CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13588|Reply: 199

Perkahwinan Tidak Dapat Diselamatkan Lagi, Jika Dua Talak Sudah Dijatuhkan Perceraian Terkini Syamsul Dan Puteri Sarah Bertalak Tiga

  [Copy link]
Post time 25-5-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Makamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati perkahwinan di antara Syamsul Yusof dan isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana tidak dapat untuk diselamatkan lagi.


mStar melaporkan, Hakim Syarie, Kamaluddin Ilyas membuat kesimpulan tersebut selepas mendengar dapatan pegawai Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu yang berlangsung sebelum ini.


Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua belah pihak agar menyelesaikan isu lafaz talak sebanyak dua kali yang didakwa dilakukan Syamsul, 39, di luar mahkamah.


Foto: IG




Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, mahkamah turut memerintahkan pihak-pihak membuat keputusan untuk memfailkan pengesahan penceraian di luar mahkamah untuk dibicarakan.


"Mahkamah memaklumkan dapatan pegawai JKP wakil masing-masing, perkahwinan ini tidak boleh diselamatkan.


"Sebelum diteruskan dengan langkah seterusnya, ada satu lagi aduan tentang lafaz talak sebanyak dua kali yang dibuat sebelum ini.


"Menurut mahkamah ada dua talak dan satu taklik dan hakim memberi satu tarikh lain bagi membolehkan Puteri Sarah atau Syamsul memfailkan penceraian di luar mahkamah," katanya kepada mStar.


Akberdin mengulas mengenai prosiding penceraian pasangan itu yang berlangsung pada petang Khamis.


Foto: Kosmo




Puteri Sarah dan Syamsul turut hadir pada prosiding itu namun enggan mengulas mengenainya sejurus kes selesai.


Dalam pada itu, Akberdin berkata, dia mencadangkan agar Syamsul memfailkan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah itu disebabkan hak talak berada pada tangan seorang suami.


Bagaimanapun kata Akberdin, pihak-pihak akan berbincang tentang perkara itu memandangkan hakim menyerahkan keputusan itu kepada pasangan berkenaan.


"Jika benar dua talak sudah dijatuhkan sebelum ini, perceraian kali ini adalah kali yang ketiga.


"Apa-apa pun mahkamah akan menentukan dan pihak kami akan berbincang untuk proses permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan," jelasnya.


Sementara itu, peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais pula mendakwa anak guamnya langsung tidak mengetahui dakwaan lafaz talak berkenaan seperti dinyatakan dalam proses JKP.


Pun begitu kata Azmi, pihaknya memandang serius terhadap dakwaan itu dan meminta Puteri Sarah memfailkan permohonan berkenaan pengesahan kerana dakwaan itu dibuat pelakon tersebut. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan popcorn lagi nampaknya

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
So harini tak terus jatuh talak ye
Kene sahkan 2 talak yg luar mahkamah Tu dulu then Baru boleh proceed talak ke 3?

Kalau sol/Sarah tak selesai pengesahan 2 talak Tu... So jatuh tak talak yg terbaru ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Taklik? Ha sapa ritu kata awat tak guna taklik bagai maybe dah terguna lerr

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah: So harini tak terus jatuh tala ...


Talk luar mahkamah mmg kena sakan dulu + bayar denda sebab lafaz luar mahkamah..tapi xdapat dipastikan lafaz 2 talak Tu jatuh @ tak sbb semua bergantung kat niat SY masa lafaz Tu..Sol main2 talak jatuh..Sol gila & hilang ingatkan talak xjatuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:12 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 25-5-2023 06:10 PM
Talk luar mahkamah mmg kena sakan dulu + bayar denda sebab lafaz luar mahkamah..tapi xdapat dipast ...

setau i lafaz talaq walaupun main2 a.k.a tanpa niat pun dah kira jatuh? betul tak?padan muka kau samdol...bodoh sombong sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg cuba nk selamatkn r,tgga dorg ni.? Xda pun. Tu pesoalannya... ps pun dh lama nk cerai. Sol pun mulut ja ego cakap nk petahan padhal tindakan dia mmg jelas2 nk bubar pkhwinan pun. Even ik pun rembat sol kt dia sorg ja. Sng, dia sorg ja buleh uli telur sol. Dah2 la media. Mmg jun ni sure2 cerai.  Xda sapa dh yg tgh tunggu sinar sbnrya. Smua dh muvon.... i is xsbr nk tgok ps kawen baru dgn laki lg smart, hensem, kaya ,xpoyo.ps klw kawen dgn siapa pun sure anak comel, dia sndiri dh jelita.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 25-5-2023 06:08 PM
Taklik? Ha sapa ritu kata awat tak guna taklik bagai maybe dah terguna lerr

Cerai taklik ni jatuh kalau Sarah lapor and dtg ke pejabat agama.. adakah Sarah da rujuk ke pejabat agama

Means consider kalau bukan sebab pengesahan talak..diaowg da boleh cerai la kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 25-5-2023 06:10 PM
Talk luar mahkamah mmg kena sakan dulu + bayar denda sebab lafaz luar mahkamah..tapi xdapat dipast ...

Nasib baik 2 talak yg dijatuhkan tapi tak buat pengesahan
Mcm mana kalau 3 talak tapi laki/Bini takmo buat pengesahan????
Dan stay as husband -wife?
Bukan kerja giler ke Tu?

Jangan main2

Tq pencerahan sis
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:31 PM | Show all posts
oklatu85 replied at 25-5-2023 06:13 PM
Cerai taklik ni jatuh kalau Sarah lapor and dtg ke pejabat agama.. adakah Sarah da rujuk ke pejaba ...

Rasa nya dia pernah lapor n ditemani oleh MIL masa tu. Tapi rasanya si dungu tu tak dtg  n no action lah kot...walahualam
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 25-5-2023 06:12 PM
Siapa yg cuba nk selamatkn r,tgga dorg ni.? Xda pun. Tu pesoalannya... ps pun dh lama nk cerai. Sol  ...

Mcm ex Ahmad dhani kan... Terus dpt yg kaya gila...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 25-5-2023 06:16 PM
Nasib baik 2 talak yg dijatuhkan tapi tak buat pengesahan
Mcm mana kalau 3 talak tapi laki/Bini ta ...

kes aman ra dgn ex bini...4kli lafaz
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwakacau06 replied at 25-5-2023 06:33 PM
kes aman ra dgn ex bini...4kli lafaz

Ada juga ye maknusia buat kerja giler mcm ni
Takut oiiiii
Seramnyaaaa

Moga semua forumers terhindar Dari perkara2 macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ira_229 replied at 25-5-2023 06:12 PM
setau i lafaz talaq walaupun main2 a.k.a tanpa niat pun dah kira jatuh? betul tak?padan muka kau s ...

tingat i kes vanida imran dgn shidee belakon chite apetah sampai jd isu jugak mase tu sbb dialog die berkait dgn cerai kot. sape ingat. tu baru berlakon je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 25-5-2023 06:32 PM
Mcm ex Ahmad dhani kan... Terus dpt yg kaya gila...

Kan u? Jgn ingt bila cerai, hidup u gelap.pdhal baru nk start. Dpt kenal llki baru..tgok indon sana mcm2 jdi.buka mata luas2 sikit.... lps kluar dr hbgn toxic ,pasti allh hdiah 1 khdupan baru yg lebih bernilai. Nk stay watpa lg dlm family tu, even mil dia cakap dia mulut side ps, beratib2 janji nk turut serta turun court. Ujung2 hari kes court ,mil xmuncul pun. Dia sorg jugak kulur kilir. Kt ig story x abis2 doa suh allh bg hidayah pd anak2. See.busuk2 anak dia,dia tetap mendoakan anak dia.baik ps muvon. Xheran la takat hilang jantan poyo.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 25-5-2023 10:36 AM
tingat i kes vanida imran dgn shidee belakon chite apetah sampai jd isu jugak mase tu sbb dialog d ...

Ingat juga kes ni, tapi masa tu macam pelik, sebab dalam movie tu shide dan vee tidak berlakon sebagai suami & isteri. So, actually tiada kaitan pun dengan diorang.

Yang suami isteri:
✓ shidee & ayu raudhah
✓ afdlin & vee

Shidee ceraikan ayu talak 3 sebab nak kawen dengan vee.
Afdlin tak nak ceraikan vee pun.

Gitu je kisahnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami jenis apa ni.... lafaz talak 2 kali pun tak ingat...
Dah lah tu...pi lah layan bini baru aka public toilet...dah 6 bulan tak mengandung2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ira_229 replied at 25-5-2023 06:12 PM
setau i lafaz talaq walaupun main2 a.k.a tanpa niat pun dah kira jatuh? betul tak?padan muka kau s ...

Ada yg kata xjatuh klau masa tu suami tgh marah sgt2 . Sbb x berakal ikut emosi. Gitu ler. Entah berapa ramai psgn dkt luar sana mcm ni. Hidup berdua smpai meninngal pdhal dah 3 kli cerai
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 25-5-2023 06:42 PM
Ingat juga kes ni, tapi masa tu macam pelik, sebab dalam movie tu shide dan vee tidak berlakon seb ...


mase ni jd isu sbb ape ek? shidee janji nk ceraikan bini si ayu bukan vanida.  i ingat2 lupe tp dr situ tau la bab cerai even blakon je kne hati2
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena pastikan talak talak sebelum ni jatuh ke tidak am kalau bab talak bukan pergi pejabat agama.part talak kena pergi mahkamah.

Tapi kalau sarah dah dgr dua kali talak sebelum ni kenapa diorg masih bersma sebelum ni.pelik ah...cerai rujuk sendiri sendiri ke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.082164 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list