CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 5

Tiada Kerja Sekolah, Ahli Politik Nak Pelajar Berehat Pada Hujung Minggu

[Copy link]
Post time 25-5-2023 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Ahli politik di Filipina mengesyorkan undang-undang bagi membenarkan pelajar berehat dan tidak membuat kerja rumah selepas sesi persekolahan.


The Straits Times melaporkan, bagi melaksanakannya, Sam Versoza, ahli Dewan Perwakilan Filipina daripada Tutok To Win Party-List, mencadangkan undang-undang tiada kerja rumah yang bertujuan melarang guru memberikan kerja rumah kepada pelajar sekolah rendah dan menengah pada hujung minggu.




Gambar hiasan




Pada 2010, pekeliling memorandum oleh Jabatan Pendidikan menasihatkan guru untuk memberikan kuantiti kerja rumah yang munasabah kepada pelajar sekolah rendah awam pada hari bekerja.


Berdasarkan pekeliling itu, tiada kerja rumah harus diberikan pada hujung minggu.


Rang undang-undang (RUU) yang dicadangkan Versoza bertujuan untuk melaksanakan arahan itu di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.


Sejak Kongres ke-17 dari 2016 hingga 2019, penggubal undang-undang cuba melaksanakan 'dasar tanpa kerja rumah pada hujung minggu'.


Bagaimanapun, langkah sedemikian masih belum selesai di hadapan Jawatankuasa Asas Pendidikan dan Kebudayaan dewan.


Dalam ucapannya pada Isnin, Versoza berkata, pelajar meluangkan masa yang banyak untuk menyelesaikan kerja rumah mereka.


Dalam beberapa keadaan, ibu bapa sendiri akan menyelesaikan tugas anak-anak mereka.


"Belia Filipina terlalu banyak bekerja tetapi Filipina ketinggalan di belakang negara lain," kata Versoza dalam perutusan khasnya.


Beliau memetik laporan baru-baru ini bahawa purata tahap kecerdasan (IQ) warga Filipina adalah 81.64, manakala purata IQ global ialah 100.


Filipina menduduki tempat ke-111 daripada 200 negara dari segi purata IQ.


"Ia membimbangkan dan membuktikan Filipina berada di tengah krisis pendidikan. Jika sistem tidak berfungsi, marilah kita perbaiki sistem," kata Versoza.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 06:40 PM | Show all posts
wow...

impaknya kepada prestasi akademik memang besarlah. .. ulangkaji adalah salah satu elemen penting untuk menguasai pelajaran begitu juga menyelesaikan masalah.. kedua-dua ini sangat penting.. dan biasanya dilakukan sebagai kerja rumah..kalau nak lingkup teruskan

update: rupanya hanya hujung minggu... mungkin ini boleh dilaksanakan
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:42 PM | Show all posts
ok le teww

apa je kerja pinoy ni selain diexport jadi maid serata alam
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:39 PM | Show all posts
waaa

lepas ni Nobita dah tak menangis la tak siap kerja sekolah

tiberrhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:37 AM | Show all posts
setuju!!! especially budak sekolah asrama

time minggu nak balik kampung tu lar  nak bagi kerja sekolahnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 10:09 AM | Show all posts
tutok to win? jawa totok = pinoy tutok gituh kerr
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.386006 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list