CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 2

Farid Kamil Akan Pastikan Dapat Bawa Muhammad Tengok Wayang Cerita Anwar: The Untold Story

[Copy link]
Post time 25-5-2023 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Farid Kamil, 42, memberitahu anak sulungnya, Muhammad, 10, tidak sabar menonton lakonannya sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem Anwar: The Untold Story.


Menurutnya Muhammad teruja dengan pembabitannya dalam filem yang memaparkan ranjau perjuangan Anwar dalam arena politik tanah air itu.


Foto: IG




Biarpun perlu mengikut prosedur ditetapkan mahkamah, iaitu menghantar surat lima hari sebelum tarikh bertemu anak-anak, Farid mahu memastikan impian Muhammad menonton filem Anwar: The Untold Story tercapai.


"Muhammad selalu bertanya kepada saya bila filem Anwar: The Untold Story akan ditayangkan.




  



"Tetapi, untuk bawa anak-anak ke pawagam, saya perlu kemukakan surat kepada peguam isteri, Diana Danielle.


"Setakat ini, peguam saya sudah hantar surat untuk mendapatkan persetujuan isteri. Kalau ada rezeki, saya akan pastikan Muhammad dapat menonton filem Anwar: The Untold Story," katanya kepada Berita Harian.




  



Ditanya sama ada sudah bertemu Muhammad dan Aurora, 8, Farid berkata, dia dapat meluangkan masa dengan mereka selama empat hari, baru-baru ini.


"Saya dapat berjumpa Aurora sebanyak dua kali dan Muhammad empat kali. Setakat ini, saya dapat luangkan masa selama empat hari. Itu pun selepas yang diberitakan mengenai isu anak trauma," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 07:24 PM | Show all posts
tak payah tengok lah... dah serhoper apooo jah ayah ko...
tak habis2 dengan kacipnya tu... baik ko tengok the little mermaid tapi mermaidnya black tu...

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:13 AM | Show all posts
ko tau x apak ko kacip che mad oiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063065 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list