor, nanti dapat paracetamol sepapan
makan 2 biji bila perlu katanya

dah ok nanti, insyaallah la lembut sikit
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 25-5-2023 07:01 PM
Abg i xpernah cek doktor, xpernah mkn ubt klinik
Klu cek bp dia kt umh, pernah cecah 200 lebih
Selal ...

Ex kawan kerja ai baru meninggal seminggu ++ lepas. Tgh bersiap nak pergi kerja jatuh terus pengsan. Icu berapa hari , meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 08:58 AM | Show all posts
ni sume salah vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 26-5-2023 09:20 AM

Makan nanas limau lemon oren peria, banyakkan puasa
Sos2, kicap2, lada cili segera, mee kuning kuetiaw, mee segera setengah jenama, susu tin air 3 in 1, sup cendawan makanan bertin, berproses jgn mkn, tepung salut ayam pun byk garam. Kebanyakkan kedai makan cederung bubuh bahan sos pengawet perisa
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:28 AM | Show all posts
Edited by wadiunong at 26-5-2023 09:29 AM
pearl.silver replied at 25-5-2023 07:01 PM
Abg i xpernah cek doktor, xpernah mkn ubt klinik
Klu cek bp dia kt umh, pernah cecah 200 lebih
Selal ...

bukan  nak takutkan ke apa. penah terjadi kt kawan iols. jenis  wat lek wat pis. dah Innalillah dah sbb tiber collapse terus arwah. kdg2 mmg ada je symptoms tp pesakit in denial/ ignorance.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:42 AM | Show all posts
wadiunong replied at 26-5-2023 09:28 AM
bukan  nak takutkan ke apa. penah terjadi kt kawan iols. jenis  wat lek wat pis. dah Innalillah dah ...

Baru je jiran taman meninggal macam ni lepas pengsan dekat opis, muda lagi, baru 40an lebih. Anak-anak kecik pun ada lagi. Dah lah bini tak kerja. Harap-harap baik-baik je lah hidup diorang lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:55 AM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 26-5-2023 09:42 AM
Baru je jiran taman meninggal macam ni lepas pengsan dekat opis, muda lagi, baru 40an lebih. Anak- ...

Salam takziah. kesian kan kalo jd camni. dgn wife yg tak kerja. utk suami ni kalo berkemampuan sila la ambik takaful. anything happened terjamin gak la masa depan anak isteri. isteri pulak kalo mampu kerja, kerja la takyah la jd housewife ni. melainkan laki kayo 10 keturunan tak abis harta.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
wadiunong replied at 26-5-2023 09:28 AM
bukan  nak takutkan ke apa. penah terjadi kt kawan iols. jenis  wat lek wat pis. dah Innalillah dah ...

Kitorg xleh wat apa2.. Tuan badan refuse gi klinik..
Tp skang makin kerap gout plak.. Tu pun xnk gi klinik. Rela tahan sakit kt umh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 11:56 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 26-5-2023 10:24 AM
Kitorg xleh wat apa2.. Tuan badan refuse gi klinik..
Tp skang makin kerap gout plak.. Tu pun xnk g ...



kalo tak susahkan org lain takpa la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:56 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 25-5-2023 07:16 PM
Kitorg pun pelik gila mcm mana bdn dia boleh bertahan mcm tu..

Masa amik vaksin aritu kitorg risa ...

treshold sakit dia tinggi .... yg sesikit tu tak rasa dek dia agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:02 PM | Show all posts
bos bos kita yg peel semacam banyak darah tinggi dan penyakit.....x mau lak ke kuburan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 25-5-2023 09:33 PM
weh kesian dia  
mesti dia sakit tu. lagi2 part tengkuk dengan kepala
depan orang dia berlak ...

Hari2 ninum ke seminggu sekali sis? Nak kena pujuk ler pulak lps ni...

Hb aiol baru dpt tahu ada darah tinggi. Dkt 200 juga le. Patut le asyik nak meninggi je suara dgn anak2 sejak dua menjak ni. Sebelum2 ni ok je. Ingatkan tertekan dgn situasi weols lps covid. Aiol masak mmg less segalanya tp kot dibedal makanan luar juga entah le. Dlm dibg bekal pun hb aiol bbrp kali kantoi beli makanan luar juga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.069545 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list