View: 700|Reply: 7
|
Azrel Ismail Bengang Stesen TV Swasta Liat Nak Langsaikan Baki Hutang Bayaran Lakonan RM20,000
[Copy link]
|
|
Azrel Ismail mendedahkan masih belum menerima bayaran sebanyak RM20,000 membabitkan lakonannya dalam drama bersiri sebanyak 18 episod bertajuk Jodoh Duda I terbitan sebuah stesen TV swasta.
"Jika bayaran masih belum diterima hingga hujung bulan ini. Saya akan mengambil tindakan selanjutnya.
Foto: IG
"Saya akan berbincang dengan barisan pelakon lain yang terbabit untuk mengambil langkah perlu bagi mendapatkan hak kami,"katanya kepada Harian Metro.
Menurut Azrel, dia sudah pun berhubung dengan pihak stesen TV terbabit mengenai bayaran lakonannya yang masih tertunggak itu.
"Drama bersiri itu sudah pun ditayangkan di stesen TV terbabit tetapi saya dan beberapa pelakon utama masih belum dapat bayaran penuh seperti dijanjikan.
"ihak stesen TV terbabit juga buat tiga kali bayaran untuk pelakon dan saya sudah menerima bayaran pertama dan kedua tetapi bayaran ketiga yang sepatutnya dilunaskan pada 14 April lalu masih belum dapat lagi.
"Saya juga sudah berhubung dengan pihak stesen TV terbabit dan dimaklumkan, bayaran tertunggak itu akan dibuat pada hujung bulan ini."
Ditanya sama ada dia serik untuk bekerjasama dengan pihak stesen TV terbabit, kata Azrel, dia akan lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang.
"Saya tak serik pun tetapi jika ada projek drama atau program yang 'direct' dengan pihak mereka, saya akan berfikir dua kali.
"Jika projek drama atau program terbitan produksi luar di mana saya tidak perlu berurusan secara terus dengan pihak stesen TV terbabit selalunya tidak ada masalah dari segi bayaran," katanya.
Sementara itu, jurucakap stesen TV swasta terbabit berkata, perkara itu masih dalam proses siasatan lagi dan mereka juga akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Terdahulu, pelakon veteran Norlia Ghani turut meluahkan kekecewaan di Instagram berhubung bayaran lakonan yang belum diterima.
Norlia atau mesra dengan panggilan Mama Norlia mendakwa kerja lakonan yang dilakukan sebelum bulan puasa lagi namun sehingga bulan Syawal habis pihaknya masih juga belum menerima bayaran terbabit.
Dia turut mempersoalkan tindakan stesen TV itu berbanding stesen TV lain yang lebih cepat melunaskan bayaran lakonan.
Tindakan Norlia mendapat maklum balas pelbagai dari kenalannya malah ada dikalangan kru di belakang tabir selain beberapa pelakon mendakwa mengalami nasib sama. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Awesome jugak ke uols??siapa ceo awesome nih? |
|
|
|
|
|
|
|
osem tv le tu.. .. sapa org yg di sebalik tabir tu ye yg liat bayo duit org tu kahakkan sajorkkk |
|
|
|
|
|
|
|
apo awesome ni dr haritu ada je isu |
|
|
|
|
|
|
|
lahhhh ramai rupanya mangsa si osem TV ni
bingai punya stesen |
|
|
|
|
|
|
|
Elisya pun tak dapat ke...
Habis la ceo kena carut dgn cyst...
|
|
|
|
|
|
|
|
melingkup la ko jap lgi osem oi |
|
|
|
|
|
|
| |
|